Friday, 7 February 2014

Pahit manis hidup berniaga


Pahit manis hidup berniaga.

Saya sudah berniaga sejak tahun satu di universiti, lama dulu. Saya mendaftar syarikat saya yang pertama pada umur saya 20 tahun.

Saya sudah dapat projek ratusan ribu membangunkan software pada tahun pertama saya ada syarikat. Saya tak belajar kat mana pun cara berniaga. Saya tak tahu mengurus, pada masa itu hentam sahaja lah. Pada masa itu saya ingat berniaga untuk cari duit untuk kaya. 

Berniaga turun naik..

Di masa saya masih muda saya telah punya berbelas staf, saya merasanya. Menjual kuih raya di tepi jalanan tetapi mendapat puluhan ribu sehari.

Di sebalik semua kegemilangan itu, saya pernah hanya ada RM50 dalam poket saya dengan hutang pembekal dan gaji staf yang mahu dibayar minggu hadapannya. Mula lah disuruh berhenti berniaga dan bekerja.

Ingat pada masa itu, saya benar-benar buntu. Projek belum dibayar tetapi gaji dan duit pembekal perlu dibayar. Ramai yang ingat saya tidak pandai mengurus.

Saya pernah menyiapkan satu projek kerajaan yang tidak dibayar 250 ribu ketika dulu. Naik turun jumpa pegawai itu dan ini punya alasan masing masing. Yang sana kesian, yang sini kesian yang sana kutuk yang sini. Akhirnya duit saya tidak dibayar.

Berniaga macam ni lah gayanya. Ada orang kata saya tamak, ada orang kutuk , ada orang puji. Mereka berfikir difikiran mereka tentang apa yang mereka lihat.

" Kalau takut dilambung ombak , jangan berumah ditepi pantai. "

Semua itu menjadi pengalaman yang berharga dalam dunia perniagaan. Saya tidak dapat simpulkan. Dalam dunia perniagaan ada naik turun nya. Ada cara pusingnya. Ada pasang surutnya.

Walau ianya sukar, tapi pengalaman yang menyeronokan. Saya tidak berputus asa. Setiap kegagalan kecil hilang begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment