Monday, 24 November 2014

Dr. Wan Shah Razali



Nak jadi orang kaya atau orang hidup mewah?
----------------------------------------------------------
Eh...bukan sama ke kedua-dua ni?
Orang kaya : Hidup biasa-biasa dan mempunyai berpuluh - puluh buah hartanah.
Orang mewah : Ada 2 buah kereta mewah dan sebuah rumah idaman, hasil dari pendapatan yang besar untuk buat pinjaman.
Anda nak jadi yang mana satu?
Macam mana nak pastikan pelaburan hartanah yang anda buat adalah berbaloi?
Komen pilihan anda contoh: "KAYA" atau "MEWAH"


DOS


Saya sangat percaya dengan the power of Action & Movement selain dari kita berdoa kepadaNya.

Ramai yang melolong kononnya mahu perbaiki hidup dan kewangan mereka melalui perniagaan tetapi bertahun-tahun belum berniaga.

Ramai yang melolong-lolong tertekan dengan keadaan ekonomi mereka tetapi mereka tidak ada kuasa tindakan yang luar biasa.


Kebanyakkan orang duduk di satu tempat dan tidak mahu mulakan pergerakan atau tindakan TETAPI expect perubahan akan berlaku kepada tahap kewangan mereka.

Hanya mereka yang berani bertindak luar biasa hari ini akan mendapat hasil yang luar biasa esok hari. Tetapi ia perlu disuluh dengan ilmu yang terbukti berkesan.

#AzizanOsman
#MillionaireMarketingMastery

Pakdi Suzardi M


Sekiranya Tuan mempunyai lebihan duit, berikut adalah 3 pilihan yang ada:
1) Berbelanja
Ini tak perlu diajar. Semua pandai. Jika ada RM 100,000, dapat buat perkara-perkara berikut, sama ada:
+ Beli kereta Honda City tunai.
+ 40 biji iPhone 6
+ Bershopping sambil bercuti di Eropah selama 30 hari.
Zaman sekarang, bukan susah nak habiskan RM 100,000 dalam sekelip mata.
2) Simpan
RM 100,000 dibiarkan sahaja disimpan dalam akaun simpanan biasa. Kesannya, kuasa membeli berkurangan menjadi RM 97,000 pada tahun berikutnya.
Itu baru kesan untuk satu tahun, jika dibiarkan sahaja selama berpuluh tahun ?
3) Labur
Jika tuan berkemahiran menguruskan pelaburan sendiri, dengan pulangan 15% setahun, ia dapat berkembang menjadi RM 266,000 selepas 7 tahun.
Selepas 7 tahun dapat berbelanja perkara berikut:
+ Beli kereta Honda City dengan teknologi 7 tahun akan datang, tunai, atau
+ 40 biji iPhone 16, atau
+ Bershopping sambil bercuti di Eropah selama 30 hari.
Lepas tolak faktor inflasi, masih besar kuasa membeli.
Masih ada lagi RM 100,000 dalam tangan.
Jadi, mahukah tuan menguruskan pelaburan sendiri selepas ada duit lebih ? Jika ya, sila klik link di bawah untuk membaca 15 artikel percuma mengenai pelaburan:

Saturday, 12 April 2014

INFO dari nasihat niaga


Kenapa Pelanggan Tidak Membeli?

Izinkan saya tanya soalan ini.
Pernahkan anda sendiri masuk ke kedai, dan cuma “tengok-tengok?”
Kenapa anda tengok-tengok saja?
Tentu ada sebabnya.
Pelanggan anda pun punyai sebab-sebab yang sama.
Jika anda faham sebab-sebab ini, anda boleh rancang bagaimana hendak buat mereka beli dari anda juga satu hari nanti.

6 Sebab Pelanggan Tidak Membeli, Dan Cara Mengatasinya!

1) Mereka tak nampak nilai

Setiap sesuatu yang berharga, ada nilanya.
Setiap orang, ada penilaian berbeza.
Bagi orang kurus, mereka tidak rasa pil diet bernilai.
Bagi orang sakit, mereka akan rasa ubat sangat bernilai. Bagi orang sihat, ia kurang bernilai.
Sebagai usahawan, kita harus meletakkan nilai produk kita bersesuaian dengan pelanggan.

2) Mereka tak faham!

Orang mahu tahu, apa yang mereka beli. Jadi bila ia tak dipamerkan, atau diterangkan dengan jelas, orang tidak akan faham.
Fahamkan apa yang anda jual, dan apa kebaikannya untuk mereka. Ia mesti jelas, dan mudah faham.

