Saturday, 29 March 2014

Limited Liability Partnership (LLP) di Malaysia


 

Sebelum ini di Malaysia, kita ada pilihan untuk mendaftarkan bisnes / syarikat melalui:
  1. Bisnes perseorangan (sole proprietorship)
  2. Perkongsian (partnership)
  3. Syarikat Sdn Bhd (limited liability corporation)
Melalui Limited Liability Partnerships Act 2012, hari ini kita dah boleh daftar Limited Liability Partnership (LLP).
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara jelas mensasarkan bisnes:
  • Small businesses (Start Ups)
  • Professionals Groups (e.g. Lawyers, Accountants or Company Secretaries)
  • Joint ventures
  • Venture capitals
LLP merupakan hibrid antara perkongsian biasa dan syarikat sendirian berhad. Ada ciri-ciri perkongsian dan syarikat sendirian berhad. Kos mendaftarkan LLP dan menguruskannya juga adalah lebih murah dari syarikat sendirian berhad. Antaranya:
  • Kos mendaftar adalah RM 500 sahaja berbanding sekurang-kurangnya RM 2,000 untuk Sdn Bhd
  • Cuma perlu ada compliance officer sahaja tak perlu lantik setiausaha syarikat.
  • Tidak ada keperluan audit melainkan dipersetujui / diminta oleh rakan kongsi.
Dari sudut perancangan kewangan juga, saya nampak LLP dapat membantu suami isteri yang aktif membuat pelaburan dalam aset tertentu. Jadi pada masa yang sama keuntungan yang didapati tak banyak dihabiskan untuk kos menguruskan syarikat Sdn Bhd. Apabila aset pelaburan menggunakan nama LLP, lebih mudah barangkali untuk menetapkan urusan harta sepencarian misalnya.
Ia adalah pandangan saya sahaja. Sebab LLP masih baru pada saat artikel ini ditulis, masih ramai pihak termasuklah institusi kewangan masih belum tahu kewujudan struktur bisnes yang baru ini. Saya harap Pejabat Tanah dapat memproses tanah untuk dimiliki atas nama LLP. Begitu juga pemilikan saham di Bursa Malaysia dan juga pemilikan aset-aset yang lain.
Jika tuan puan berminat untuk tahu dengan lebih  lanjut saya sarankan tuan untuk ke website SSM dengan klik link di bawah:

Beli Bisnes



 
Spekulator dan trader hanya memerhatikan turun naik harga saham. Mereka mengkaji pergerakan harga. Jika berlaku pattern A, maka jika jadi B, kita beli. Analisis seperti itu berterusan. Nampak mudah. Bila stochastic oversold, kita sell. Eh, tapi kenapa harga terus naik? Pening-pening.
Manakala seorang pelabur melihat operasi bisnes terlebih dahulu.
Bayangkan kita nak membeli bisnes burger di tepi jalan. Ada dapur, ada tong gas, ada gerai, ada payung, ada barang mentah. Kita lihat pula pendapatan yang dijana oleh gerai burger tersebut. Setelah kita menilai perkara-perkara seperti itu barulah kita tahu berapakah harga yang patut kita beli.
Prinsip untuk membeli bisnes burger di tepi jalan adalah sama dengan membeli bisnes berbilion ringgit. Tidak berubah. Jika kita dapat menilai bisnes burger tepi jalan, kita pasti dapat menilai bisnes McDonald’s.
Justeru, beli saham macam kita nak beli sesebuah syarikat sepenuhnya. Ya, walaupun kita cuma beli beberapa lot sahaja. Seterusnya, tunggu dan ikut cara pelabur hensem. Iaitu membeli ketika Mr Market menawarkan harga diskaun berbanding nilai sebenar syarikat.

