Sunday, 9 February 2014

Mudahnya Jentik Poket Pelanggan Dengan SMS (Siri 2)


Mudahnya Jentik Poket Pelanggan Dengan SMS (Siri 2)

Manusia dan teknologi semakin sukar dipisahkan.Siri Strategi SMS Marketing
Teknologi yang berkait rapat dengan telekomunikasi berfungsi seperti ‘kekasih sejati’.
Tidak mudah berenggang daripada tangan si pengguna.
Pemilik telefon bimbit lebih ramai daripada pemilik berus gigi di dunia ini adalah antara fakta tambahan, yang tidak boleh disangkal dan agak kelakar bunyinya.
Satu kajian yang dijalankan di tanah Amerika menyatakan bahawa, purata seseorang memeriksa telefon bimbit mereka adalah sebanyak 150 kali sehari.
Fakta ini diperkukuhkan lagi melalui penemuan berikut. Seseorang akan sentiasa bersedia untuk memegang telefon bimbit mereka dalam tempoh 14 jam sehari.
Rumusan daripada pengumpulan semua fakta ini menjelaskan seperkara.
Telefon bimbit (tidak kira peranti smartphone atau sebagainya) merupakan sebuah teknologi berbentuk ‘pandemik sihat’ kepada para peniaga.

(Sambungan Siri 1) Guna-Guna Jentik Minat Pelanggan

#4 – Jimat-Jimat Dahulu, Senang Muncul Kemudian
Siapa tidak mahu lakukan blasting SMS secara menyeluruh?
Sesiapapun akan teruja untuk melakukannya. Lebih-lebih lagi yang baru mahu mulakan pemasaran SMS ini.
Nanti dahulu.
Perkasakan lagi keberkesanan guna-guna ini dengan mengadakan satu pelan ringkas.
Tubuhkan satu pelan ujian ringkas untuk uji keberkesanan SMS.
Lakukan secara berperingkat dan kaji respon para prospek, seperti balasan SMS atau panggilan daripada mereka.
Jadikan ia sebagai petunjuk keberkesanan ayat SMS yang dirangka untuk pelanggan.
Selepas mengenalpasti tahap keberkesanan SMS yang digunakan, baru buat blasting dengan kuantiti yang banyak.
Kos SMS mungkin tidak terlalu besar, tetapi rugi jika potensi SMS tidak digunakan sebaik mungkin.
Juga, pastikan perniagaan kita bersedia dengan ombak pelanggan yang bakal datang.
#5 – Buat Pelanggan ‘Panas’
Mahu pelanggan terus ke kedai kita? Mahu mereka meributkan inbox SMS, atau melayan lambakan panggilan telefon daripada mereka?
Siapa tak mahu bukan?
Pelanggan perlukan arahan yang jelas, penerangan yang jitu serta ringkas.
Jika sedang melakukan promosi, nyatakan tarikh akhir promosi dengan jelas dan nyatakan proses menggunakan promosi yang berlansung dengan lengkap.
Bahan hubungan seperti nombor telefon dan alamat emel, jadikan prioriti untuk diselitkan pada akhir ayat SMS yang dihantar kepada pelanggan.
Elemen seperti 5W 1H (How? When? Where? Who? What?) boleh diaplikasi bagi melincirkan tindak balas pelanggan kepada perniagaan kita.
Terangkan apa yang pelanggan perlu tahu dan bagaimana untuk melakukannya dengan jelas.
Terang dan lurus, tiada bengkang-bengkok.

