Friday, 7 February 2014

KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN DALAM PELABURAN



KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN DALAM PELABURAN


1. Mengabaikan risiko kerugian…

2. Meminjam wang untuk melabur..

3. Kurang ilmu , hanya dengar-dengar dan ikut cakap orang.

4. Tiada guru atau mentor

5. Tidak selidik dan tidak melakukan analisis sebelum melabur

Tidak mahu termasuk di dalam salah satu golongan di atas?

Pahit manis hidup berniaga


Pahit manis hidup berniaga.

Saya sudah berniaga sejak tahun satu di universiti, lama dulu. Saya mendaftar syarikat saya yang pertama pada umur saya 20 tahun.

Saya sudah dapat projek ratusan ribu membangunkan software pada tahun pertama saya ada syarikat. Saya tak belajar kat mana pun cara berniaga. Saya tak tahu mengurus, pada masa itu hentam sahaja lah. Pada masa itu saya ingat berniaga untuk cari duit untuk kaya. 

Berniaga turun naik..

Di masa saya masih muda saya telah punya berbelas staf, saya merasanya. Menjual kuih raya di tepi jalanan tetapi mendapat puluhan ribu sehari.

Di sebalik semua kegemilangan itu, saya pernah hanya ada RM50 dalam poket saya dengan hutang pembekal dan gaji staf yang mahu dibayar minggu hadapannya. Mula lah disuruh berhenti berniaga dan bekerja.

Ingat pada masa itu, saya benar-benar buntu. Projek belum dibayar tetapi gaji dan duit pembekal perlu dibayar. Ramai yang ingat saya tidak pandai mengurus.

Saya pernah menyiapkan satu projek kerajaan yang tidak dibayar 250 ribu ketika dulu. Naik turun jumpa pegawai itu dan ini punya alasan masing masing. Yang sana kesian, yang sini kesian yang sana kutuk yang sini. Akhirnya duit saya tidak dibayar.

Berniaga macam ni lah gayanya. Ada orang kata saya tamak, ada orang kutuk , ada orang puji. Mereka berfikir difikiran mereka tentang apa yang mereka lihat.

" Kalau takut dilambung ombak , jangan berumah ditepi pantai. "

Semua itu menjadi pengalaman yang berharga dalam dunia perniagaan. Saya tidak dapat simpulkan. Dalam dunia perniagaan ada naik turun nya. Ada cara pusingnya. Ada pasang surutnya.

Walau ianya sukar, tapi pengalaman yang menyeronokan. Saya tidak berputus asa. Setiap kegagalan kecil hilang begitu sahaja.

Thursday, 6 February 2014

5 PERKARA YANG BUAT ANDA BERJAYA


[ 5 PERKARA YANG BUAT ANDA BERJAYA ]

lima perkara yang anda perbaiki untuk terus berjaya dalam perniagaan

1. Sikap

Sikap menentukan kejayaan kita, jika sikap kita yang selalu negatif sampai bila pun kita tidak akan maju. buang jauh-jauh sikap negatif seperti malas, boros, tak jujur dan sebagainya.

2. Kepercayaan

Walaupun anda punya idea yang terbaik tetapi jika anda tidak percaya anda boleh berjaya idea tersebut tidak akan terlaksana. kepercayaan kepada diri anda sendiri adalah perkara terpenting membawa anda mencapai target yang anda sasarkan.

3. Keyakinan

Setelah anda percaya dengan apa yang anda lakukan anda perlu yakin, yakin bisnes yang anda lakukan boleh membawa anda menjadi kaya raya.

4. Keazaman

Apa sahaja rintangan dan dugaan perlulah anda tempoh, sikap negatif orang pada anda, sikap sinis dan cabaran dalam bisnes. berazamlah untuk anda terus berjaya.

5. Semangat

Semangat adalah suatu kuasa untuk anda bergerak kehadapan..

Wednesday, 5 February 2014

info : Coach Bahar


[ Motivasi Khas dari Saya ]

Anda punya pilihan untuk mengikut 'sistem' yg sedia ada tetapi hanya mereka yg luar biasa mencipta 'sistem' mereka sendiri utk di ikut oleh anda. Itu pilihan anda.