Friday, 21 March 2014

Pengalaman Niaga :Karenah Pelanggan : Baharuddin Mohamed's



saya berniaga, 60% perniagaan saya adalah dalam bidang perkhidmatan. contohnya 5 bidang dalam bisnes saya adalah 
1. Restoran Mohamed LONG : Masakan Cina Muslim
2. D'impian Hotel Group 
3. D'impian Resort & Training Centre, Muar
4. D' Impian Katering & Kanopi
5. D' Impian Kopitiam

ramai orang kata, banyak buku tulis " pelanggan sentiasa betul " atau " pelanggan adalah raja ". saya sudah menjalaninya lebih 5 tahun mengurus pelanggan. Banyak yang saya belajar dalam banyak faktor kesalahan dan kemenangan. dalam bidang perkhidmatan makanan misalnya bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang. berusahalah sedaya upaya untuk memuaskan hati semua orang dan semua pelanggan.

saya mengambil sikap merendah diri dan menerima sahaja kritikan dan teguran pelanggan tapi tidaklah sampai dikulikan. dalam bidang restoran misalnya , jika anda berniaga anda akan faham. jika kualiti masakan baik, masalah dengan services lambat, atau muka staf masam, kipas tak hidup, buat bilik berhawa dingin ...nak tempat hisap rokok pulak ..ada 101 masalah sebenarnya berniaga dalam bidang ini. Semua cabaran itu menjadikan pendorong semangat untuk terus berjaya. pelanggan nak harga yang murah, tapi barang mentah masaallah, kangkong pun dah mahal sekarang.

Jika di baca komen selalunya kekadang terasa juga hati dengan kata-kata dan kutukan pelanggan. jika anda berniaga kafe atau restoran saya nasihatkan untuk anda bersabar dan percayalah selain ada orang yang tak suka , ramai lagi orang yang menyokong anda. usahalah ...usahalah memperbaiki masalah yang timbul. kekadang saya pun pening kepala...tak cukup staf ..ambil staf reramai ...kononnya nak services cepat. tapi masalah nya tetap sama. diberi latihan ..sekejap je dah berhenti pulak. pendapatan tak sama dengan perkhidmatan yang diberi, nak naik kan harga pelanggan kata mahal sangat siapa nak datang kedai. ramai yang fikir, orang berniaga ni banyak untung sangat le ..

dari sehari-demi sehari saya berusaha, bersabar dan mencari formula terbaik. ada sesetengah pelanggan memang macam raja , salah sikit misalnya lambat dah bersumpah " aku bersumpah tak nak masuk kedai ni lagi " dan selalu dengar ayat ni " kita nak tolong bisnes melayu, gini le melayu berniaga...macam hampas" ...itu lah selalu saya dan staf saya dengar. diherdiknya staf dengan gitu dan gini. tak kiralah anda dah besar macam mana bisnesnya, itu sebabnya saya sangat menghargai orang yang berniaga dengan betul.

Saya sebutkan , masih ramai yang memuji masakan kami, saya berikan semangat semula pada staf, saya pujuk mereka dari menangis, saya bangkitkan semula semangat mereka dari kekecewaan. janganlah jadikan 1 kegagalan, kita melupakan 1000 kejayaan yang telah Allah berikan. perbaikilah kesalahan yang ada dengan ikhlas. bisnes adalah perjuangan. biarlah mereka yang mengetawakan kita , sambutlah tangan mereka yang masih menyokong kita. senyum dan ceria buat semua sahabat.

Saya doakan semua berjaya ....maafkan orang dan selalu lah memohon maaf, kita bukan sempurna.

Dari ABS: Strategi Menambah Jenis Produk

Apabila kita hendak menambah jenis-jenis produk keluaran syarikat kita, ada beberapa aspek yang perlu diberi perhatian serius.

Yang paling penting, produk baru itu wajib menggunakan CHANNEL pemasaran yang sama dengan produk sekarang.

Contoh:

Syarikat kita sekarang mengeluarkan kerepek bawang. Kerepek ini sudah diedarkan kepada 200 buah kedai runcit di L
embah Kelang.

Apabila kita hendak menambah jenis produk, pilih produk yang semua 200 kedai runcit itu mahu mempamerkannya.

+ Produk sekarang: Kerepek bawang
+ Produk baru: Kerepek ikan bilis, kerepek kentang, kerepek cheese, dan kerepek udang kering.

