Spekulator dan trader hanya memerhatikan turun naik harga saham. Mereka mengkaji pergerakan harga. Jika berlaku pattern A, maka jika jadi B, kita beli. Analisis seperti itu berterusan. Nampak mudah. Bila stochastic oversold, kita sell. Eh, tapi kenapa harga terus naik? Pening-pening.
Manakala seorang pelabur melihat operasi bisnes terlebih dahulu.
Bayangkan kita nak membeli bisnes burger di tepi jalan. Ada dapur, ada tong gas, ada gerai, ada payung, ada barang mentah. Kita lihat pula pendapatan yang dijana oleh gerai burger tersebut. Setelah kita menilai perkara-perkara seperti itu barulah kita tahu berapakah harga yang patut kita beli.
Prinsip untuk membeli bisnes burger di tepi jalan adalah sama dengan membeli bisnes berbilion ringgit. Tidak berubah. Jika kita dapat menilai bisnes burger tepi jalan, kita pasti dapat menilai bisnes McDonald’s.
Justeru, beli saham macam kita nak beli sesebuah syarikat sepenuhnya. Ya, walaupun kita cuma beli beberapa lot sahaja. Seterusnya, tunggu dan ikut cara pelabur hensem. Iaitu membeli ketika Mr Market menawarkan harga diskaun berbanding nilai sebenar syarikat.
No comments:
Post a Comment