Saturday, 22 February 2014

TIPS BERGUNA WARREN BUFFET


=====================
TIPS BERGUNA WARREN BUFFET
=====================

1. Pendapatan - Jangan bergantung kepada satu jenis pendapatan sahaja. Melaburlah & jadikan ia pendapatan kedua

2. Berbelanja - Jika anda membeli barang-barang yang tidak perlu, di masa hadapan, anda terpaksa menjual barang keperluan anda

3. Simpanan - Jangan menyimpan selepas anda berbelanja, tetapi berbelanjalah selepas anda membuat simpanan

4. Risiko - Jangan ukur kedalaman sungai dengan kedua-dua belah kaki

5. Pelaburan - Jangan letak semua telur di dalam satu bakul

6. Jangkaan - Kejujuran adalah sesuatu yang sangat berharga. Jangan jangkakan ia dari 'orang murahan'

=================

Tingkatkan pendapatan, simpanan & pelaburan, kurangkan perbelanjaan, uruskan risiko & buat analisa jangkaan anda. Jom pelajari ilmu hartanah, pengurusan kewangan, pengurusan hutang, pelaburan saham & ikuti trip ke Iskandar Johor bersama-sama kami di DSR Master Class - DMC.

Layari www.drshah.my/dmc

Kebanyakan kegagalan ramai antara kita adalah


[ Kebanyakan kegagalan ramai antara kita adalah .... ]

1. Tidak pandai membaca peluang yang ada pada diri kita sendiri dan tidak pandai membaca potensi diri kita sendiri.

Kebanyakan antara kita hanya pandai menikmati dari yang telah bersedia.

2. Tidak pandai membaca peluang di sekeliling anda semua.

2. Anda perlu belajar untuk memberi keutamaan peluang-peluang tersebut.

3. Anda juga perlu ...anda perlu , mewujudkan peluang.

Jika anda sentiasa bergerak dan tidak berhenti, anda akan mendapati banyak peluang di sekeliling anda. jika hanya diam dan melihat peluang itu datang dan pergi, anda adalah orang yang rugi.

.

Masalah adalah peluang bagi anda. menyebabkan anda tidak ada masalah untuk mencari bisnes dari menyelesaikan masalah 

[ Hati-Hati Jika ada 11 Masalah Ini ] - Khas Buat Usahawan -


[ Hati-Hati Jika ada 11 Masalah Ini ] - Khas Buat Usahawan -
................................................

1. Telah mempunyai idea berniaga, tetapi masih tidak bermula..

2.Bekerja lebih masa dari waktu dari sepatutnya setiap hari tetapi tahap pencapaian perniagaan masih ditakuk lama.

3.Lebih banyak masa bekerja berbanding waktu bersama keluarga.

4. Menghabiskan banyak masa tentang operasi perniagaan sekarang dari mengembangkan bisnes.

5. Cashflow bisnes yang sangat ketat dan jumlah keuntungan tidak memadai berbanding usaha yang telah dicurahkan

6. Sukar mencari pengurus yang baik untuk menjalankan perniagaan.,

7.Selalu hilang fokus dan motivasi anda dan staf .

8. Strategi jualan yang tidak memuaskan

9.Kebergantungan bisnes terlalu bergantung kepada mereka, jika mereka tiada,
bisnes tidak boleh / sukar beroperasi .

10. “Masih bekerja” dalam perniagaan anda

11. Tidak rasa gembira dengan apa yang dibuat sekarang .

KATA-KATA DONALD TRUMP


==================
KATA-KATA DONALD TRUMP
==================

Walaupun kata-kata ini dikeluarkan oleh Donald Trump pada 3 tahun lepas, tetapi masih boleh diguna pakai hingga kini.

" Saya amat yakin ini adalah masa sesuai untuk membeli sebuah rumah. Dan jika anda lakukannya, dalam masa 10 tahun akan datang, anda akan melihat masa lepas anda kembali dan berkata ' Awak tahu tak, saya amat gembira apabila mengikut apa yang telah diperkatakan oleh Donald Trump dahulu' "

DON’T WAIT TO BUY REAL ESTATE; BUY REAL ESTATE AND WAIT

=============

Beli hartanah jangan main bedal sahaja. Jom pelajari ilmu hartanah, pengurusan kewangan, pengurusan hutang, pelaburan saham & ikuti trip ke Iskandar Johor bersama-sama kami di DSR Master Class - DMC.