.

Jangan pula produk baru kita itu tidak dapat dipasarkan oleh CHANNEL kita yang sudah sedia ada.

Sebagai contoh, kita mengeluarkan kek bawang. Kedai runcit tidak mahu mempamerkan kek.

Channel kek, lain. Kek dipamerkan di dalam kedai-kedai kek.

Jangan buat produk baru yang channelnya tidak sama dengan produk sekarang.

Contoh: Kita mengeluarkan pakaian muslimah. Channel kita sekarang adalah 50 buah kedai-kedai pakaian muslimah. Kita hendak mengeluarkan pula kasut muslimah. Kedai pakaian tidak mempamerkan kasut. Kasut dipamerkan di kedai-kedai kasut.

Dari ABS: Usrah Bisnes

Salah satu kekeliruan yang popular adalah antara 2 strategi ini:

1. Strategi buat duit - tujuannya adalah membuat duit semata-mata. Isu ethics bisnes dan fikah bisnes tidak diambil kira dalam strategi buat duit.

2. Strategi bisnes - tujuannya adalah membangunkan bisnes yang sustainable. Matlamatnya adalah membangunkan syarikat yang mempunyai daya tahan dalam pasaran dan daya berkembang.

Banyak orang terpedaya oleh 'strategi buat duit'. Mereka menyangka strategi buat duit adalah 'strategi bisnes' yang bagus.

.

Strategi buat duit adalah termasuk dalam jenis-jenis bisnes 'scam'.

Sekali pandang 'strategi scam' mereka itu macam model bisnes yang bagus, maklumlah bisnes itu dapat menghasilkan duit dengan cepat. Inilah faktor yang mendorong orang berkelulusan tinggi dan berjawatan tinggi pun terpedaya.

Contoh strategi buat duit adalah skim-skim cepat kaya dan pelbagai skim piramid. Skim-skim itu menghasilkan banyak duit untuk si pencipta skim itu.

Banyak penipu licik memperkenalkan macam-macam 'produk' dan 'bisnes' yang sebenarnya adalah scam. Mereka berjaya mengutip berjuta-juta duit orang ramai yang mereka perdaya.

.

Strategi bisnes sangat berbeza. Ia diajarkan dalam buku-buku pengurusan perniagaan yang digunakan sebagai buku teks universiti.

Jangan terpedaya oleh strategi buat duit yang dijaja oleh scammer-scammer yang banyak berkeliaran di luar sana.

Walau apa pun bentuknya, usaha membuat duit dengan menggunakan 'strategi buat duit' adalah tidak sustainable.

Tip Bijak Wang Beli Kereta


March 17, 2014 — Penulis:    Kategori: Artikel

Tahukah anda, bahawa kereta adalah liabiliti? Mungkin ada yang menganggap ia adalah aset. Hakikatnya ia adalah liabiliti kerana dengan membeli kereta kita tidak menghasil wang, malah terpaksa mengeluarkan wang.
Dengan memiliki kereta, kita terpaksa mengeluarkan wang untuk pembayaran ansuran, takaful kenderaan, cukai jalan, servis enjin, servis tayar, cuci kereta, minyak enjin, minyak gear, ganti wiper, dan lain-lain lagi.
Jika ada yang mengatakan kereta adalah aset, sebenarnya ia adalah aset bank sebab bank menerima wang ansurans yang dibayar oleh pembeli kereta.
Pada tahun 2011, CEUPACS pernah mendedahkan statistik bahawa kira-kira 50% penjawat awam yang diisytiharkan bankrap adalah disebabkan daripada hutang kereta. Jumlah hutang mereka adalah sekitar RM50,000 hingga RM500,000.
Malah, tidak sedikit daripada mereka yang diisytiharkan bankrap terdiri daripada kalangan di bawah umur 30 tahun. Siapakah mereka ini?
Kebanyakkan meraka adalah graduan-graduan muda yang memiliki ijazah daripada universiti-universiti. Sayangnya ilmu tentang pengurusan kewangan, tidak diajar di sekolah-sekolah, kolej-kolej dan univerisiti-universiti.
Jika pinjaman kereta itu selama 5 tahun, maka selama 5 tahunlah seseorang graduan itu terpaksa bergelut untuk membayar kereta yang semakin lama semakin susut nilainya. Cuba bayangkan jika 7 tahun, atau 9 tahun?
Maknanya, jika kereta dibeli ketika baru berkahwin, maknanya sehingga anak sudah masuk 3 orang pun hutang kereta masih belum habis bayar, dengan anggaran seorang anak setiap 3 tahun.
Sebuah kereta yang berharga RM50,000 yang dibeli ansuran selama 9 tahun, perlu dibayar sekitar RM650 sebulan. Maknanya, jumlah pinjaman yang perlu dilunaskan adalah berjumlah kira-kira RM70,000.