Modal asas setiap manusia adalah "rupa" dan "akal". beruntunglah anda kalau anda punya lebih "rupa", juga nasib anda baik jika anda dapat memaksimamkan penggunaan "akal" anda. Tapi janganlah kedua-duanya tak ada @ tak diguna.

Ada tiga "level" dalam perjuangan anda utk menjadi usahawan berjaya. 1. Anda harus pandai cari duit (Basic), Level 2. Sudah ada duit, anda harus bijak mencari projek untuk buat duit. 3. Level ke-tiga adalah anda pandai mencari orang untuk buat duit. Dimana "Level" anda sekarang?

Nasihat: alang- alang jadi pelajar biarlah belajar betul-betul. Alang jadi pensyarah biar yg terbaik, alang berniaga biar sampai kaya.

Ada dua perkara dlm dunia yg membezakan dan menjadi sempadan martabat antara anda dgn adik-beradik anda@ saudara mara anda @ kawan-kawan anda atau sesiapa sahaja. Perkara itu adalah ketinggian ilmu seseorang dan kekayaan harta dunia. Pilihan anda utk memilihnya atau mendapat kedua-duanya, kerana Allah.

Magrib: Ku lihat langit, Sedang menoleh masa lalu, Sedang merenung masa depan. Sudah tua rupanya aku, banyak yg belum dilakukan. Menyusun semula keutamaan matlamatnya. Supaya meninggalkan yg lebih "bernilai hakiki".

Hanya berfikir dan berangan tidak akan mengubah apa-apa diri anda dari diri anda yg semalam. Utk berjaya anda perlu bertindak.

"Dari memikirkan utk menyakiti adalah lebih baik berfikir utk membahagiakan org lain". Janganlah serang menyerang dalam FB tak guna pun. "Menang jadi abu, kalah jadi arang".

Bertahun-tahun anda mengejar dan berfikir utk "berjaya" tetapi yg dipandang orang adalah "kegagalan" anda juga. bertahun-tahun anda membina dan menjaga perhubungan kawan @ saudara mungkin sekelip mata perhubungan dibina akan putus juga. Bertahun-tahun anda berniaga, sehari sahaja boleh di tutup kedainya. Berfikirlah 2 kali untuk membuat sebarang keputusan dalam hidup kita. Bahar2011

"Ayuh bangsaku, ayuh keluar dari kegelapan dan kemiskinan. Jangan asyik dengan soalan "bagaimana utk dimulakan". Jawapan bagaimana tidak akan tuan temui dalam kamar dingin yg 'aden tenteram' itu".

"Jatuh bangun adalah kehidupan dan kehidupan adalah jatuh bangun. Kehidupan juga adalah perjuangan yg panjang dan berterusan". Muar Julai 2011.

Untuk berjaya, lupakan siapa diri anda pada masa lalu. Tanya pada diri sendiri, "SIAPA" anda pada masa akan datang. Anda buat....anda dapat...., adoh semputtttttt.

Setiap hari dalam perjalanan hidup, pekerjaan, perniagaan atau apa sahaja yg kita lakukan diselesaikan @ dibuat mengikut turutan "keutamaan" oleh KITA. Oleh kerana itu MEREKA juga punya urutan keutamaan sendiri. Jika keutamaan MEREKA gagal KITA turutkan @ tunaikan, sepatutnya janganlah pula MEREKA menyalahkan KITA tidak mengikut keutamaan MEREKA kerana KITA sendiri punya turutan keutamaan.

