Salah satu kekeliruan yang popular adalah antara 2 strategi ini:
1. Strategi buat duit - tujuannya adalah membuat duit semata-mata. Isu ethics bisnes dan fikah bisnes tidak diambil kira dalam strategi buat duit.
2. Strategi bisnes - tujuannya adalah membangunkan bisnes yang sustainable. Matlamatnya adalah membangunkan syarikat yang mempunyai daya tahan dalam pasaran dan daya berkembang.
Banyak orang terpedaya oleh 'strategi buat duit'. Mereka menyangka strategi buat duit adalah 'strategi bisnes' yang bagus.
.
Strategi buat duit adalah termasuk dalam jenis-jenis bisnes 'scam'.
Sekali pandang 'strategi scam' mereka itu macam model bisnes yang bagus, maklumlah bisnes itu dapat menghasilkan duit dengan cepat. Inilah faktor yang mendorong orang berkelulusan tinggi dan berjawatan tinggi pun terpedaya.
Contoh strategi buat duit adalah skim-skim cepat kaya dan pelbagai skim piramid. Skim-skim itu menghasilkan banyak duit untuk si pencipta skim itu.
Banyak penipu licik memperkenalkan macam-macam 'produk' dan 'bisnes' yang sebenarnya adalah scam. Mereka berjaya mengutip berjuta-juta duit orang ramai yang mereka perdaya.
.
Strategi bisnes sangat berbeza. Ia diajarkan dalam buku-buku pengurusan perniagaan yang digunakan sebagai buku teks universiti.
Jangan terpedaya oleh strategi buat duit yang dijaja oleh scammer-scammer yang banyak berkeliaran di luar sana.
Walau apa pun bentuknya, usaha membuat duit dengan menggunakan 'strategi buat duit' adalah tidak sustainable.
No comments:
Post a Comment