Formula Bank

Formula bank dallm meneliti kelulusan pinjaman adalah dengan mengira ansuran kereta tidak melebihi 1 per 3 gaji bersih. Jika Gaji RM1,800 bagi seorang graduan yang belum mempunyai sebarang komitmen kewangan, ia boleh membayar ansurans kira-kira RM600 sebulan, bersamaan untuk ansuran kereta berharga RM45,000 selama 9 tahun.
Jangan gunakan formula bank, yakni ansuran kereta bersamaan 1/3 gaji bulanan kerana formula inilah yang boleh menyebabkan kita bankrap.
Ia berlaku kepada graduan muda kerana ketika memohon pinjaman kereta, mereka masih belum ada banyak komitmen kewangan dan permohonan mereka mudah diluluskan.
Dari masa ke semasa, tahun ke tahun, komitmen mereka mula bertambah dan kemudian bayaran ansuran kereta menjadi komitmen terakhir mereka untuk dilunaskan, ditambah pula dengan komitmen-komitmen lain untuk penyelenggaraan kereta.
Inilah yang menjadi punca akhir sekali sebahagian mereka diisytiharkan muflis akibat tidak mampu membayar ansuran kereta.

Formula Pembelian Kereta Secara Bijak

Berikut beberapa formula yang boleh dikongsikan sebagai panduan untuk membeli kereta pertama.

Formula 1: Beli Kereta Secara Tunai

Kereta apa boleh dapat tunai? Caranya ialah menabung sehingga beberapa tahun dan beli kereta selepas ia benar-benar diperlukan.
Tangguhkan kepuasan. Jika kita mampu membayar ansurans kereta sehingga RM500 – RM600 sebulan, maknanya kita mampu menyimpan jumlah sama tanpa membeli kereta.
Jika menyimpan RM500 sebulan, maka setahun sudah menyimpan RM6,000 dan 3 tahun sudah mencecah RM18,000!
Jika dicampur dengan keuntungan jika dilaburkan di pelaburan jangka pendek sekitar 5% -7% boleh mencecah RM20,000. RM20,000 boleh diguna untuk membeli sebuah kereta sedan terpakai. Lebih lama disimpan lagi besar amaunnya. Apa faedahnya membeli kereta secara tunai? Kita sudah tidak perlu memikirkan bayaran ansuran bulanan kereta.

Formula 2: Deposit Tinggi

Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran “beli kereta tanpa deposit”. Sebenarnya ia bermakna ‘hutang lebih banyak’.
Tip ini boleh digunakan jika membeli kereta yang agak tinggi harganya, iaitu gunakan tip nombor 1 untuk menyimpan dan gunakannya sebagai deposit.
Cuba bandingkan kereta yang berharga RM50,000 yang dibeli tanpa deposit, dengan kereta yang berharga sama dengan deposit RM20,000. Bayaran bulanannya sangat berbeza, kerana ia mengurangkan keuntungan bank.
Kenapa perlu bayar lebih kepada bank? Ia memang sudah banyak untung!

