Mudahnya Jentik Poket Pelanggan Dengan SMS (Siri 1)
Kajian mendapati pelanggan lebih tertumpu untuk membaca SMS. Sebanyak 98% SMS yang diterima akan dibaca oleh pelanggan.
Penemuan ini membuktikan bahawa kaedah ini jauh lebih efektif daripada kaedah emel dan lain-lain kaedah yang dipraktikkan.
Secara logiknya, semua pelanggan menggunakan telefon bimbit untuk tujuan komunikasi.
… Dan alat komunikasi itu sentiasa berada dalam genggaman tangan (ataupun di dalam poket seluar pelanggan) tanpa mengira masa.
Untuk penjelasan mudah, perkara ini adalah peluang keemasan kepada semua peniaga.
Perkara yang membezakan antara peniaga adalah cara mereka merangka ayat-ayat persuasif yang digunakan dalam SMS mereka.
Teknik Jentik Minat Pelanggan
#1 – Muliakan Nama Mereka
Tiada perkara yang lebih mudah untuk menambat hati pelanggan selain daripada menggunakan nama sebenar mereka.
Mari kita kaji diri kita sendiri.
Jikalau peniaga sering menggunakan nama kita untuk setiap SMS yang dihantar, apakah perasaan kita? Adakah kita akan suka dan gembira dengan perlakuan tersebut?
Raikan pelanggan kita dengan memuliakan nama mereka dalam setiap SMS yang dihantar kepada mereka.
Kuasa ‘personal touch’ daripada teknik ini bakal menghuru-harakan perniagaan kita.
#2 – Ringkas dan Padat
Menulis perkataan yang berjela-jela akan merumitkan proses pembacaan dan pemahaman pelanggan mengenai perniagaan kita.
Tulis iklan dengan menggunakan ayat mudah dan ‘straight forward’.
Lebih ringkas dan padat, lebih elok.
Kita tidak mempuyai banyak masa untuk menjentik minat mereka untuk membeli. Masa yang ada boleh digunakan dengan wajar oleh peniaga.
Peniaga boleh menjalankan kajian awal berkenaan ayat yang hendak digunakan untuk dihantar menggunakan sistem SMS kepada pelanggan.
Teknik ini menggunakan kaedah ‘less is more’. Raikan kuasa ayat persuasif yang efektif secara maksimum untuk tingkatkan jualan.
#3 – Ada Tawaran Menarik Untuk Saya?
Soalan ini merupakan soalan wajib yang ditanya oleh pelanggan.
Logiknya, semua orang akan mengajukan soalan yang sama kepada diri mereka sendiri.
Tidak elok untuk memberitahu pelanggan tentang apa yang perniagaan kita jalankan.
Lebih elok jika peniaga memberitahu pelanggan mereka faedah yang bakal mereka terima.
Sebagai contoh, jika kita menjalan perniagaan menjual produk melansingkan badan. Peniaga boleh guna ayat ‘guna produk ini untuk hilangkan 5KG lemak dalam tempoh 2 minggu’.
Guna ayat ringkas dan nyatakan informasi secara ‘straight forward’.
Penting untuk pelanggan sedar akan faedah yang akan mereka perolehi.
Audio Strategi SMS Jualan 7 Angka
Pakej ilmu audio Strategi SMS Jualan 7 Angka, adalah audio yang membantu pemilik bisnes yang menggunakan SMS untuk:
- Tingkatkan jualan produk atau servis menerusi strategi SMS yang terbukti berkesan.
- Menulis skrip SMS yang pelanggan suka respon, dan buatkan mereka seronok mahu membeli.
- Membuatkan pelanggan percaya dan yakin serta merta, untuk bagi kita duit apabila berurusan menerusi SMS.
Audio Strategi SMS Jualan 7 Angka ini telah membantu pengamal tekniknya untuk menghasilkan nilai jualan lebih RM1 juta.
Teknik yang terbukti berkali-kali untuk tingkatkan sales setiap hari.
“Dalam masa 5 tahun dari sekarang, pemasaran SMS akan membantu pemilik bisnes di seluruh dunia, untuk memberikan pulangan sebanyak bilion ringgit.” - Juniper Research.
sumber; http://writetowealth.my/strategi-pemasaran-sms-siri-1
No comments:
Post a Comment