Sunday, 9 February 2014

http://www.majalahniaga.com


Siri Panadol Bisnes – Iklan Facebook Cekik Darah, dan Cara Tingkatkan Jualan Tanpa Pening Kepala

“Facebook Ads semakin cekik darah. Habis duit saya beriklan di Facebook. Sudahlah harga iklan semakin tinggi, jualan pun sudah tidak lagi banyak seperti dahulu.”
Skrip di atas adalah ringkasan daripada keluhan majoriti pemilik bisnes di Facebook.
6 bulan lepas, jualannya mencecah 6 angka secara konsisten, hanya menggunakan Facebook Ads. Kini selepas Facebook mengubahsuai terma dan sistem, timbul pula beberapa kekusutan dalam bisnesnya.
Cara untuk tidak tenggelam dengan agenda iklan cekik darah ini adalah memahami prinsip asal bisnes.
Atau lebih comel digelar sebagai, “Akar Bisnes.”
Akar Bisnes – Formula G.K.G
Proses bisnes secara keseluruhan merangkumi formula G.K.G.
Setiap abjad ini membawa maksud:
1)      G – Get customers.
2)      K – Keep customers.
3)      G – Grow customers.
Fasa #1 – Get Customers
Dapatkan pelanggan. Ini adalah ‘dadah’ yang buatkan bisnes-bisnes yang baru bermula terlalu ketagih.
Mereka lihat dari satu perspektif sahaja. Iaitu,
“Bisnes hanya terus hidup apabila ada pelanggan baru setiap hari, setiap masa, setiap saat.”
Kenyataan ini betul. Lagi ramai pelanggan, lagi banyak duit masuk ke dalam akaun bank bisnes.
Bisnes juga tidak perlukan ramai pelanggan bagi memastikan akaun bank mereka tidak kering.
Fasa #2 – Keep Customers
Apabila sudah dapat pelanggan, maka langkah seterusnya adalah membelai pelanggan itu.
Lagi akrab hubungan kita dengan pelanggan, lagi mudah untuk kita menjual sebarang produk dan servis.
Seperti kata pakar pemasaran Seth Godin, “Buat orang suka kita. Lebih mudah untuk kita jual apa sahaja produk dan servis selepas itu.”
Tidak semua peniaga di Facebook yang menitik beratkan proses keep customers ini. Proses menjaga pelanggan ini adalah proses yang tidak seksi. Malah proses ini adalah proses yang berat.
Fasa #3 – Grow Customers
Fasa ini adalah proses korek lubuk duit dengan lebih mendalam.
Seorang konsultan bisnes pernah menulis,
A buyer is a buyer is a buyer.”
Bahasa bisnes yang seksi adalah, “Sekali pelanggan bagi duit, selamanya dia berpotensi bagi banyak duit.”
Fasa ini merujuk kepada:
1)      Ali beli produk XYZ dari satu syarikat.
2)      Syarikat itu kemudian jual produk ABC kepada Ali.
3)      Selepas produk ABC, syarikat itu jual servis DEF pula kepada Ali.
4)      Daripada Ali sahaja, syarikat itu sudah dapat banyak duit.
Bayangkan apabila syarikat kita mempunyai 100 pelanggan macam Ali.
Kita tidak lagi mengeluh tidak ada pelanggan. Sebaliknya kita mengeluh bagaimana mahu menjual produk atau servis yang lain, kepada pelanggan yang sama.
Kemahiran grow customers ini hanya ada pada bisnes-bisnes yang mempunyai rancangan gergasi.
IklanFacebook1
Iklan Facebook Terus Mahal
Ini adalah fitrah normal bagi alat pemasaran.
Facebook bergerak sebagai alat pemasaran untuk kita bertemu dengan pelanggan. Ia tidak lebih daripada itu.
Iklan Facebook akan terus menekan peniaga yang terus memikirkan cara untuk get customers. Bisnes yang melekat pada fasa pertama semata-mata, adalah bisnes yang naiknya cepat, jatuhnya juga cepat.
1 Pelanggan, 3 Kali Berpotensi Bagi Duit
Berdasarkan fitrah bisnes dan kajian daripada pakar, seorang pelanggan yang sudah membeli daripada kita, pelanggan itu berpotensi untuk beli sekurang-kurangnya 3 produk atau servis yang lain.
Isunya sekarang, majoriti peniaga Facebook terlalu bergantung pada satu produk sahaja.
Ada satu pepatah lazim dalam dunia bisnes, “Jualan bisnes mencanak naik bukan tanda bisnes kita selamanya di atas.”
Ia berbalik semula pada pelanggan kita.
Adakah kita sudah memaksimumkan pelanggan sedia ada sebaik mungkin?
Kredit foto: bassarisjolieodell

No comments:

Post a Comment