Sunday, 9 February 2014

Kenapa Ebook “Mudahnya Jual Produk Kurang 7 Saat” Laku Keras


Antara bisnes yang modal rendah untung lumayan adalah bisnes berbentuk informasi.

Yakni bisnes yang memberikan maklumat atau teknik kepada para pembaca, tentang bagaimana untuk menguasai sesuatu perkara.
Sebagai contoh, ebook “Mudahnya Jual Produk Kurang 7 Saat” terjual sebanyak ribuan unit dalam masa kurang 3 minggu.
Apakah rahsianya?
Jawapannya, tiada rahsia.

3 Trauma Penulis Ebook

Apabila menghasilkan ebook, terdapat beberapa trauma yang berlaku dalam diri seseorang penulisnya iaitu:
  • Jumlah muka surat.
  • Desain kaver ebook.
  • Isi kandungan.
Sebagai pemilik bisnes, prioriti utama adalah menghasilkan produk informasi berdasarkan:
  • Keperluan pasaran.
  • Kemampuan diri.
Satu daripada sebab kenapa ebook ini laku keras kerana pemilik ebook boleh mendapatkan hasil, selepas mempraktikkan teknik-teknik yang dikongsikan.
… Terdapat belasan testimonial yang menyatakan bahawa ebook ini telah membantu mereka meningkatkan hasil jualan produk dan servis.
Justeru itu, apabila ingin menerbitkan ebook atau sebarang produk informasi, penting untuk kita mengolah teknik dan maklumat penting sahaja.

Psikologi Pembaca Ebook

Psikologi pembaca ebook tidak mempunyai masa untuk baca maklumat yang panjang-panjang lagi meleret.
Dalam masa sama, jangan terlalu bergantung pada agen atau rakan kerjasama (joint venture). Promosikan ebook dengan bajet pengiklanan dan pemasaran yang sedia ada dalam tangan.
Apabila ebook itu menjelaskan kualiti dengan sendirinya, maka akan ada ramai orang yang berebut-rebut mahu ceritakan kepada umum.
Tim Write to Wealth mensasarkan nilai jualan ebook, “Mudahnya Jual Produk Kurang 7 Saat” sebanyak RM100,000 sebelum bulan Jun 2013. Sasaran ini semakin dekat dan rapat.

Tahu Duit Masuk dan Duit Keluar

Duit-duit ini akan disalurkan dalam tiga jenis aset:
  • Penambahbaikan kualiti produk.
  • Aset hartanah.
  • Aset kebajikan.
Bagi pembeli ebook, tuan puan akan dijemput ke ruangan Facebook Group khas untuk memperoleh bantuan sokongan yang tiada limitasi.
Dalam mazhab bisnes Write to Wealth, keutamaan kami adalah mengumpul duit bagi tujuan survival bisnes dalam tempoh 3 tahun pertama.

No comments:

Post a Comment