Belajar Pukau Pelanggan Melalui SMS

Pakej audio Strategi SMS Jualan 7 Angka merupakan audio ilmu bagi membantu peniaga memanipulasi SMS untuk:
  1. Lonjakkan prestasi jualan servis atau produk menerusi Strategi SMS yang terbukti berkesan.
  2. Belajar menulis skrip SMS yang pelanggan suka, juga untuk dapatkan respon segera daripada mereka dan buat mereka seronok membeli.
  3. Meraikan keyakinan pelanggan serta merta kepada perniagaan kita dan mudah berikan duit mereka apabila berurusan menerusi SMS.
Audio ini telah membantu pengamalnya untuk hasilkan nilai jualan lebih RM1 juta.
Tingkatkan sales berkali-ganda dengan teknik yang berkesan.
“Dalam masa 5 tahun dari sekarang, pemasaran SMS akan membantu pemilik bisnes di seluruh dunia, untuk memberikan pulangan sebanyak bilion ringgit.” – Juniper Research.

 sumber; http://writetowealth.my/pemasaran-sms-marketing-siri-2

Bagaimana 1 Alat Pemasaran Hasilkan USD200,000 Dalam Masa 30 Hari


Bagaimana 1 Alat Pemasaran Hasilkan USD200,000 Dalam Masa 30 Hari

200 Ratus Ribu SMS MarketingEmail marketing adalah alat pemasaran.
Seperti Facebook, flyers dan sewaktu dengannya, ia bergerak sebagai ruang untuk memperkenalkan produk atau servis yang kita jual.
Di Malaysia, email marketing atau pemasaran emel masih lagi dianggap teruna dan dara (baru), dari perspektif pemilik bisnes.

Hanya 13%

Di negara luar, pemasaran emel dianggap sebagai satu alat wajib untuk mempromosikan bisnes. Dalam masa sama, alat ini semakin ke arah jalan kegelapan.
Kajian kes daripada Derek Johnson mendapati, peluang untuk prospek membaca emel yang kita hantar adalah 13% sahaja.
Ini bermakna, jika kita mempunyai 1,000 emel pelanggan secara sah, emel kita hanya sampai kepada,
“130 orang sahaja.”
Ini bermakna, ruang emel sudah menjadi sempit dan tidak dipedulikan oleh para pelanggan.

Masih Ada Lagi Harapan 99%?

Lagi ramai baca kempen promosi, lebih tinggi peluang untuk kita menghasilkan jualan yang besar.
“Sebelum ini, pemasaran emel dianggap sebagai satu senjata mahal oleh pemilik bisnes. Situasi sudah berubah. Pelanggan semakin kurang berkenan untuk berhubung menerusi emel.”
Ini adalah kata-kata daripada Derek Johnson. Beliau adalah pengasas perisian SMS marketing iaitu Tatango.
Tambah beliau lagi, “Namun ada satu alat pemasaran yang meningkatkan peluang untuk 99% pelanggan kita dapat baca kempen promosi yang kita lancarkan.”
Alat itu adalah SMS. Atau sistem pesanan ringkas.

USD200,000 Dalam Masa 30 Hari

Apabila beliau menyusun semula strategi promosi menerusi SMS untuk Seattle Sun Tan, ini hasil yang berjaya diperoleh:
  1. 4,750 pelanggan memberikan nombor telefon dan data penting secara sukarela.
  2. Dalam masa 30 hari melakukan kempen, syarikat ini berjaya menghasilkan keuntungan bersih sebanyak USD200,000.
Berdasarkan hasil yang memberangsang ini, terdapat 3 elemen yang menjelaskan bagaimana SMS marketing kini menjadi alat penting untuk para pemilik bisnes di luar negara, termasuk Malaysia.

#1 – Kadar Semakan

Kadar semakan bermaksud bagaimana pelanggan kemaskini untuk dapatkan info baru.
Tidak semua pelanggan akan buka emel setiap pagi. Malah, majoriti pelanggan akan buka emel setiap minggu atau bulan sahaja.
Apabila menggunakan pemasaran SMS, situasi begini tidak berlaku.
Dalam masa kurang 3 minit SMS dihantar, pelanggan akan terus dapat tahu apakah perkembangan terbaru bisnes kita.

