Adakah anda baca surat khabar?
Adakah anda baca semua artikel dalam paper?
Bagaimana anda pilih artikel mana untuk dibaca?
--------------
Melalui Headline!
--------------
Headline adalah benda paling penting dalam mana-mana copywriting.
Tugasnya adalah:-
a) Mendapatkan perhatian
b) Membuatkan orang baca seterusnya
Kalau headline gagal lakukan tugas dia yang di atas ni, bagi lah produk FREE sekali pun, tiada gunanya kalau tiada orang baca.
Headline ada 5 fasa:_
1) Bila anda orang pertama perkenalkan produk/kategori ini.
Contohnya "Bakar Lemak Anda Sekarang!"
2) Bila kategori ini sudah ada pesaing.
Kita mesti tunjukkan kelebihan berbanding pesaing.
Contohnya, "Bakar Lemak Anda Dalam 2 Minggu, Dijamin!"
3) Bila orang sudah tak percaya dengan kategori ini. Mereka sudah banyak kali beli produk berlainan, tapi frust.
Di sini kena tekankan mekanisma produk tu berfungsi.
Contohnya, "Penemuan Saintis Dari Jepun Membakar Lemak Dengan Buah Epal!"
4) Bila mekanisme ini sudah diperbesarkan, dan diketahui ramai.
Di peringkat ini kita mesti tekankan mekanisma kita lebih mudah, lebih cepat, lebih itu, lebih ini.
Contohnya "Buah Epal Dari Gunung Fuji Membakar Lemak 30% Lebih Cepat Dari Epal Lain"
5) Bila produk sudah mati. Pada peringkat ini, tiada orang percaya lagi pada apa saja jenis iklan yang ada.
Tapi mereka masih ada keinginan, mereka masih ada problem tersebut.
Tapi perlu diperkenalkan dengan menarik minat mereka semula secara perlahan.
Contohnya, "Pasangan Tua Jatuh Cinta Semula - Lepas Berjaya Kurus"
No comments:
Post a Comment