Friday, 21 February 2014

Faisal Abdullah


Saya malu untuk tulis post ini.

Kerana ia akan dedahkan yang selama 30+ tahun saya hidup, saya rupanya tak pandai bersyukur 

Bukan tidak bersyukur. 
Tapi tak pandai dan tak elok rupa paras 'syukur' tersebut.

"Syukurnya aku dapat rezeki ini" - sering diucap.

Malangnya langsung tak bermaya di sudut pandang Tuhan, berbanding dengan "Terima kasihhh laaaa tolong approve project ni" yg diberi pada manusia.

Kalau nak bersyukur dengan lebih tertib sekalipun, hanya lepas saya di-tempeleng dan tersungkur sekejap.

Baru nak pandai bersyukur. Itu pun ntah-ntah tak cukup makan.

Sekarang saya dah pandai sikit bersyukur.
- Cara menyediakan diri dan emosi sebelum bersyukur.
- Apa yang harus saya syukurkan.
- Cara duduk sebelum syukur.
- Cara sediakan fisiologi badan sebelum bersyukur.
- Cara bersyukur yang kita sendiri dapat rasa ia ucapan dan perbuatan yang ikhlas, bermakna dan mudah-mudahan 'sampai ke atas'

Sejak sy buat kaedah ini, amat mudah perjalanan hidup saya kerana apa yang saya perlu, tiba-tiba muncul depan mata.

Contohnya pagi tadi, saya buat aktiviti syukur.
Sebaik selepas itu, saya terlintas di hati tentang sesuatu yang saya perlu untuk bisnes saya.

Saya tidak angkat tangan untuk berdoa pun. Cuma terlintas di hati.

Sebaik selepas itu, saya tergerak hati untuk check email pada iPhone.

Email pertama yang saya ternampak dan buka, adalah email dari seseorang yang boleh bantu saya untuk apa yang saya terlintas tadi.

Ini cuma satu contoh dari BANYAK contoh lain.
Orang-orang yang rapat dengan saya menjadi saksi betapa mudahnya aturan hidup sekarang berbanding dulu.

Teknik bersyukur ini saya belajar dari DrAzizan Osman di IMKK.

Jika anda mahu hidup yang tenang, teratur, dan bermakna sila ikut apa yang saya buat:

1) Pergi seminar bangkit 2014. Tengok tarikh paling dekat dan pergi.www.Bangkit2014.com.

2) Daftar masuk IMKK. Kalau tak ada duit, fikir sekali lagi berapa harga yang anda nak letakkan pada nyawa dan hidup anda yang bahagia. Cari lah duit tu kalau tidak ada.

ikhlas,
faisal

No comments:

Post a Comment