#2 – Baca Dahulu, Buang Kemudian

Apabila kita buka akaun emel, ini tindakan lazim yang dilakukan:
  1. Baca tajuk dahulu.
  2. Jika berkenan dengan tajuk, baru baca isi kandungan emel itu.
Tajuk memainkan peranan yang penting. Tidak semua pemilik bisnes berkemampuan menghasilkan tajuk emel yang kreatif, inovatif dan mampu menarik perhatian.
Dalam pemasaran SMS, menulis tajuk yang bagus adalah alternatif.
Apabila pelanggan buka telefon untuk baca SMS, ini tindakan lazim yang mereka akan lakukan:
  1. Telefon berdering menandakan ada SMS masuk.
  2. Pelanggan baca SMS itu terlebih dahulu.
  3. Jika isi kandungan SMS itu bagus, maka pelanggan akan terus baca dan bertindak.
  4. Jika sebaliknya, mereka akan buang SMS itu serta merta.
Dalam erti kata lain, apabila gunakan pemasaran SMS, pelanggan akan baca kempen kita terlebih dahulu.

#3 – Kurang Beban

Mempunyai alat pemasaran emel ibarat kita menanggung installment bisnes secara bulanan.
Sebagai contoh, kita ambil servis pemasaran emel daripada Aweber.
Setiap bulan, kita menanggung kos serendah USD19 dan harga meningkat selaras dengan jumlah emel yang kita ada.
Pemasaran SMS berbeza. Kita hanya bayar apabila mahu pakai.
Dalam kes biasa, apabila kita mahu hantar SMS kepada pelanggan, kos akan ditolak menerusi servis telco sedia ada.

Seni Hasilkan USD200,000 Dengan SMS Marketing

Sebagai pemilik bisnes, kedua-dua alat (pemasaran emel dan SMS) adalah penting.
Kita mahu gunakan segala jenis alat yang ada untuk sampaikan mesej kepada pelanggan.
Untuk belajar seni merangka kempen pemasaran SMS yang mampu menghasilkan jualan besar untuk produk dan servis, sila download audio, “Strategi SMS Jualan 7 Angka.”


Sumber; 
 http://writetowealth.my/kajian-kes-pemasaran-sms-berkesan

Mudahnya Jentik Poket Pelanggan Dengan SMS (Siri Akhir)



Mudahnya Jentik Poket Pelanggan Dengan SMS (Siri Akhir)

Siri Strategi SMS MarketingPemasaran SMS semakin dijulang tinggi oleh para peniaga kontemporari.
Ini kerana ia adalah sejenis pemasaran yang tidak memerlukan kos yang tinggi.
Ia juga lebih efektif dalam menawan perhatian pelanggan secara total.
Kajian di Amerika Syarikat membuktikan lebih 6.4 billion SMS dihantar dalam masa 24 jam.
Sebanyak 174 juta orang di Amerika Syarikat menggunakan sistem SMS setiap hari.
Keputusan kajian ini membuktikan bahawa pasaran penggunaan SMS adalah elok untuk ‘dicerobohi’ oleh para peniaga.
Adalah tidak normal jika peluang dibazirkan begitu sahaja.

(Sambungan Siri 3) Teknik Guna SMS Jampi Pelanggan

#8 – Kaji Hari ‘Impak Maksima’ Pelanggan
Ada hari yang pelanggan sangat suka lihat SMS kita.
Ada hari, pelanggan akan ingat akan siapa gerangan yang menghantar SMS tersebut. Bahkan, berkali-kali mereka akan lihat SMS tersebut.
Hari apa ya?
Ia adalah hari jadi para pelanggan kita.
Peniaga selalu guna hari istimewa ini bagi menarik perhatian pelanggan secara langsung.
Peniaga boleh hantar SMS sehari atau 3 hari sebelum hari jadi mereka.
Contoh: Hantar SMS promosi hari jadi istimewa pada 29, 30 atau 31 Disember jika hari jadi pelanggan jatuh pada Januari tahun hadapan.
Jadi entiti pertama yang meraikan hari jadi mereka.
Antara contoh promosi yang boleh dijalankan untuk hari istimewa pelanggan ialah beli satu percuma satu, diskaun istimewa bagi pemebelian produk, pemberian hadiah misteri dan sebagainya.
Beritahu secara jelas akan tarikh akhir promosi yang dijalankan bagi mengelakkan sebarang masalah.
Pelanggan juga seorang yang sibuk dalam menguruskan kehidupan seharian mereka.
#9 – Lubuk Emas Musim Perayaan
Gandakan jualan pada setiap musim perayaan yang berlansung.
Setiap musim perayaan mempunyai kadar peratus kemungkinan positif yang tinggi.
Tidak perlu percaya pada kata-kata negatif orang lain. Jika kita sendiri ambil tindakan, ia bakal membawa pulangan berganda.
Pelanggan biasanya mempunyai mood baik pada musim perayaan.
Jadi, ambil peluang ini untuk jana jualan.
Rangka teks ucapan ringkas bagi meraikan perayaan mereka.
Kemudian, kongsi promosi yang dijalankan kepada mereka.
Tindakan ini merupakan peluang untuk memanjatkan jualan, juga mengukuhkan hubungan antara pelanggan dan peniaga.