Layari www.drshah.my/dmc

Tip marketing untuk butik bukan musim raya


Tip marketing untuk butik bukan musim raya

1. Keluar dari kedai
Masuk ke pasar-pasar malam, terpulanglah nak guna van ke, kereta ke, motor ke tak kisah. cuba anda perhatikan orang kemboja menjual kain sepanjang tahun di pasar-pasar malam. Masuk tapak-tapak ekspo untuk menjual baju anda, ianya lebih baik dari baju-baju anda terperap tidak dijual. cari duit pusingan, jual murah sedikit dari harga butik membuatkan orang ramai terpaksa beli.

2. Projek sedekah
Anda mempunyai kedai butik, anda anjurkan tabung bersedekah baju kepada fakir miskin ke misalnya, anak yatim ke misalnya. buat pakej kepada mereka yang ingin menyumbang.

3. Projek pakaian seragam
Anda boleh mencuba memperkenalkan baju seragam berupa baju kurung dan baju batik untuk pejabat, untuk persatuan, untuk pelajar sekolah berasrama, pasukan kompang, pasukan yasinnan kampung dan banyak lagi. mereka akan menempah banyak lebih dari 30 pasang tempahan...itu kan berbaloi. buat iklan promosi dan berikan maklumat dan idea kepada mereka.

4. Idea kratif
Selain membuat baju kurung, cuba anda fikirkan kain-kain ni boleh buat apa? saya kurang mahir tapi tentu boleh dibuat. mungkin anda ada kain yang lebihan jahit yang lepas. mungkin anda boleh buat sarung bantal satu set dengan alas tilam untuk keluarga atau bilik anak-anak. Mungkin anda boleh buat alas komputer, penutup makanan dan lain-lain yang anda lebih arif...

5. Agen
Ini idea biasa melantik agen, tetapi pastikan mereka bayar..kalau tidak hutang anda makin menyempit. tumpukan kepada mereka yang bekerja..

6. Menjual secara on-line
Tetapi perlukan idea yang kratif, saya cadangkan anda memilih pelanggan sebelum masuk dalam bisnes on-line kerana sudah terlalu ramai mereka yang menjual secara on-line. Jika tidak mungkin anda hanya membuang masa anda

Friday, 21 February 2014

Faisal Abdullah


Saya malu untuk tulis post ini.

Kerana ia akan dedahkan yang selama 30+ tahun saya hidup, saya rupanya tak pandai bersyukur 

Bukan tidak bersyukur. 
Tapi tak pandai dan tak elok rupa paras 'syukur' tersebut.

"Syukurnya aku dapat rezeki ini" - sering diucap.

Malangnya langsung tak bermaya di sudut pandang Tuhan, berbanding dengan "Terima kasihhh laaaa tolong approve project ni" yg diberi pada manusia.

Kalau nak bersyukur dengan lebih tertib sekalipun, hanya lepas saya di-tempeleng dan tersungkur sekejap.

Baru nak pandai bersyukur. Itu pun ntah-ntah tak cukup makan.

Sekarang saya dah pandai sikit bersyukur.
- Cara menyediakan diri dan emosi sebelum bersyukur.
- Apa yang harus saya syukurkan.
- Cara duduk sebelum syukur.
- Cara sediakan fisiologi badan sebelum bersyukur.
- Cara bersyukur yang kita sendiri dapat rasa ia ucapan dan perbuatan yang ikhlas, bermakna dan mudah-mudahan 'sampai ke atas'

Sejak sy buat kaedah ini, amat mudah perjalanan hidup saya kerana apa yang saya perlu, tiba-tiba muncul depan mata.

Contohnya pagi tadi, saya buat aktiviti syukur.
Sebaik selepas itu, saya terlintas di hati tentang sesuatu yang saya perlu untuk bisnes saya.

Saya tidak angkat tangan untuk berdoa pun. Cuma terlintas di hati.

Sebaik selepas itu, saya tergerak hati untuk check email pada iPhone.

Email pertama yang saya ternampak dan buka, adalah email dari seseorang yang boleh bantu saya untuk apa yang saya terlintas tadi.

Ini cuma satu contoh dari BANYAK contoh lain.
Orang-orang yang rapat dengan saya menjadi saksi betapa mudahnya aturan hidup sekarang berbanding dulu.

Teknik bersyukur ini saya belajar dari DrAzizan Osman di IMKK.

Jika anda mahu hidup yang tenang, teratur, dan bermakna sila ikut apa yang saya buat:

1) Pergi seminar bangkit 2014. Tengok tarikh paling dekat dan pergi.www.Bangkit2014.com.