Formula 3: Harga Kereta Bersamaan Setahun Gaji

Mungkin ada yang berkata bahawa cara-cara di atas telalu ekstrem untuk dipraktikkan dalam suasana sekarang.
Baiklah, saya berikan satu lagi cara yang dapat digunakan jika tidak mahu guna kaedah pertama dan kedua. Hendak sangat beli kereta baru, tanpa deposit.
Boleh, tapi gunakan formula ini;
Harga Kereta = Setahun Gaji
Gaji bulanan:RM2,000
Harga maksimum kereta yang boleg dibeli: RM2,000 x 12 = RM24,000
Kenapa? Agar kita mempunyai cukup wang untuk membayar petrol, tol, parking, saman, cukai jalan, insurans takaful kereta, minyak enjin, minyak gear, tayar dan lain-lain lagi.
Jika masih mengikut formula bank dengan 1 per 3 gaji, anda mempunyai peluang 50% kemungkinan untuk muflis.

Friday, 14 March 2014

Petikan Oleh : Baharuddin Mohamed "Jihad Ekonomi Islam"



Ada beberapa perjuangan yang perlu di teruskan dalam mempertabatkan bangsa iaitu mempertabatkan perjuangan akedamik , perjuangan ekonomi dan perjuangan peradaban.
Anak - anak kita perlu di beri ilmu secukupnya dan setinggi yang boleh supaya boleh bersaing dalam dunia yang lebih mencabar. Kini di Malaysia.... asal nak belajar je, bukan kira pandai ke tidak. banyak kemudahan melanjutkan pelajaran ke menara gading tak kira dari gomen atau swasta termasuk kolej kemahiran yang banyak. saya pernah menjadi pensyarah, untuk pengetahuan semua ada beberapa kolej kemahiran di miliki mara terpaksa, terus turun kekampung memujuk anak muda dengan di beri pinjaman. biasiswa untuk belajar kerana mereka tidak cukup pelajar.
Memalukan bukan?..tetapi ini lah yang berlaku setiap tahun. mereka yang menyambung pelajaran hanyalah 10% dari 600 ribu orang yang mengambil peperiksaan spm setiap tahun. jika tidak ada pinjaman dan biasiswa ramai yang mengambil jalan mudah untuk terus bekerja sedangkan peluang sekarang jika mahu belajar sambil bekerja kita boleh belajar contohnya di open universiti, kenapa tak masuk? masih nak salahkan mak dan ayah?
Jika dalam bidang politik, kita takut sangat hilang kerusi politik. kitalah bangsa yang bersaing antara kita. itu tidak mengapalah, politik pun penting. tetapi ramai yang tidak memperdulikan yang kita hilang kerusi ekonomi. kenapa kita tak boleh merebutnya seperti kita berebut kerusi politk. tak faham lagi... kita akan suka rela memberi bangsa lain untuk kerusi ekonomi di tempat kita, di parliman kita, di dun kita, ki kawasan rumah kita...tak faham lagi?.
Apa yang kita ada...wah..banyak yang kita ada tetapi kita tidak dapat melihat sebenar dan tidak ada seorang pun yang memperjuangkan. jika bercakap tentang ini disebutkan perkauman...tetapi jika berpolitik umno, pas, keadilan , mca, mic tu tak dilihat perkauman. ada ahli politik ...biarlah mereka memimpin berpolitik...jangan lah semua nak berpolitik...buang masa je.
Tak kira lah parti apa...sokonglah..sokonglah tapi usah sampai melampau dan tidak menerima ketidak samaan. Saya berkawan mereka yang berkopiah putih dan menyokong pas, orang umno tak nak kawan dan lebh-lebih lagi jika sebaliknya. sokongan adalah hak pribadi dan mereka matang untuk memilih. wakil rakyat kena lah kerja kuat untuk meraih sokongan.
kita ni...bukan boleh semua jadi menteri besar ke, pak menteri ke... jadi kita bekerja lah kearah ekonomi kita yang lebih besar iaitu ekonomi islam. tiap tahun..ya setiap tahun lebih 1 juta kakitangan kerajaan mendapat bonus yang ramainya berbangsa melayu. kalau seorang 500 je dapat. berapa besar kuasa membeli? jadi 5 billion tau. kemana ianya pergi? adakah ke bisnes orang islam? . sekarang lebih besar impaknya , bukan hanya orang kerajaan dapat BR1M diberi berjuta orang setiap tahun? berapa duitnya? saya beri contoh simple untuk anda berfikir.
saya bukan ahli politik, saya bukan orang yang berfikiran sempit dengan berfikiran perkauman, saya sayangkan semua orang. saya melontarkan idea untuk kita sama-sama fikir. saya tahu lebih ramai bijak pandai diluar sana yang boleh memberi impak yang lebih besar.
Semalam saya dapat satu iklan yang di selitkan di suratkhabar. yang di iklankan adalah rumah yang berharga 800 ribu keatas. gambarnya adalah sekeluarga bangsa cina yang ketawa dan berjalan-jalan di tepi tasik dan berlatarbelakang rumah mewah. terdapat seorang pengawal keselamatan berbangsa melayu yang mengawal disitu. adakah anda tidak lagi di target untuk memberi rumah seperti ini? adakah secara halusnya anda memilih sendiri untuk membeli rumah yang juah dari bandar dan jauh dengan kemudahan kota? membayar tol setiap hari ke tempat kerja?.....saya tinggalkan persoalannya. itu salah orang lain juga ke? salah ahli politik? salah bangsa cina yang kaya? salah cikgu sekolah rendah anda dulu?....adakah anda tidak bersalah jika anda tidak kaya?.

