Apabila kita hendak menambah jenis-jenis produk keluaran syarikat kita, ada beberapa aspek yang perlu diberi perhatian serius.
Yang paling penting, produk baru itu wajib menggunakan CHANNEL pemasaran yang sama dengan produk sekarang.
Contoh:
Syarikat kita sekarang mengeluarkan kerepek bawang. Kerepek ini sudah diedarkan kepada 200 buah kedai runcit di Lembah Kelang.
Apabila kita hendak menambah jenis produk, pilih produk yang semua 200 kedai runcit itu mahu mempamerkannya.
+ Produk sekarang: Kerepek bawang
+ Produk baru: Kerepek ikan bilis, kerepek kentang, kerepek cheese, dan kerepek udang kering.
.
Jangan pula produk baru kita itu tidak dapat dipasarkan oleh CHANNEL kita yang sudah sedia ada.
Sebagai contoh, kita mengeluarkan kek bawang. Kedai runcit tidak mahu mempamerkan kek.
Channel kek, lain. Kek dipamerkan di dalam kedai-kedai kek.
Jangan buat produk baru yang channelnya tidak sama dengan produk sekarang.
Contoh: Kita mengeluarkan pakaian muslimah. Channel kita sekarang adalah 50 buah kedai-kedai pakaian muslimah. Kita hendak mengeluarkan pula kasut muslimah. Kedai pakaian tidak mempamerkan kasut. Kasut dipamerkan di kedai-kedai kasut.
No comments:
Post a Comment