Pukau Pelanggan Dengan Mudah Menerusi SMS

Pakej audio Strategi SMS Jualan 7 Angka merupakan audio ilmu bagi membantu peniaga memanipulasi SMS untuk:
  1. Lonjakkan prestasi jualan servis atau produk menerusi Strategi SMS yang terbukti berkesan.
  2. Belajar menulis skrip SMS yang pelanggan suka, juga untuk dapatkan respon segera daripada mereka dan buat mereka seronok membeli.
  3. Meraikan keyakinan pelanggan serta merta kepada perniagaan kita dan mudah berikan duit mereka apabila berurusan menerusi SMS.
Audio ini telah membantu pengamalnya untuk hasilkan nilai jualan lebih RM1 juta.
Tingkatkan sales berkali-ganda dengan teknik yang berkesan.
“Dalam masa 5 tahun dari sekarang, pemasaran SMS akan membantu pemilik bisnes di seluruh dunia, untuk memberikan pulangan sebanyak bilion ringgit.” – Juniper Research.

sumber;   http://writetowealth.my/teknik-sms-marketing-siri-akhir

3 Jalan Pintas Kuasai Copywriting Cara Kedekut

3 Jalan Pintas Kuasai Copywriting Cara Kedekut

Di Malaysia, terma copywriting sudah mula menarik perhatian pemilik-pemilik bisnes.
Khususnya yang menguruskan bisnes di Facebook.
Copywriting adalah terma yang sudah wujud ratusan tahun.
Copywriting dari perspektif bisnes merujuk pada:
  1. Kemahiran menulis.
  2. Kemahiran memahami pelanggan.
  3. Kemahiran mempengaruhi pelanggan.

Pemilik Bisnes dan Copywriter

Copywriting adalah elemen kritikal dalam bisnes.
Di Amerika Syarikat, copywriter dibayar sekitar USD1,000 hingga USD1,000,000 untuk menguruskan satu projek bisnes.
Copywriter juga adalah simbolik kepada “business game changer.
Sebagai contoh, dengan menggantikan beberapa perkataan di laman web, ia mampumeningkatkan jualan dengan drastik.
Begitu besar impak copywriter yang bagus dalam bisnes.
Tidak semua pemilik bisnes mempunyai skil copywriting yang bagus.
Terdapat 3 cara mudah, untuk pemilik bisnes di Facebook untuk menguasai skil copywriting.
3 cara ini dibentangkan oleh copywriter terkenal di Malaysia, iaitu Tuan Faisal Abdullah.
Beliau adalah individu yang sudah membantu ratusan peniaga Facebook untuk kuasai skil copywriting. Seterusnya menjana jualan sehingga jutaan ringgit.
cara terbaik kuasai copywriting dengan cara yang kedekut (low-cost) adalah:

Cara Kedekut 1 – Rajin Bertanya

Seorang copywriter yang bagus adalah mereka yang terdiri dalam golongan:
  1. Rajin bertanya.
  2. Bijak bertanya soalan yang berkait rapat dengan pelanggan.
Sebagai contoh, apabila copywriter mahu menulis ayat jualan bagi menjual produk kuruskan berat badan, mereka akan senaraikan soalan-soalan berikut:
1) Apakah faktor kritikal yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan susah mahu kurus?
2) Adakah benar senaman secara konsisten boleh membantu turunkan berat badan?
3) Jika mahu beli produk kuruskan badan, bahan-bahan apa yang perlu dititikberat, supaya ia tidak memberikan kesan buruk pada badan untuk jangka masa panjang?
Setiap jawapan bagi soalan-soalan di atas akan membantu pelanggan untuk tertarik dengan copywriting yang kita hasilkan.

