Sunday, 9 February 2014

Content Marketing – Bagaimana Duit Terhasil Berkali-kali

Write to Wealth kini sedang giat mempromosikan satu lagi mazhab pemasaran yang segar iaitu content marketing.
Siri Content Marketing - Write to Wealth
Mazhab ini adalah mazhab yang menghasilkan kempen pemasaran 3 dimensi:

Dimensi Pertama – Mesra Pelanggan

Pelanggan suka untuk menerima mesej pemasaran.
Apabila suka dengan mesej pemasaran, maka mereka berpotensi besar untuk menjadi pelanggan setia.
Content marketing adalah aktiviti pemasaran yang membina puak-puak pelanggan yang akan melekat kuat dalam bisnes.

Dimensi Kedua – Pelanggan Dahagakan Iklan

Apabila elemen content marketing dimasukkan dalam penghasilan iklan (Akhbar, majalah, Facebook dan sebagainya), pelanggan ternanti-nanti iklan itu.
Iklan yang mempunyai elemen content marketing adalah iklan yang memuliakan dan memandaikan pelanggan. Kita memberikan informasi dan maklumat yang bermakna dari kaca mata pelanggan.

Dimensi Ketiga – Tidak Menjual Produk

Content marketing tidak menjual produk atau servis yang ada dalam bisnes kita. Sebagai pengamal content marketing, kita membina social cheque atau cek sosial.
Cek sosial bermaksud kepercayaan, keyakinan dan kredibiliti yang tinggi terhadap orang yang menjual produk atau servis itu.
Kepercayaan, keyakinan dan kredibiliti adalah aset yang mahal dalam bisnes. Usahawan yang ada ketiga-tiga elemen ini bukan sahaja mudah buat banyak duit, malah:
  • Bisnesnya kekal lama.
  • Bisnesnya boleh dijual.
  • Puak pelanggan yang ramai.
  • Tidak perlu bersusah payah memanipulasi emosi pelanggan untuk menjual produk.

Content Marketing – Unfair Advantage Marketing Strategy

Content marketing adalah strategi pemasaran yang memberikan impak tinggi dalam bisnes. Syarikat gergasi yang bernilai bilion ringgit juga menggunakan content marketing.
Satu daripada syarikat gergasi itu adalah IBM.
Apabila kempen content marketing diasah secara konsisten, kita mempunyai masa hadapan yang cerah untuk membina kawah duit yang besar.

sumber;
http://writetowealth.my/content-marketing-bagaimana-buat-duit

No comments:

Post a Comment