2) Daftar masuk IMKK. Kalau tak ada duit, fikir sekali lagi berapa harga yang anda nak letakkan pada nyawa dan hidup anda yang bahagia. Cari lah duit tu kalau tidak ada.

ikhlas,
faisal

Tuesday, 11 February 2014

BELAJAR DARI PENGALAMAN


[ BELAJAR DARI PENGALAMAN ]

Saya minat berniaga, sedari kecil lagi. Saya sudah mula berniaga dan mempunyai syarikat sendiri seawal umur saya 21 tahun. Dari pengalaman menjaja ditepi jalan hingga munguruskan projek bernilai jutaan ringgit didalam dan luar negara. Setiap langkah dalam perniagaan memberikan suatu pengalaman yang baru bagi saya dan cukup saya menghargainya. Sungguh banyak pengalaman manis dan pahit, saya lalui semuanya dengan penuh minat.

Saya mula diberikan kepercayaan mengepalai sebuah syarikat yang dulunya hanya mempunyai 2 orang pekerja hingga menjadi sebuah syarikat HOLDING dengan beberapa rangkaian perniagaan lain, pekerjanya dari seorang berpendidikan paling tinggi dan jumlah pekerja yang ramai. Saya juga berpengalaman mengurus berbagai ragam pekerja, perunding, pelanggan, kerenah projek yang membuatkan saya matang dalam perjalanan itu. Bukan itu sahaja menstukturkan semula hutang, projek yang tertangguh dan memcari keuntungan sebuah syarikat ‘sakit’ kepada syarikat yang berdaya saing bukan suatu yang mudah. Disamping itu saya juga memantau syarikat D’impian Group yang kini sudah mempunyai 10 cabang perniagaan yang berlainan bisnes dan berada di seluruh negara.

Dalam perjalanan itu, saya membuat beberapa kesimpulan. Semua kejayaan bermula dengan KEPERCAYAAN, perkara yang paling asas. Anda perlu percaya anda boleh Berjaya menjadi seorang jutawan. Dari itu, baru anda boleh menjadi jutawan. Jika anda seorang pelajar, anda perlu percaya anda boleh menjadi seorang pelajar terbaik. Jika anda berkerja , anda perlu percaya yang anda boleh menjadi CEO dalam syarikat yang anda berkerja sekarang suatu hari nanti.

Dari KEPERCAYAAN anda perlu BERTINDAK kearah target kepercayaan anda tersebut. Walau anda mempunyai impian setinggi gunung tetapi anda tidak bertindak, berusaha dan bergerak sampai bila-bila pun impian tadi tidak akan anda capai. Jika bernasib baik, anda capai kejayaan itu, kepuasan sebenar pencapaian itu tidak anda rasai jika anda tidak berusaha sendiri mendapatkanya. Untuk bertindak anda perlu menukar SIKAP kepada sikap positif, anda untuk lebih Berjaya. Gabungan formula IMPIAN + KEPERCAYAAN + BERTINDAK + SIKAP positif akan menyebabkan tidak boleh tidak anda akan tiba-tiba Berjaya.

‪#‎CoachBahar‬

Coach Bahar



-----------
TAWARAN
-----------

Mak nasihatkan saya, " bekerja apa yang kamu minat bukan apa yang kami tahu ". Susah juga nak faham mula-mulanya. 

Katanya lagi " kalau kamu belajar masak, jangan bekerja bidang masak ...takut-takut sampai bilapun kamu akan jadi tukang masak. Tapi kalau kamu suka memasak, kebetulan kamu pandai memasak itu tidak mengapa " . Terbalik pula prinsipnya dengan banyak buku dan pakar motivasi, ramai yang suruh mula berniaga apa yang kita tahu.

Salah satu bisnes dimpian group adalah bisnes catering. Saya tak tahu memasak dan saya tidak belajar dalam bidang masakan. Tetapi saya sangat MINAT dengan masakan dan memgurus event. Sebab itu mungkin saya boleh membuka dimpian catering.

Bisnes catering boleh membawa keuntungan yang baik jika diurus dengan baik. Bayangkan jika sebulan kita mendapat 20 tempahan event dengan purata 15k satu event. Berapa kita dapat?

Anda boleh mengawal pembelian barang-barang mentah dan mengurus event dengan baik dgn tenaga kerja yang betul. Untung anda mungkin sehingga 50% satu event.

Lagipun kalau anda hanya suri rumah dan mahu buat kecil-kecilan pun boleh dijalankan perniagaan di rumah sendiri.

Bisnes catering, anda akan mendapat bayaran dulu sebelum anda buat event...ya..dapat bayaran dulu dan anda tidak perlu bermodal besar. Anda pelek ke...? Susah nak cari bsines orang bayar dulu baru buat kerja. Bisnes ini bisnes mengurus sebenarnya , kurang resiko.

$$$$$$$$$$$$$
Seminar catering
$$$$$$$$$$$$$

Saya dapati jarang dapat satu seminar yang akan diajar semua perkara secara prektikal. Saya nak buat satu seminar catering secara prektikal pada 25, 26 dan 27 Feb 2014 iaitu selasa , rabu dan khamis di D'impian Resort & Traning Centre MUAR .

