Sunday, 9 February 2014

3 Jalan Pintas Kuasai Copywriting Cara Kedekut

3 Jalan Pintas Kuasai Copywriting Cara Kedekut

Di Malaysia, terma copywriting sudah mula menarik perhatian pemilik-pemilik bisnes.
Khususnya yang menguruskan bisnes di Facebook.
Copywriting adalah terma yang sudah wujud ratusan tahun.
Copywriting dari perspektif bisnes merujuk pada:
  1. Kemahiran menulis.
  2. Kemahiran memahami pelanggan.
  3. Kemahiran mempengaruhi pelanggan.

Pemilik Bisnes dan Copywriter

Copywriting adalah elemen kritikal dalam bisnes.
Di Amerika Syarikat, copywriter dibayar sekitar USD1,000 hingga USD1,000,000 untuk menguruskan satu projek bisnes.
Copywriter juga adalah simbolik kepada “business game changer.
Sebagai contoh, dengan menggantikan beberapa perkataan di laman web, ia mampumeningkatkan jualan dengan drastik.
Begitu besar impak copywriter yang bagus dalam bisnes.
Tidak semua pemilik bisnes mempunyai skil copywriting yang bagus.
Terdapat 3 cara mudah, untuk pemilik bisnes di Facebook untuk menguasai skil copywriting.
3 cara ini dibentangkan oleh copywriter terkenal di Malaysia, iaitu Tuan Faisal Abdullah.
Beliau adalah individu yang sudah membantu ratusan peniaga Facebook untuk kuasai skil copywriting. Seterusnya menjana jualan sehingga jutaan ringgit.
cara terbaik kuasai copywriting dengan cara yang kedekut (low-cost) adalah:

Cara Kedekut 1 – Rajin Bertanya

Seorang copywriter yang bagus adalah mereka yang terdiri dalam golongan:
  1. Rajin bertanya.
  2. Bijak bertanya soalan yang berkait rapat dengan pelanggan.
Sebagai contoh, apabila copywriter mahu menulis ayat jualan bagi menjual produk kuruskan berat badan, mereka akan senaraikan soalan-soalan berikut:
1) Apakah faktor kritikal yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan susah mahu kurus?
2) Adakah benar senaman secara konsisten boleh membantu turunkan berat badan?
3) Jika mahu beli produk kuruskan badan, bahan-bahan apa yang perlu dititikberat, supaya ia tidak memberikan kesan buruk pada badan untuk jangka masa panjang?
Setiap jawapan bagi soalan-soalan di atas akan membantu pelanggan untuk tertarik dengan copywriting yang kita hasilkan.

Cara Kedekut 2 – TiruVasi

Cara paling tidak seksi adalah meniru hasil orang lain.
Tiru bukan bermaksud tiru bebal. Tiru bebal merujuk pada 100% tiru tanpa lakukan sebarang kreativiti dan inovasi.
Tuan Syaizul Amal (Pengurus jenama Ain Maisrah) melabelkan strategi meniru ini sebagai Tiruvasi.
Bahan-bahan yang sesuai untuk kita tiru adalah:
  1. Tajuk-tajuk akhbar di muka hadapan.
  2. Tajuk-tajuk iklan di majalah, dan akhbar yang menarik perhatian.
  3. Ayat-ayat di rancangan televisyen yang buat kita ingat dan cepat faham.

Cara Kedekut 3 – Bayar Copywriter Teruna dan Dara

Cari mereka yang pandai menulis. Dalam masa sama, tidak berfikiran seperti orang bisnes.
Tujuannya supaya kita dapat bayar mereka dengan harga yang jauh lebih rendah.
Cara kenal pasti copywriter seperti ini adalah menerusi:
  1. Blog.
  2. Status-status Facebook.
  3. Jurnal.

Coaching Content Marketing

Coaching content marketing adalah sesi one-to-one selama 2 jam, untuk membantu pemilik bisnes menguasai strategi pemasaran versi mesra-pelanggan.
Dalam masa yang sama,
  1. Jimatkan kos iklan dan pemasaran.
  2. Tingkatkan jenama dan kredibiliti bisnes.
  3. Tingkat dan gandakan untung bersih dan kurangkan kos pemasaran.

  • {“Content marketing telah membantu saya meningkatkan jualan sebanyak USD5 juta dalam masa 12 bulan.” – Bryan Clark, pengasas blog Copyblogger.com.”
Sumber:   http://writetowealth.my/3-teknik-copywriting-berkesan

No comments:

Post a Comment