Cara Kedekut 2 – TiruVasi

Cara paling tidak seksi adalah meniru hasil orang lain.
Tiru bukan bermaksud tiru bebal. Tiru bebal merujuk pada 100% tiru tanpa lakukan sebarang kreativiti dan inovasi.
Tuan Syaizul Amal (Pengurus jenama Ain Maisrah) melabelkan strategi meniru ini sebagai Tiruvasi.
Bahan-bahan yang sesuai untuk kita tiru adalah:
  1. Tajuk-tajuk akhbar di muka hadapan.
  2. Tajuk-tajuk iklan di majalah, dan akhbar yang menarik perhatian.
  3. Ayat-ayat di rancangan televisyen yang buat kita ingat dan cepat faham.

Cara Kedekut 3 – Bayar Copywriter Teruna dan Dara

Cari mereka yang pandai menulis. Dalam masa sama, tidak berfikiran seperti orang bisnes.
Tujuannya supaya kita dapat bayar mereka dengan harga yang jauh lebih rendah.
Cara kenal pasti copywriter seperti ini adalah menerusi:
  1. Blog.
  2. Status-status Facebook.
  3. Jurnal.

Coaching Content Marketing

Coaching content marketing adalah sesi one-to-one selama 2 jam, untuk membantu pemilik bisnes menguasai strategi pemasaran versi mesra-pelanggan.
Dalam masa yang sama,
  1. Jimatkan kos iklan dan pemasaran.
  2. Tingkatkan jenama dan kredibiliti bisnes.
  3. Tingkat dan gandakan untung bersih dan kurangkan kos pemasaran.

  • {“Content marketing telah membantu saya meningkatkan jualan sebanyak USD5 juta dalam masa 12 bulan.” – Bryan Clark, pengasas blog Copyblogger.com.”
Sumber:   http://writetowealth.my/3-teknik-copywriting-berkesan

Bagaimana jadikan setiap perkataan sebagai mesin magnet tarikan pelanggan


Bagaimana jadikan setiap perkataan sebagai mesin magnet tarikan pelanggan

Dalam bisnes, kita gunakan perkataan untuk:
  1. Berkomunikasi dengan pelanggan.
  2. Meningkatkan jualan.
Penggunaan perkataan untuk meningkatkan jualan adalah kata ganti nama lain untuk “copywriting.”
Penting untuk setiap bisnes mempunyai copywriter. Bahkan adalah satu unfair advantage (kelebihan besar), sekiranya pemilik bisnes itu sendiri adalah copywriter.
Fungsinya,
Copywriter menyusun perkataan-perkataan yang betul, supaya dapat mempengaruhi pelanggan dan meningkatkan jualan.

Akan Buka Pendaftaran – Seminar Copywriting Write to Wealth

Di Malaysia, ada beberapa organisasi dan individu yang menyediakan kursus-kursus berkenaan copywriting.
Berdasarkan permintaan lebih 300+ peserta yang pernah hadir ke bengkel content marketing, maka tim Write to Wealth kini bakal membuka Mini-Workshop Copywriting untuk tahun 2014.
Ini adalah maklumat ringkas:
Tarikh: 23hb Februari 2014 (Ahad).
Tempat: Dewan Seminar Kohilal, Diamond Square, Gombak.
Masa: 8.30 pagi hingga 1 tengahari (Rehat pukul 10.30 pagi hingga 10.55 pagi).
Makanan dan minuman tidak disediakan.
Penyertaan akan dibuka secara online bermula minggu hadapan.