Apa yang anda belajar dalam seminar tu nanti::

1. BMC untuk catering (bisnes model canvas)

2. Stratigi pemasaran catering

3. Pasang canopy dan setup maja secara prektikal. Kita buat sama-sama

4. Belajar masak nasi minyak dan lauk.

5. Selok belok bisnes catering seperti kerenah pelanggan dan pembekal.

6. Pengurusan staf pramusaji.

7. Menjaga kualiti

Saya hanya mengambil 20 peserta yang berminat. Seminar ini adalah seminar kali kedua. Dan 7 dari 10 peserta sebelumnya telah berjaya bisnes sendiri. Anda perlukan ilmu mengelakkan anda rugi banyak. Susah nak belajar dari mereka yang memang ada syarikat catering

7 tip cara pemasaran hebat untuk bisnes kecil anda


7 tip cara pemasaran hebat untuk bisnes kecil anda

1. Print postcard yang cantik dan pos kepada targeting pelanggan anda
Berikan maklumat secara umum pd postcard tentang perniagaan anda, jika mereka berminat mereka akan ke website atau blog anda dan dapatkan maklumat yang detail.
2. Jalankan beberapa strategy marketing dengan kerap untuk semua jenis binses anda, atur dan urus sebaik yang mungkin.
3. Phone makating
Beritahu kepada pelanggan anda special offer yang anda buat
4. Gunakan stiker pelekat untuk memperkenalkan berniagaan anda, mungkin untuk kereta yg di beri pada pelanggan dan banyak lagi cara.
5. Newsletters
6. Seminars/ open house
Wujudkan event yang membolehkan anda menjemput key customer untuk mendengar perniagaan anda.
7. Mail Outs
Coach Bahar
Moga apa yang saya tulis tidak disalah anggap. saya hanya berkongsi rasa dan idea.

Tahun 2014 tahun ke-lima D'impian Group ditubuhkan. Saya dan isteri menubuhkan syarikat ini bermula dari sebuah impian hingga menjadi realiti. Kini D'impian Group telah sedikit dewasa dengan mempunyai 19 cabang bisnesnya.

Bukan tidak susah...ianya dibangunkan dengan peluh jerih dan tenaga yang maksimum. bukan tak ada masalah, terlalu banyak ragam dalam berniaga kami larung. "jalan terus" je.

Banyaklah teori dibaca digunakan dan diaplikasikan. kesalahan yang dibuat walaupun bukan 100% salah , dihadam sendiri. kadang-kadang berlinang air mata pun ada untuk menyelesaikan masalah...tetapi kami membuatkan segala cabaran dan halangan sebagai kekuatan ukhwah kami suami isteri juga keluarga yang terdekat.

Dalam berhati-hati kekadang kami pernah ditipu, kerugian beratus ribu dan kami bangkit semula dengan tidak menyalahkan keadaan yang ada. saya menulis dari hati. saya menulis kerana ingin memberitahu bisnes bukanlah hanya cerita gembira.

Dari sebelumnya sehingga kami mempunyai ramai pekerja. saya dan isteri tidak pernah mengambil gaji. saya laburkan gaji kami untuk staf dan pelaburan d'impian semula. Kami dulukan pada yang lain. mungkin ada yang mempertikaikan tindakan itu, buat apa kerja kuat tetapi tidak mengambil gaji. itu lah juga sebabnya kami hidup biasa-biasa dan tidak bermewah.

Mak kata, rezeki kami untuk orang lain. kamu tempat mengalirnya rezeki orang lain. rezeki kami ada ditempat lain.

Ya...ya...saya tahu semua tindakan saya itu bukanlah untuk dihargai. tidak siapa yang tahu sehingga saya menceritakan disini. gaji saya adalah dari pelaburan dan kerja pribadi saya yang lain. sudah cukup untuk isteri dan anak-anak saya.

rupanya motivasi bekerja lebih memuncak bila kita bekerja untuk kebajikan orang lain. jika saya tidak bekerja maka lebih ramai yang mengharapkan dan bergantung pada saya dan isteri. mereka semua ada keluarga yang besar. gaji mereka untuk keluarga mereka, minum pakai mereka dan kehidupan mereka. termasuk pembekal, partner bisnes, kontraktor, penyewa, kerajaan dari ambilan cukai, pelabur...

saya menulis bukan untuk di ikut...saya menulis bukan satu kebanggaan tetapi saya menulis dari hati. hati saya tersentuh setiap kali ada staf yang mengucapkan terima kasih walaupun pendapatan mereka sedikit. saya ramai staf, mereka juga tidak tahu dengan perkara ini. untuk apa saya memberitahu.