Tuesday, 4 February 2014

Sembilan tip meningkatkan jualan restoran dan kafe anda

Sembilan tip meningkatkan jualan restoran dan kafe anda

1. Mulut ke mulut atau testimonial

Cara ini merupakan cara tradisional yang masih efektif hingga sekarang. Cara yang paling mudah adalah dengan mengundang beberapa orang target market sebagai contoh mereka yang aktif dalam ber facebook dikalangan orang perempuan dan mewakili pelbagai jabatan . Berikan layanan dan rasa terbaik dari contoh makanan tersebut, tapi tetaplah jaga kualiti produk anda. Jangan sampai contoh yang diberikan lebih baik dari produk yang dijual di kedai. nanti mereka dakwa "hari datang makan besar pinggan nya, kenapa hari ni kecil"

2. Promosi melalui sosial networking 

Tentunya anda sudah tidak asing lagi dengan facebook, twitter, wordpress, youtube dan lain-lain. Anda boleh menggunakan cara ini, karana murah dan mudah untuk dikendalikan. Anda boleh mengupload gambar-gambar makanan di restoran anda dan jangan lupa berikan alamat dan phone number juga link website restoran anda. Rajin-rajinlah untuk memberikan berita terbaru tentang restoran anda melalui media ini.

3. Loyalty programs

Anda boleh memberikan point-point pada setiap pembeli. Jika pembeli sudah mencapai suatu point tertentu, anda boleh memberikan voucher atau diskaun khusus kepada pembeli anda.

4. Up-selling

Up-selling adalah suatu cara mempromosikan suatu produk semasa pembeli sedang berinteraksi dengan penjual. Misalnya dengan memberitahukan manfaat dari produk tertentu atau menu baru dengan diskaun tertentu. Tapi perlu kehati-hatian saat melakukan up-selling, jangan sampai pembeli merasa dipaksa untuk membeli suatu produk.

5. Mengadakan suatu acara atau event

Acara seperti pertunjukan memasak, kursus memasak secara mudah, acara ulang tahun atau acara anak dan lainnya. Acara seperti ini boleh menarik pelanggan untuk datang ke restoran anda. Bila acara berlangsung jangan lupa memberikan contoh-contoh makanan atau promosi-promosi kepada pelanggan anda.

6. Email dan mobile marketing

Mintalah alamat email atau nombor handphone pembeli jika ada, dengan ini anda boleh memberikan update-update terbaru tentang restoran anda setiap saat kepada pembeli. Tapi jangan lupa untuk menanyakan kepada pembeli apakah mereka bersedia untuk dihubungi melalui email atau sms jika terdapat promosi. Karana ada juga pembeli yang sering terasa terganggu untuk menerima promosi-promosi seperti ini. 

7. Blog dan video

Buatlah blog tentang rumah makan anda melalui blog gratis seperti wordpress atau blogger. Dengan ini restoran anda boleh diketahui oleh masyarakat lebih luas. Jika mungkin buatlah video tentang restoran anda dan upload di jejaring sosial seperti facebook dan youtube. Sehingga pembeli merasa tertarik untuk datang ke bisnis anda.

8. Stiker promosi di tempat-tempat menunggu

Stiker kecil tentang restoran kita boleh dibuat dan ditempelkan di tempat-tempat umum, terutama tempat-tempat dimana banyak orang menunggu seperti tempat perhentian bas. Atau anda juga boleh memberikan stiker motor atau kereta di tempat parkir yang bertuliskan nama dan foto makanan yang disediakan di restoran anda. 

9. Banner 

Buat banner promosi di tepi jalan dan tempat mudah dilihat orang ramai. 

Tip dari Restoran Mohamed LONG : Masakan Cina Muslim 
mohamedlong.blogspot.com

https://www.facebook.com/nasihatniaga

Adakah anda baca surat khabar?
Adakah anda baca semua artikel dalam paper?
Bagaimana anda pilih artikel mana untuk dibaca?

--------------
Melalui Headline!
--------------

Headline adalah benda paling penting dalam mana-mana copywriting.

Tugasnya adalah:-
a) Mendapatkan perhatian
b) Membuatkan orang baca seterusnya

Kalau headline gagal lakukan tugas dia yang di atas ni, bagi lah produk FREE sekali pun, tiada gunanya kalau tiada orang baca.

Headline ada 5 fasa:_
1) Bila anda orang pertama perkenalkan produk/kategori ini.

Contohnya "Bakar Lemak Anda Sekarang!"

2) Bila kategori ini sudah ada pesaing.
Kita mesti tunjukkan kelebihan berbanding pesaing.