Komen – Masalah Anda Mengenai Copywriting

Sebelum penyertaan dibuka, kami berbesar hati untuk menerima soalan-soalan daripada tuan puan berkaitan dengan topik copywriting.
Mohon tulis di ruangan komen. Kami baca satu per satu dan berusaha untuk balas kembali komen anda dengan jawapan.
Sebagai contoh,
“Saya tidak pandai menulis. Bagaimana untuk saya jadi copywriter yang bagus untuk bisnes sendiri?”

Sumber:  Aqif Azizan
Ketua Pegawai Eksekutif. Copywriter. Penulis buku. Trainer. 

Cara buat pelanggan beli produk yang kita jual


Cara buat pelanggan beli produk yang kita jual

Seperti yang kita sedia tahu, ada beberapa elemen yang menyebabkan kempen marketing itu berkesan.
… Headline atau tajuk kempen marketing.
… Gambar yang berkait rapat dengan masalah pelanggan.
… Penerangan manfaat yang jelas.
… Tawaran yang membuatkan pelanggan rasa “Rugi jika aku tidak cuba.”
… Sudah letak testimonial iaitu kata-kata positif daripada orang yang pernah guna produk kita sebelum ini.
Kesemua elemen di atas penting. Ia memberi rangsangan kepada pelanggan untuk percaya dan yakin, bahawa produk yang kita jual dapat membantu diri mereka.

1 Lagi “M.E” (Missing Element)

Ada pepatah,
“Jika kita tidak suruh pelanggan buat sesuatu. Mereka tidak akan berbuat sesuatu.”
… Dan ada pepatah lain,
“Pelanggan ini mahu tangannya dipimpin. Disuap perlahan-perlahan sehingga mereka kenyang dan puas hati.”
Apakah elemen yang menyebabkan dua pepatah ini menjadi realiti?

Arahan (Ask for Action)

Jika kita tidak memberikan sebarang arahan untuk pelanggan bertindak, mereka tidak akan bertindak.
Jika kita letak terlalu banyak arahan, pelanggan juga akan rasa “beban” untuk mengikut arahan.
Justeru itu, ini elemen kritikal untuk buat pelanggan beli produk yang kita jual.
(Boleh digunakan di Facebook, blog, akhbar dan semua jenis medium).

1 Arahan yang jelas dan mudah

1 arahan sahaja. Arahan itu jelas. Arahan itu mudah untuk pelanggan faham.
Sebagai contoh,
  1. Kita mahu pelanggan isi order form online.
  2. Kita cuma mahu maklumat: Nama, nombor telefon dan alamat penghantaran sahaja.
  3. Kita gunakan bahasa yang pelanggan gunakan (Cth: “Tulis nama anda”, bukan “Sila lengkapkan butiran peribadi.”
Sebelum menulis arahan untuk bertindak, penting untuk kita pastikan 5 elemen sebelum ini sudah sedia terhidang kepada pelanggan.

5 Elemen lain, sebelum dorong pelanggan beli produk kita

5 Elemen itu:
  1. Tajuk.
  2. Gambar yang berkait rapat dengan pelanggan.
  3. Penerangan manfaat produk yang jelas.
  4. Tawaran yang mengiurkan.
  5. Kata-kata positif daripada pelanggan lain.
Sumber: 
http://writetowealth.my/cara-buat-pelanggan-beli-produk-yang-kita-jual

Potensi Enjin Carian Sebagai Lubuk Prospek Bisnes Anda

Perkataan ‘lubuk’ mungkin sedikit ‘overrated’ di dalam tajuk diatas.
Namun, itulah yang saya cuba bayangkan apabila menyebut enjin carian sebagai saluran paling berpotensi untuk mendapatkan prospek bagi bisnes anda.
Pada artikel pertama saya sebelum ini, saya menerangkan sedikit sebanyak akan potensi enjin carian itu sendiri kepada bisnes anda, dan pada hari ini kita akan pergi lebih mendalam dengan mempelajari cara-cara yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan prospek di enjin carian.
*Beberapa perkataan dibawah mungkin jargon baru yang asing buat anda, jika anda kurang memahami maksud perkataan tersebut, boleh bertanya diruangan komen dibawah.