Saya mohon doa dari semua untuk saya terus bermotivasi untuk terus kehadapan selagi nyawa dikandung badan.

Sunday, 9 February 2014

Kenapa Ebook “Mudahnya Jual Produk Kurang 7 Saat” Laku Keras


Antara bisnes yang modal rendah untung lumayan adalah bisnes berbentuk informasi.

Yakni bisnes yang memberikan maklumat atau teknik kepada para pembaca, tentang bagaimana untuk menguasai sesuatu perkara.
Sebagai contoh, ebook “Mudahnya Jual Produk Kurang 7 Saat” terjual sebanyak ribuan unit dalam masa kurang 3 minggu.
Apakah rahsianya?
Jawapannya, tiada rahsia.

3 Trauma Penulis Ebook

Apabila menghasilkan ebook, terdapat beberapa trauma yang berlaku dalam diri seseorang penulisnya iaitu:
  • Jumlah muka surat.
  • Desain kaver ebook.
  • Isi kandungan.
Sebagai pemilik bisnes, prioriti utama adalah menghasilkan produk informasi berdasarkan:
  • Keperluan pasaran.
  • Kemampuan diri.
Satu daripada sebab kenapa ebook ini laku keras kerana pemilik ebook boleh mendapatkan hasil, selepas mempraktikkan teknik-teknik yang dikongsikan.
… Terdapat belasan testimonial yang menyatakan bahawa ebook ini telah membantu mereka meningkatkan hasil jualan produk dan servis.
Justeru itu, apabila ingin menerbitkan ebook atau sebarang produk informasi, penting untuk kita mengolah teknik dan maklumat penting sahaja.

Psikologi Pembaca Ebook

Psikologi pembaca ebook tidak mempunyai masa untuk baca maklumat yang panjang-panjang lagi meleret.
Dalam masa sama, jangan terlalu bergantung pada agen atau rakan kerjasama (joint venture). Promosikan ebook dengan bajet pengiklanan dan pemasaran yang sedia ada dalam tangan.
Apabila ebook itu menjelaskan kualiti dengan sendirinya, maka akan ada ramai orang yang berebut-rebut mahu ceritakan kepada umum.
Tim Write to Wealth mensasarkan nilai jualan ebook, “Mudahnya Jual Produk Kurang 7 Saat” sebanyak RM100,000 sebelum bulan Jun 2013. Sasaran ini semakin dekat dan rapat.

Tahu Duit Masuk dan Duit Keluar

Duit-duit ini akan disalurkan dalam tiga jenis aset:
  • Penambahbaikan kualiti produk.
  • Aset hartanah.
  • Aset kebajikan.
Bagi pembeli ebook, tuan puan akan dijemput ke ruangan Facebook Group khas untuk memperoleh bantuan sokongan yang tiada limitasi.
Dalam mazhab bisnes Write to Wealth, keutamaan kami adalah mengumpul duit bagi tujuan survival bisnes dalam tempoh 3 tahun pertama.

Content Marketing – Bermula Dengan Produk atau Pasaran?


Siri Content Marketing - Write to Wealth

Content marketing adalah strategi pemasaran yang segar dan mesra pelanggan. Ia mula diamalkan sekitar tahun 1997.
Salah seorang pengamal content marketing iaitu Brian Clark, telah mengamalkan strategi ini sejak tahun 1998.

Maksud Mesra-Pelanggan

Pendekatan mesra-pelanggan merujuk kepada respon daripada pelanggan, apabila melihat kempen pemasaran atau iklan yang kita hebahkan.
Pendekatan ini adalah pendekatan yang menguntungkan. Pelanggan suka, pelanggan percaya, pelanggan seronok bagi duit ke dalam akaun bank bisnes kita.

Bermula Dengan Produk atau Pasaran?

Soalan yang kerap diajukan berkaitan dengan pendekatan content marketing adalah,
“Bagaimana mahu mulakan kempen content marketing? Adakah kita perlu kaji produk atau pasaran terlebih dahulu?”
Content marketing boleh diselaraskan untuk kedua-duanya iaitu:
  • Analisis pasaran – Tahu apa yang pelanggan mahu.
  • Analisis produk – Tahu bagaimana produk boleh membantu.
Perkara utama adalah mengenal pelanggan. Apabila kita sudah kenal pelanggan, maka mudah untuk kita tahu, faham dan berikan apa kemahuan pelanggan.
Cara paling mudah adalah dengan bertanya.