Tips idea kratif mempromosikan bisnes anda tanpa modal.



1. Tulis bisnes yang anda jalankan dan beritahu di facebook rakan FB anda.
2. Berikan maklumat tentang bisnes anda di group dan page yang besar pengunjungnya contohnya twitter artis
3. Update status FB anda dengan maklumat bisnes anda
4. Sediakan Poster dan posting kan di media sosial
5. Jangan 'tag' gambar promosi bisnes anda ke rakan lain kecuali dengan izin.
6. Gunakan kata2 promosi yang kelakar dan lucu untuk menarik perhatian.
7. jika anda menjual produk, letakan iklan anda di mudah.com atau lelong.com
8. jika anda mensasarkan jualan local, buat stiker dan tampal di belakang kereta anda dan kereta staf anda iklan tentang restoran atau lain-lain perkhidmatan local. contohnya catering dan restoran.
9. jika pelanggan anda adalah mahasiswa masuk iklan didalam majalah kampus
10. sebar flyer di kawasan setempat maklumat tentang bisnes anda.
11. buat website atau blog secara berkala.
12. mesti ada akaun FB yang khusus untuk perniagaan anda
13. Gunakan teknik soft-selling
14. Sesekali berikan potongan harga
15. Jika anda bisnes restoran, buat promosi 10 kawan yang rapat dengan anda dan berikan promosi yang saya kepada 10 teman mereka dan perkara ini bersambungan.
16. Selalu beri bonus untuk pelanggan dan biarkan mereka yg promosi kepada rakan mereka.
17. Cetak flyer/gambar promosi bisnes anda di baju, dan pakailah untuk berjalan ke mall, pasaraya dan lain-lain.

[idea] nak dapat modal cepat


 Oleh: Baharuddin Mohamed's 
1. Pertama, anda listkan barangan yang masih boleh dipakai lagi dirumah anda tetapi tdak dipakai oleh anda sekarang. ambil kumpulkan semua barangan itu semua dan buat jualan. Buat jualan secondhand barangan rumah anda di FB, atau di car boot atau bersama kawan-kawan. banyak barangan yang kita beli tetapi tidak dipakai dan disimpan dirumah sampai penuh rumah, kalau esok nak guna balik boleh beli je yang baru. contohnya stroller baby (baby pun dah besar) dan lain-lain.

2. Buat kerja part time kerja yang tidak mengunakan modal banyak misalnya ambil upah potong rumput di taman perumahan baru di kawasan anda. Jika anda seorang pelajar , anda pandai gunting rambut misalnya boleh offer kat kawan-kawan perkhidmatan gunting rambut.