Contohnya, "Bakar Lemak Anda Dalam 2 Minggu, Dijamin!"

3) Bila orang sudah tak percaya dengan kategori ini. Mereka sudah banyak kali beli produk berlainan, tapi frust.

Di sini kena tekankan mekanisma produk tu berfungsi.

Contohnya, "Penemuan Saintis Dari Jepun Membakar Lemak Dengan Buah Epal!"

4) Bila mekanisme ini sudah diperbesarkan, dan diketahui ramai.
Di peringkat ini kita mesti tekankan mekanisma kita lebih mudah, lebih cepat, lebih itu, lebih ini.

Contohnya "Buah Epal Dari Gunung Fuji Membakar Lemak 30% Lebih Cepat Dari Epal Lain"

5) Bila produk sudah mati. Pada peringkat ini, tiada orang percaya lagi pada apa saja jenis iklan yang ada.

Tapi mereka masih ada keinginan, mereka masih ada problem tersebut.

Tapi perlu diperkenalkan dengan menarik minat mereka semula secara perlahan.

Contohnya, "Pasangan Tua Jatuh Cinta Semula - Lepas Berjaya Kurus"

Monday, 3 February 2014

Tentang Ilmu perniagaan Restoran MAMAK:


Tentang Ilmu perniagaan Restoran MAMAK:

Apa yang anda boleh lakukan untuk pelangan mengunjungi tempat anda?. Cari jawapan ini sebelum saudara membuka restoren. Tulis apa saja perancangan anda. Ini di panggil strategi pemasaran dalam Ilmu perniagaan. Strategi anda perlu ada. Tanpa strategi yang baik dan solid anda akan kalah dalam pertempuran nanti. Makna pertempuran di sini cuma “persaingan perniagaan”. jika anda mengatakan pelangan anda ramai dari golongan pelajar. Maka apa kehendak pelajar ini?. Makanan murah, sedap dan suasana?. Suasana???…apa yang pelajar suka?..FB?..buat wifi percuma mcm kedai mamak. Pertandingan bola?…perlu big screen?..inilah suasana pelajar kehendaki; mereka nak tempat lepak atau mereka gelar pot.

Trend pelanggan perlu dikaji. Ramai pengusaha restoren kata, pelajar ini cuma minum air saja…tak untung, tapi minuman adalah keuntungan besar bukan makanan. Makanan cuma profit margin sekarang 30% saja kalau tolak yang tak laku?. Minuman untungnya 200%. satu tin susu boleh bancuh 10 gelas teh tarik. Roti canai untungnya 120% . Menakjubkan bukan. Kenapa perlu naikan harga roti canai sekiranya sekilo tepung cuma naik 0.20 sen. kilo tepung boleh buat 20 – 25 keping roti ..hahahaha. Marah perstaun restoren Mamak, rungkai keuntungan. Kita harus memahami kebanyakan pelajar ini adalah dari golongan tidak ada sumber pendapatan dan bergantung kepada biasiswa untuk menjamu makanan yang mahal dantidak mampu. Resepi-resepi dan menu perlu disesuaikan.

Tentang Nasi campur ini masalahnya cuma satu. Cara buffet meal. Pelajar–pelajar yang mengambil makanan tidak tahu kuantiti makanan yang mereka ambil dan biasanya bayaran bergantung kepada kuantiti. Maka mereka akan kecewa bila berhadapan dengan juruwang…pengusaha Nasi kandar seperti mamak haji faham keadaan ini. Kadangkala kuantiti makanan ini merugikan kita dan juga akan kehilangan pelanggan. Maka dengan sebab itulah kedai mamak biasanya letak seorang tukang cedok lauk. Walau pun kita perlu membayar upahnya tetapi apabila kita kira kembali ia amat menguntungkan dan kontravasi di counter pembayaran tidak akan berlaku. Cuba gabungkan Idea restoran nasi kandar dengan restoren Melayu nasi campur.