Soalan Adalah Masalah

Dalam buku-buku bisnes, seminar keusahawanan dan pelbagai lagi sering menyatakan, masalah adalah peluang dan lubuk duit untuk bisnes.
Masalah itu muncul apabila pasaran atau pelanggan mempunyai soalan yang mengikut gaya bahasa mereka.
Sebagai contoh,
“Adakah terdapat pakaian renang wanita yang menutup aurat dan tidak ketat?”
Daripada soalan ini, kita boleh gunakan analisis IE (Identify & Extract), untuk dapatkan potensi produk yang laku dijual kepada pelanggan.
Berdasarkan soalan di atas, pelanggan mahukan:
  • Pakaian renang wanita yang tutup aurat.
  • Pakaian renang wanita yang tidak ketat.
Lebih spesifik soalan, lagi berkualiti analisis IE kita. Apabila analisis kita lebih berkualiti, maka lebih mudah untuk kita menstrukturkan kempen content marketing yang mesra pelanggan.

Tugas Content Marketer – Menjawab Soalan Secara Percuma

Content marketer (Pengamal content marketing) menjadikan analisis IE sebagai modal idea, untuk kempen-kempen mereka.
Setiap soalan yang benar-benar keluar daripada mulut pelanggan, adalah modal idea pemasaran yang mahal. Content marketer memberikan jawapan kepada setiap soalan dengan percuma.
Contohnya, untuk soalan berkaitan dengan pakaian renang yang menutup aurat dan ketat, content marketer akan senaraikan jawapan yang dapat menimbulkan kepercayaan pelanggan terhadap mereka.
Antara jawapan itu adalah:
  1. Jenis kain yang sesuai digunakan untuk pakaian renang wanita versi tutup aurat wanita.
  2. Jarak harga minimum dan maksimum untuk pakaian renang yang menutup aurat wanita.
  3. Senarai penjual produk pakai renang wanita yang tutup aurat dan tidak ketat.
Jawapan-jawapan di atas akan distruktur, ditulis dan dijawab dengan baik oleh content marketer berdasarkan kemahiran yang tersendiri.

Content Marketing – Bagaimana Duit Terhasil Berkali-kali

Write to Wealth kini sedang giat mempromosikan satu lagi mazhab pemasaran yang segar iaitu content marketing.
Siri Content Marketing - Write to Wealth
Mazhab ini adalah mazhab yang menghasilkan kempen pemasaran 3 dimensi:

Dimensi Pertama – Mesra Pelanggan

Pelanggan suka untuk menerima mesej pemasaran.
Apabila suka dengan mesej pemasaran, maka mereka berpotensi besar untuk menjadi pelanggan setia.
Content marketing adalah aktiviti pemasaran yang membina puak-puak pelanggan yang akan melekat kuat dalam bisnes.

Dimensi Kedua – Pelanggan Dahagakan Iklan

Apabila elemen content marketing dimasukkan dalam penghasilan iklan (Akhbar, majalah, Facebook dan sebagainya), pelanggan ternanti-nanti iklan itu.
Iklan yang mempunyai elemen content marketing adalah iklan yang memuliakan dan memandaikan pelanggan. Kita memberikan informasi dan maklumat yang bermakna dari kaca mata pelanggan.

Dimensi Ketiga – Tidak Menjual Produk

Content marketing tidak menjual produk atau servis yang ada dalam bisnes kita. Sebagai pengamal content marketing, kita membina social cheque atau cek sosial.
Cek sosial bermaksud kepercayaan, keyakinan dan kredibiliti yang tinggi terhadap orang yang menjual produk atau servis itu.
Kepercayaan, keyakinan dan kredibiliti adalah aset yang mahal dalam bisnes. Usahawan yang ada ketiga-tiga elemen ini bukan sahaja mudah buat banyak duit, malah:
  • Bisnesnya kekal lama.
  • Bisnesnya boleh dijual.
  • Puak pelanggan yang ramai.
  • Tidak perlu bersusah payah memanipulasi emosi pelanggan untuk menjual produk.

Content Marketing – Unfair Advantage Marketing Strategy

Content marketing adalah strategi pemasaran yang memberikan impak tinggi dalam bisnes. Syarikat gergasi yang bernilai bilion ringgit juga menggunakan content marketing.
Satu daripada syarikat gergasi itu adalah IBM.
Apabila kempen content marketing diasah secara konsisten, kita mempunyai masa hadapan yang cerah untuk membina kawah duit yang besar.

sumber;
http://writetowealth.my/content-marketing-bagaimana-buat-duit

Content Marketing vs Facebook Ads


Content Marketing vs Facebook Ads

Content marketing dan Facebook Ads tidak bergaduh.
Siri Content Marketing - Write to Wealth
Mereka adalah kawan karib. Kedua-duanya saling memerlukan bagi memantapkan ekosistem masing-masing.
Facebook bergerak sebagai penempatan dalam bisnes.

