Iklan adalah satu kos yang diselitkan dalam agenda dunia pemasaran.
Iklan penting untuk meningkatkan keuntungan perniagaan. Ia juga adalah satu medium yang melibatkan kos. Tersilap pilih medium iklan, maka bersiap sedia untuk menghadapi kerugian.
Apabila beriklan, jangan gunakan konsep peluru tabur. Yakni memilih medium yang ramai orang, tetapi hanya sedikit yang menjadi potensi pembeli.
Sebagai contoh, kita menjual produk tudung wanita.
Kemudian kita beriklan di majalah XYZ yang mempunyai jumlah pembaca lelaki seramai 10,000 sebulan. Kesannya adalah negatif. Di mana pembeli lelaki bukan sasaran pelanggan utama kita.
Lain Produk, Lain Jantina Pembeli
Berbalik semula pada sasaran pelanggan produk. Jika sasaran pembelinya wanita, maka medium iklan juga adalah terdiri daripada lubuk-lubuk golongan wanita berada.
Ini adalah prinsip penting sebelum kita memulakan kempen iklan.
Untuk memperoleh iklan percuma pula, strateginya adalah melakukan rasuah menerusi pendekatan yang halalan toyyiban.
Rasuah cara ini adalah membina hubungan yang baik dan diyakini pemilik medium iklan itu.
Sebagai contoh, kita mahu beriklan di ruangan XXX secara percuma.
Apa yang boleh kita lakukan adalah memberikan tawaran win win kepada pemiliknya. Seperti memberikan produk percuma kepada mereka untuk ditukarkan dengan medium iklan.
Cara ini sesuai untuk digunakan kepada pemilik iklan yang meletakkan kos sederhana kecil. Iaitu ruang mereka tidak mempunyai audiens yang terlalu besar.
Usahawan Tegar Berfikiran Bijak
Cara ini terbukti berkesan. Dalam masa sama, ia tidak berkesan sepanjang masa.
Yang penting, kita cuba dahulu strategi ini.
Perkara utama adalah melihat kos yang kita tanggung untuk memberikan produk itu secara percuma. Jika produk kita berharga RM100, maka kos iklan kita sebenarnya adalah RM100.
Bezanya di sini adalah nilai penjimatan yang berlaku. Jika slot iklan medium pemilik itu bernilai RM1,000. Maka kita sudah jimat RM900.
Orang bisnes yang bergerak secara underground biasanya mengambil berat tentang strategi-strategi jimat kos tetapi impak tinggi seperti ini.
3 Tindakan Peniaga Mahukan Dari Iklan
Selepas tahu strategi ini, langkah seterusnya pula adalah menghasilkan ayat-ayat iklan yang berkesan. Di sini kita perlu belajar satu teknik yang dinamakan sebagai copywriting. Ia bermaksud penulisan perkataan dan ayat yang dapat menarik perhatian pelanggan untuk bertindak.
Antara tindakan yang peniaga mahukan adalah seperti berikut:
- Melihat iklan dengan penuh teruja dan ghairah.
- Membaca dan menghadam maksud iklan.
- Bertindak seperti menghubungi peniaga untuk langkah seterusnya (pembelian).
Di Malaysia, hanya segelintir usahawan sahaja yang menawarkan perkhidmatan copywritingberbahasa Melayu.
Kuantitinya masih di paras biasa-biasa sahaja. Kos untuk servis copywriting di Malaysia juga masih tidak ada ketetapan yang rasmi atau biasa didengari.
Kredit: GraphicDesignJunction.
No comments:
Post a Comment