Nasi kandar lauknya mahal seperti seketul ayam dikira RM3.00. Nasi RM1.00 dan Sayur RM1.00. Jumlah keseluruhan RM5.00. Mahal harganya. Ok…cuba kurang menu asas ini kepada Ayam RM2.00 Nasi 0.80 dan sayur 0.70. Maka makanan ini cuma kosnya RM3.50. Ok bagaimana kita boleh lakukan ini. Ayam nasi kandar dipotong ayam berat 1.8kg kepada 10 bahagian. Saudara perlu beli ayam beratnya 1.6kg – 1.5kg dan potong 12 bahagian. Berat ayam ini perlu dijaga semasa membeli. kalau kecil akan seperti anak ayam.jadinya.hahaha!. Orang yang jual ayam ini kalau boleh cari yang berat saja dan potong mengikut cara dia..peduli apa penjual ayam itu dgn kita. Berniaga perlu rajin. Beli ayam di pasar raya seperti econsale yang jual harga borong. Pasar raya lain cuma boleh beli masa jualan murah je.

Penolong tukang masak perlu tahu cara potong ayam. Maka dengan ini saudara boleh elakan penipuan timbang oleh penjual ayam. Ikan pun begitu juga beli dan potong sendiri. Nasi jangan risau anggarkan 1 kg Nasi boleh tampung 12 orang pelangan. Maka kalau dibahagi RM22.00 10kg. cuma kosnya sepinggan 0.22 sen + gas dan air = 0.25 sen. Teknik memasak nasi perlu betul dan tidak berkerak tebal. Mamak tentang ini pandai sebab itu Mamak nasi buang kanji…hehehe. Pernah mamak audit sebuah restoran Melayu..di Tong sampah penuh dgn kerak nasi. Katanya rice Cooker Rosak. Sayur perlu pilih jenis dan musim murah. Kalau beli kacang bunci 5kg…anda perlukan potong sayur buncis 5 jam. Itulah sebab Mamak niaga cuma dua jenis sayur..kacang panjang atau kobis. Pendek kata saudara kena ke pasar dan teliti semua harga. Ok.

Nanti saya nak tulis atikal bagaimana nak jimatkan elektrik, gas dan air. dan penipuan dalam tong gas yang dibekalkan. Tentang modal anda perlu sediakan kos overhead dan kira untung permulaan selama 90 hari di bawah sifar. kerana bila mula perniagaan sukar kita menentukan keuntungan kadang meletup kadangkala merundum. Kalau boleh jangan sekali-kali beli barangan stainless steel secara tunai. Yang baik sewa bulanan atau minguan. Kerana permulaan niaga anda perlukan wang tunai. Bagi nasihat saya… jangan berhutang beli barangan keperluan harian selagi anda tak pandai rolling account. Cuma orang ada kemahiran boleh lakukan ini. Bila kita berhutang kita tidak boleh kawal stok dan kualitti barangan. Kita beli dan jual. Jangan beli stok banyak..kerana stok yang ada itu tidak ada nilai wang. Bila jual baru bertkar kepada nilai wang.

Yang paling elok anda soal apa jua kemusykilan dlm pemikiran insyallah..kita kongsi pendapat. Yang penting mulakan perniagaan dengan pemikiran positif. Fixed cost kedai mamak depa turunkan dgn membuka operasi 24 jam..maka sewa 15 hari save. Restoran perlu ada starting up cost…ini masalah sedikit. kita tak mahu niaga kita mati lepas dua bulan. Maka sumber kewangan perlu ada. Cari rakan kongsi kalu tak ada jumlah besar. Apa kata kos sekarang mencecah 150K???. Itu belum renovation cost. Elok buat syarikat sendirian berhad dan cari invester untuk permulaan. Jangan terlalu dengar nasihat pelangan atau kawan-kawan. nanti mcm-mcm ada…keliru kepala otak kita dibuat.Tak jadi benda ini. Berfikiran positif dan jangan sekali-kali luntuh semangat. Guru perniagaan saya di London dulu selalu berkata, ” In order to succed in Restaurant business you must fail, so that you know what NOT to do the next time”….ok.

Yang baik di ambil pengajaran yang tidak di tinggalkan.

"Coach Bahar"