3. Jualkan barangan orang lain, buat sekecil-kecil perkara yang anda mampu misalnya anda boleh jual nasi lemak di pejabat anda dan mengambil nasi lemak dari mak cik jiran anda dengan harga murah. Jika anda ada kenal kawan yang ada butik, mungkin anda boleh menjual kain kedai tersebut dulu dan ambil komesen dari jualan tersebut atau mungkin anda boleh jualkan kereta, tanah atau apa sahaja yang orang lain punya.

4. Share apa sahaja yang anda mahir, misalnya anda pandai masak beryani, masak pau, kemahiran menjahit, buat akaun atau apa sahaja panggil kawan yang nak belajar dan anjurkan kelas. ambil lah sedikit yuran.

5. Jual semula barangan yang mahal yang ada pada anda, anda mungkin boleh menukarnya misalnya handphone yang lebih murah, emas yang dicagarkan dan lain-lain.

6. menawarkan untuk membuat kertas kerja, siapkan akaun syarikat atau apa sahaja kemahiran yang anda mahir

tip untuk idea modal mudah ini haruslah perkara yang di lengkungan dan kuasa anda tidak melibatkan orang lain. jangan berikan alasan

Adakah anda tidak melabur kerana umur?

1. Umur sering dikaitkan apabila tidak memilih untuk melabur didalam hartanah. Kenapa? Katanya susah nak dapat loan atau tempoh pinjaman yang singkat.

2. Instalment yang tinggi disebabkan umur yang meningkat ini menyebabkan ramai yang berusia lebih 40 tahun tidak memilih hartanah sebagai portfolio pelaburan.

3. Sebenarnya isu ini berkaitan dengan apa yang sudah kita lalui sebelum ini. Jika masa muda, kita dapat menguruskan kewangan kita dengan baik, insha Allah tiada masalah dengan margin pinjaman yang rendah atau tempoh pinjaman yang pendek.

4. Faktor pinjaman dan pembelian ini seiring dengan umur kita. Sepatutnya kedudukan kewangan kita semakin kukuh apabila menjangkau umur 40an. So, margin 70%-80% tidak seharusnya menjadi isu.

5. Pelabur-pelabur hartanag kelas pertama hanya memohon pinjaman pada margin 65%-75% sahaja.

6. Banyak kelebihan apabila kita mengeluarkan modal untuk membeli hartanah. Kita dapat mengawal tekanan ketika kegawatan ekonomi atau BLR naik, kadar instalment yang lebih rendah dan sentiasa didalam posisi siap sedia untuk menjual jika sebarang kemungkinan berlaku. Dari aspek appreciation kita sudah menang.

7. Pun begitu ramai pelabur-pelabur hari ini lebih gemar untuk mendapatkan pinjaman 100% atau lebih. Bagus strategi ini. Tetapi tidak setiap masa kita boleh lakukannya.

8. Seringkali saya katakan harus menjadi pelabur hartanah yang "siap". Maksud saya disini, mempunyai kekuatan kewangan. Jika belum, kukuhkan kedudukan kewangan kita dahulu.

9. Jika kita bukanlah pelabur hartanah yang siap, cuba bayangkan apakah yang akan berlaku kepada kita jika BLR meningkat, penyewa tiada, kegawatan ekonomi dan sebagainya?

10. Umur bukanlah penghalang. Tetapi tabiat kita dan kehendak kita yang menghalang untuk kita melabur didalam hartanah atau tidak.

11. Ubah mentaliti, ia akan mengubah persepsi kita.

Oleh: Baharuddin Mohamed's 

5 tip menjadi seorang usahawan yang hebat. 

1. Jangan Beri Alasan.

Seorang peniaga, anda jangan beri alasan untuk sesuatu. Selalunya jika anda memberi alasan, perkara itu akan tertangguh. Jika ianya tertangguh semua kerja tak jadi.

Hidup anda adalah anda yang tentukan bukan orang lain. Anda tidak boleh mengubah angin, mengubah gunung dan yang lainnya tetapi anda boleh mengubah sikap diri anda sendiri. Jangan beri alasan.

