Sunday, 9 February 2014


Potensi Enjin Carian Sebagai Lubuk Prospek Bisnes Anda

Perkataan ‘lubuk’ mungkin sedikit ‘overrated’ di dalam tajuk diatas.
Namun, itulah yang saya cuba bayangkan apabila menyebut enjin carian sebagai saluran paling berpotensi untuk mendapatkan prospek bagi bisnes anda.
Pada artikel pertama saya sebelum ini, saya menerangkan sedikit sebanyak akan potensi enjin carian itu sendiri kepada bisnes anda, dan pada hari ini kita akan pergi lebih mendalam dengan mempelajari cara-cara yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan prospek di enjin carian.
*Beberapa perkataan dibawah mungkin jargon baru yang asing buat anda, jika anda kurang memahami maksud perkataan tersebut, boleh bertanya diruangan komen dibawah.

Dua Lorong Prospek Di Enjin Carian

Di enjin carian, terdapat dua cara untuk anda memposisikan laman web bisnes anda supaya ianya;
… berada di tempat yang betul;
… dimasa yang betul;
… di posisi yang betul;
Dan dengan tawaran bisnes/servis yang paling relevan dengan kehendak prospek.

Dan cara tersebut adalah:

adwords certified

#1 – Cara Tidak Berbayar

Cara ini lebih dikenali sebagai SEO, yang bermaksud Search Engine Optimization. Di dalam Bahasa Melayu ianya lebih dikenali sebagai optimasi enjin carian.
Melalui cara ini, anda melakukan dua jenis optimasi terhadap laman web anda, iaitu:
i. Optimasi dalaman (internal optimization);
ii. Optimasi luaran (external optimization).
Memandangkan artikel kali ini hanya akan menyentuh topik pengenalan pemasaran enjin carian, saya akan sentuh lebih mendalam mengenai optimasi-optimasi tersebut di artikel yang seterusnya.
Aktiviti optimasi ini dilakukan dengan satu tujuan:
“Mendapatkan ranking yang tinggi di laman keputusan enjin carian (SERP – Search Engine Results Page) bagi katakunci yang telah di-target”
Melalui cara ini, enjin carian tidak akan menerima sebarang bayaran, sogokan, mahupun ‘duit kopi’ bagi meletakkan laman web anda berada di ranking lebih tinggi di enjin carian mereka.
Enjin carian mempunyai mekanisma tersendiri dalam menentukan ranking setiap laman web, dan ianya dikenali sebagai ‘search engine algorithm’.
Fakta: Enjin carian Google mempunyai lebih daripada 200 faktor ranking yang digunakan di dalam algorithm mereka untuk membuat keputusan ranking laman-laman web.

#2 – Cara Berbayar

Untuk memberikan hasil yang terbaik kepada pengguna mereka, enjin carian, seperti bisnes lain juga memerlukan sumber kewangan yang kukuh di dalam menguruskan operasi mereka.
Dan salah satu cara mereka mendapatkan sumber kewangan tersebut adalah dengan ‘menyewakan’ tapak sewa di laman keputusan carian mereka (SERP – Search Engine Results Page).
Pemasaran enjin carian berbayar ini juga dikenali sebagai SEM, iaitu Search Engine Marketing.
Setiap enjin carian mempunyai platform pengiklanan mereka sendiri,
i. Enjin carian Google mempunyai Google AdWords:
pemasaran google adwords
ii. Enjin carian Yahoo! dan Bing mempunyai Bing Ads (mereka berkongsi platform pengiklanan yang sama):
pemasaran bing ads
Dan yang lebih menarik, kesemua platform ini adalah ‘self serving platform’, dimana anda tidak perlu berurusan dengan sesiapa untuk melancarkan kempen pengiklanan anda.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mendaftar di platform tersebut, ikut langkah yang disedikan dan iklan anda bersedia untuk dilancarkan.

Penyelesaian Sudah Ada Depan Mata

Aktiviti optimasi SEO mengambil sedikit masa untuk mendapatkan hasilnya.
Sebab itu ianya dipanggil sebagai ‘long term game’. Hasil optimasi boleh dilihat hanya selepas 3 bulan (paling awal) selepas ia dilakukan.
Manakala SEM, hasilnya boleh dikatakan segera. Anda lancarkan kempen (AdWords campaign atau Bing Ads campaign) hari ini, hari esok anda sudah boleh mula melihat hasilnya.
Namun, aktiviti SEO tidak memerlukan banyak pelaburan dari segi kewangan, SEM pula sebaliknya.
Kedua-duanya mempunyai pro & kontra-nya yang tersendiri. Anda sendiri yang tentukan samada untuk melakukan SEO, atau SEM, atau kedua-duanya sekali.
Caranya sudah saya terangkan diatas, pilihan kini ditangan anda.

No comments:

Post a Comment