Facebook Adalah Penempatan, Bukan Senjata Pemasaran

Dalam Facebook, ada bilion pengguna yang melayarinya setiap hari di seluruh dunia.
Pihak Facebook memperdagangkan pengguna-pengguna ini dari aspek data mereka. Data pengguna Facebook dijual kepada pemilik bisnes.
Satu daripada cara laman sosial menjual data adalah menerusi pengiklanan.

Facebook Ads dan Pemilik Bisnes

Dalam konteks Facebook, namanya adalah Facebook Ads (Advertising).
Apabila pemilik bisnes mahu beriklan, mereka perlukan data yang spesifik, bagi mengukur potensi dan return of investment (ROI) bagi setiap duit yang mereka labur.
Semua pemilik bisnes mahu untung. Mereka tidak mahu duit iklan terbakar dan langsung tidak berikan pulangan.
Justeru itu, Facebook bertindak sebagai penempatan sahaja. Ia tidak berperang dengan content marketing.

Content Marketing Bergerak Sebagai Senjata

Content marketing melengkapkan Facebook Ads.
Pemilik bisnes yang menggunakan pendekatan content marketing, berpotensi untuk melihat respon-respon berikut daripada pengguna Facebook terhadap iklan Facebook Ads mereka:
  1. Jumlah LIKE meningkat.
  2. Jumlah SHARE meningkat.
  3. Jumlah SALES meningkat.
Content marketing menggunakan formula USA.

U – Understand.

Kita belajar bagaimana untuk memahami bahasa pelanggan.
Memahami bahasa pelanggan sangat penting. Setiap pelanggan mempunyai vokabulari dan bahasa yang berbeza, untuk menjelaskan masalah mereka.
Sebagai contoh, kita menjual Powerbank.
Pelanggan kategori pelajar universiti menggunakan bahasa berikut untuk membuat keputusan pembelian:
  1. Adakah harga powerbank itu rendah dari RM100?
  2. Adakah powerbank itu sama taraf dengan jenama XYZ yang terkenal walaupun harganya murah?
Pelanggan kategori eksekutif pula menggunakan lenggok bahasa yang berbeza:
  1. Berapa banyak pilihan design & warna?
  2. Adakah Powerbank ini muat untuk masuk ke dalam beg galas (wanita)?
Setiap pelanggan mempunyai citarasa yang berbeza terhadap 1 produk.
Cara menjual ayam kepada makcik kantin berbeza dengan menjual ayam kepada pembekal di pasar borong.

S – Solve.

Pendekatan-pendekatan marketing yang diajar oleh barang adalah memanipulasikan sesuatu.
Content marketing pendekatannya berbeza. Kita mewujudkan kempen yang boleh mempengaruhi orang.
Persuade dan manipulate adalah dua lorong yang berbeza.
Kempen pemasaran yang berpengaruh, akan membantu pelanggan untuk membuat keputusan membeli yang bijak.
Dalam kajian kes Powerbank, kita menjawab soalan spesifik pelanggan. Contohnya, untuk pelajar:
  1. Kita jelaskan berapa harga Powerbank, dan berapa banyak diskaun yang boleh diturunkan.
  2. Beritahu ciri-ciri yang ada Powerbank, dan kaitkan dengan Powerbank berjenama yang sedia ada.
  3. Maklumkan bahawa diskaun ini adalah diskaun untuk pelajar universiti sahaja.

A – Authority.

Authority adalah kredibiliti.
Bisnes yang mempunyai nilai kredibiliti yang tinggi, tidak perlu susah-susah untuk buatkan orang beli produk mereka.
Jual apa sahaja produk, pelanggan-pelanggan mereka tetap suka bagi duit.
Content marketing adalah teknik marketing yang mencetuskan autoriti. Kita faham keperluan pelanggan,
kita selesaikan masalah mereka pada peringkat pertama, kemudian pelanggan sudah ada gambaran “Gred A” pada bisnes kita.

Sudah Daftar Bengkel Content Marketing Mastery?