Kalau boleh anda juga jangan berkawan dengan mereka yang banyak memberi alasan untuk maju. Semua nak disalahkan orang lain dan takdir. Esok anda yang punya.

2. Pilih kawan

Jika anda mahu menjadi seorang usahawan yang hebat, berkawanlah dengan usahawan yang hebat juga. Jika anda mahu menjadi ahli politik berkawan lah dengan menteri. Jika anda mahu menjadi penulis berkawanlah dengan sastrawan. Maksudnya siapa kita adalh ditentukan siapa kawan yang kita pilih.

Carilah mereka yang positif memberi anda kekuatan dan harapan. Annda adalah 5 orang mereka yang di sekeliling anda.

3. Kuasa memilih.

Anda boleh memilih untuk jadi bagaimana.memilih untuk kerja apa, rumah macam mana, suasana hidup anda, itu semua dalam impian anda. Jika belum dapat anda boleh berusaha untuk dapat. Jangan beri saya alasan.

Anda boleh memilih untuk tidak membuat dan melakukan sesuatu pekerjaan yang sekarang jika anda tidak nampak ianya boleh membawa anda untuk sebuah kejayaan.

4. Cepat belajar

Menjadi seorang usahawan anda perlu cepat belajar. Cepat membaca peluang dan cepat bertindak kedepan untuk berjaya. Cepat belajar membuat duit dengan cepat dan banyak.

5. Gila kerja bukan kerja gila. 

Baharuddin Mohamed's

Jika anda mula nak berniaga, kalau boleh elak ka perkara dibawah :-

1. Jangan buat ubahsuai kedai canggih manggih sampai habis beratus ribu sedangkan projek belum bermula.

2. Jangan buat pinjaman yang besar-besar dengan bank, lebih teruk jika pinjam dari adik beradik dan sahabat karib. Takut-takut jika bisnes ada masalah hubungan kekeluargaan juga bermasalah. 

3. Jangan buka terlalu banyak cawangan dengan pelbagai perniagaan kerana sukar dikawal selia.

4. Jaga bisnes anda sendiri terutama dalam bab kewangan

5. Jangan dibuat semua keputusan dengan hentam-keromo , tuntutlah ilmu bisnes.

6. Jangan tamak, fokus dengan matlamat anda.

ini dulu...lain kali saya beri lagi. selamat berniaga dan selamat berjuang.

3 CARA BINA PERNIAGAAN TANPA MODAL (CARA JUTAWAN)

1) MODAL PERSEPSI

Kita tidak boleh mempunyai pandangan yang buruk terhadap perniagaan.

Untuk berjaya, bentuk persepsi yang positif terhadap perniagaan.

Bayangkan betapa besarnya nikmat apabila kita dapat membantu orang lain selesaikan masalah mereka,

… Menerusi produk dan servis yang kita tawarkan.

2) MODAL KEBERANIAN

Berani membawa maksud yang subjektif.

Dalam konteks perniagaan, untuk menjadi jutawan dalam bisnes, berikut adalah modal-modal keberanian yang penting:

+ Berani bertindak.

+ Berani melawan keraguan dalam diri.

+ Berani ikut kata hati.

+ Berani ketepikan golongan yang tidak menyokong.

3) MODAL ILMU BERKUALITI

Robert Kiyosaki berkata, "Kita tidak melabur dengan duit. Kita melabur dengan minda."

Maksud beliau adalah,

+ Sumbatkan ilmu ke dalam minda dan dada.

+ Pilih guru yang kita suka dan selesa untuk belajar.

+ Apabila belajar, kuasai ilmu itu dengan tindakan.

+ Faham bahawa kejayaan perlukan sedikit masa untuk kita lihat hasilnya.

… Yang penting: KONSISTEN.

Selamat berjaya di dalam perniagaan anda! Di doakan semoga kita dapat membantu meningkat ekonomi keluarga beserta memberi nilai tambahan pada hidup orang lain. Amin.

www.drshah.my/dot
www.drshah.my