Dua Lorong Prospek Di Enjin Carian

Di enjin carian, terdapat dua cara untuk anda memposisikan laman web bisnes anda supaya ianya;
… berada di tempat yang betul;
… dimasa yang betul;
… di posisi yang betul;
Dan dengan tawaran bisnes/servis yang paling relevan dengan kehendak prospek.

Dan cara tersebut adalah:

adwords certified

#1 – Cara Tidak Berbayar

Cara ini lebih dikenali sebagai SEO, yang bermaksud Search Engine Optimization. Di dalam Bahasa Melayu ianya lebih dikenali sebagai optimasi enjin carian.
Melalui cara ini, anda melakukan dua jenis optimasi terhadap laman web anda, iaitu:
i. Optimasi dalaman (internal optimization);
ii. Optimasi luaran (external optimization).
Memandangkan artikel kali ini hanya akan menyentuh topik pengenalan pemasaran enjin carian, saya akan sentuh lebih mendalam mengenai optimasi-optimasi tersebut di artikel yang seterusnya.
Aktiviti optimasi ini dilakukan dengan satu tujuan:
“Mendapatkan ranking yang tinggi di laman keputusan enjin carian (SERP – Search Engine Results Page) bagi katakunci yang telah di-target”
Melalui cara ini, enjin carian tidak akan menerima sebarang bayaran, sogokan, mahupun ‘duit kopi’ bagi meletakkan laman web anda berada di ranking lebih tinggi di enjin carian mereka.
Enjin carian mempunyai mekanisma tersendiri dalam menentukan ranking setiap laman web, dan ianya dikenali sebagai ‘search engine algorithm’.
Fakta: Enjin carian Google mempunyai lebih daripada 200 faktor ranking yang digunakan di dalam algorithm mereka untuk membuat keputusan ranking laman-laman web.

#2 – Cara Berbayar

Untuk memberikan hasil yang terbaik kepada pengguna mereka, enjin carian, seperti bisnes lain juga memerlukan sumber kewangan yang kukuh di dalam menguruskan operasi mereka.
Dan salah satu cara mereka mendapatkan sumber kewangan tersebut adalah dengan ‘menyewakan’ tapak sewa di laman keputusan carian mereka (SERP – Search Engine Results Page).
Pemasaran enjin carian berbayar ini juga dikenali sebagai SEM, iaitu Search Engine Marketing.
Setiap enjin carian mempunyai platform pengiklanan mereka sendiri,
i. Enjin carian Google mempunyai Google AdWords:
pemasaran google adwords
ii. Enjin carian Yahoo! dan Bing mempunyai Bing Ads (mereka berkongsi platform pengiklanan yang sama):
pemasaran bing ads
Dan yang lebih menarik, kesemua platform ini adalah ‘self serving platform’, dimana anda tidak perlu berurusan dengan sesiapa untuk melancarkan kempen pengiklanan anda.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mendaftar di platform tersebut, ikut langkah yang disedikan dan iklan anda bersedia untuk dilancarkan.

Penyelesaian Sudah Ada Depan Mata

Aktiviti optimasi SEO mengambil sedikit masa untuk mendapatkan hasilnya.
Sebab itu ianya dipanggil sebagai ‘long term game’. Hasil optimasi boleh dilihat hanya selepas 3 bulan (paling awal) selepas ia dilakukan.
Manakala SEM, hasilnya boleh dikatakan segera. Anda lancarkan kempen (AdWords campaign atau Bing Ads campaign) hari ini, hari esok anda sudah boleh mula melihat hasilnya.
Namun, aktiviti SEO tidak memerlukan banyak pelaburan dari segi kewangan, SEM pula sebaliknya.
Kedua-duanya mempunyai pro & kontra-nya yang tersendiri. Anda sendiri yang tentukan samada untuk melakukan SEO, atau SEM, atau kedua-duanya sekali.
Caranya sudah saya terangkan diatas, pilihan kini ditangan anda.