Bengkel Content Marketing Mastery akan tunjukkan kajian kes, bagaimana content marketing mampu membuatkan jualan bisnes kita menjadi lebih kebal.
Strategi pemasaran ini menggunakan strategi pemasaran versi mesra-pelanggan.
Dalam bengkel ini, para peserta akan ditunjukkan secara praktikal untuk menghasilkan kempen content marketing yang berpengaruh.
Pendaftaran peserta Bengkel Content Marketing Mastery adalah terhad dan akan tutup pada bila-bila masa dari sekarang.

sumber;  
http://writetowealth.my/content-marketing-vs-facebook-ads

Mudahnya Jentik Poket Pelanggan Dengan SMS (Siri 1)


Mudahnya Jentik Poket Pelanggan Dengan SMS (Siri 1)

Siri Strategi SMS MarketingPerkhidmatan SMS mempunyai kuasa dalam memanjatkan jualan ke tahap yang tinggi.
Kajian mendapati pelanggan lebih tertumpu untuk membaca SMS. Sebanyak 98% SMS yang diterima akan dibaca oleh pelanggan.
Penemuan ini membuktikan bahawa kaedah ini jauh lebih efektif daripada kaedah emel dan lain-lain kaedah yang dipraktikkan.
Secara logiknya, semua pelanggan menggunakan telefon bimbit untuk tujuan komunikasi.
… Dan alat komunikasi itu sentiasa berada dalam genggaman tangan (ataupun di dalam poket seluar pelanggan) tanpa mengira masa.
Untuk penjelasan mudah, perkara ini adalah peluang keemasan kepada semua peniaga.
Perkara yang membezakan antara peniaga adalah cara mereka merangka ayat-ayat persuasif yang digunakan dalam SMS mereka.

Teknik Jentik Minat Pelanggan

#1 – Muliakan Nama Mereka
Tiada perkara yang lebih mudah untuk menambat hati pelanggan selain daripada menggunakan nama sebenar mereka.
Mari kita kaji diri kita sendiri.
Jikalau peniaga sering menggunakan nama kita untuk setiap SMS yang dihantar, apakah perasaan kita? Adakah kita akan suka dan gembira dengan perlakuan tersebut?
Raikan pelanggan kita dengan memuliakan nama mereka dalam setiap SMS yang dihantar kepada mereka.
Kuasa ‘personal touch’ daripada teknik ini bakal menghuru-harakan perniagaan kita.
#2 – Ringkas dan Padat
Menulis perkataan yang berjela-jela akan merumitkan proses pembacaan dan pemahaman pelanggan mengenai perniagaan kita.
Tulis iklan dengan menggunakan ayat mudah dan ‘straight forward’.
Lebih ringkas dan padat, lebih elok.
Kita tidak mempuyai banyak masa untuk menjentik minat mereka untuk membeli. Masa yang ada boleh digunakan dengan wajar oleh peniaga.
Peniaga boleh menjalankan kajian awal berkenaan ayat yang hendak digunakan untuk dihantar menggunakan sistem SMS kepada pelanggan.
Teknik ini menggunakan kaedah ‘less is more’. Raikan kuasa ayat persuasif yang efektif secara maksimum untuk tingkatkan jualan.
#3 – Ada Tawaran Menarik Untuk Saya?
Soalan ini merupakan soalan wajib yang ditanya oleh pelanggan.
Logiknya, semua orang akan mengajukan soalan yang sama kepada diri mereka sendiri.
Tidak elok untuk memberitahu pelanggan tentang apa yang perniagaan kita jalankan.
Lebih elok jika peniaga memberitahu pelanggan mereka faedah yang bakal mereka terima.
Sebagai contoh, jika kita menjalan perniagaan menjual produk melansingkan badan. Peniaga boleh guna ayat ‘guna produk ini untuk hilangkan 5KG lemak dalam tempoh 2 minggu’.
Guna ayat ringkas dan nyatakan informasi secara ‘straight forward’.
Penting untuk pelanggan sedar akan faedah yang akan mereka perolehi.

Audio Strategi SMS Jualan 7 Angka

Pakej ilmu audio Strategi SMS Jualan 7 Angka, adalah audio yang membantu pemilik bisnes yang menggunakan SMS untuk:
  1. Tingkatkan jualan produk atau servis menerusi strategi SMS yang terbukti berkesan.
  2. Menulis skrip SMS yang pelanggan suka respon, dan buatkan mereka seronok mahu membeli.
  3. Membuatkan pelanggan percaya dan yakin serta merta, untuk bagi kita duit apabila berurusan menerusi SMS.
Audio Strategi SMS Jualan 7 Angka ini telah membantu pengamal tekniknya untuk menghasilkan nilai jualan lebih RM1 juta.
Teknik yang terbukti berkali-kali untuk tingkatkan sales setiap hari.
“Dalam masa 5 tahun dari sekarang, pemasaran SMS akan membantu pemilik bisnes di seluruh dunia, untuk memberikan pulangan sebanyak bilion ringgit.” - Juniper Research.

sumber;  http://writetowealth.my/strategi-pemasaran-sms-siri-1