3) Mereka tak percaya dengan anda!

Jika anda bukan ‘brand’ yang dikenali, orang perlu diyakinkan bahawa produk anda akan bermakna untuk mereka. Ini termasuk penampilan anda, dan penampilan produk anda.
Jika mereka tak yakin dengan apa yang mereka lihat, mereka akan masuk kedai, jeling sekali dua, dan keluar kedai!

4) Mereka tak percaya dengan diri mereka sendiri!

Mereka yakin dengan anda dan produk anda, tapi mereka tidak yakin mereka boleh menggunakannya dengan baik.
Contohnya, mereka yakin dengan gym Fitness First, tapi mereka tak yakin akan berdisiplin untuk pergi ke gym.
Cara atasi benda ini adalah membuatkan produk anda mudah dan cepat dari segala segi untuk kegunaan mereka.

5) Mereka Tak mahu beli sekarang.

Ini berkenaan dengan sikap menangguh-nangguh yang ada pada semua manusia. Mereka fikir “takpa, minggu depan boleh beli lagi”.
Anda harus atasi isu ini dengan meletakkan deadline atau hadkan kuantiti yang ada.

6) Tak yakin mereka ada masa

Pelanggan-pelanggan kita orang yang sibuk dan berkejaran. Antara alasan paling besar mereka tak membeli adalah “tak apalah, takda masa nak buat benda tu”. Atau “takda masa nak baca buku tu”, atau “takda masa nak pergi ke kedai tu”.
Bagaimana untuk atasi isu ini?
Bagi tempoh pada mereka untuk cuba, atau guna produk anda.
Contohnya sekiranya anda berikan kupon, bagi tempoh yang selesa bagi mereka untuk tebus kupon tersebut.

BONUS: Sebab ke-7 orang tidak membeli:Mereka tak ada duit!

Ini juga faktor besar.
Tapi sebenarnya, penyelesaiannya amat mudah.
Anda perlu follow-up dengan prospek anda bulan depan setelah gaji mereka sudah masuk!

Baik sekarang anda sudah belajar 7 sebab kenapa pelanggan tidak membeli.
Tapi apakah cara paling berkesan untuk mengendalikan alasan-alasan ini?

Saturday, 29 March 2014

Limited Liability Partnership (LLP) di Malaysia


 

Sebelum ini di Malaysia, kita ada pilihan untuk mendaftarkan bisnes / syarikat melalui:
  1. Bisnes perseorangan (sole proprietorship)
  2. Perkongsian (partnership)
  3. Syarikat Sdn Bhd (limited liability corporation)
Melalui Limited Liability Partnerships Act 2012, hari ini kita dah boleh daftar Limited Liability Partnership (LLP).
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara jelas mensasarkan bisnes:
  • Small businesses (Start Ups)
  • Professionals Groups (e.g. Lawyers, Accountants or Company Secretaries)
  • Joint ventures
  • Venture capitals
LLP merupakan hibrid antara perkongsian biasa dan syarikat sendirian berhad. Ada ciri-ciri perkongsian dan syarikat sendirian berhad. Kos mendaftarkan LLP dan menguruskannya juga adalah lebih murah dari syarikat sendirian berhad. Antaranya:
  • Kos mendaftar adalah RM 500 sahaja berbanding sekurang-kurangnya RM 2,000 untuk Sdn Bhd
  • Cuma perlu ada compliance officer sahaja tak perlu lantik setiausaha syarikat.
  • Tidak ada keperluan audit melainkan dipersetujui / diminta oleh rakan kongsi.
Dari sudut perancangan kewangan juga, saya nampak LLP dapat membantu suami isteri yang aktif membuat pelaburan dalam aset tertentu. Jadi pada masa yang sama keuntungan yang didapati tak banyak dihabiskan untuk kos menguruskan syarikat Sdn Bhd. Apabila aset pelaburan menggunakan nama LLP, lebih mudah barangkali untuk menetapkan urusan harta sepencarian misalnya.
Ia adalah pandangan saya sahaja. Sebab LLP masih baru pada saat artikel ini ditulis, masih ramai pihak termasuklah institusi kewangan masih belum tahu kewujudan struktur bisnes yang baru ini. Saya harap Pejabat Tanah dapat memproses tanah untuk dimiliki atas nama LLP. Begitu juga pemilikan saham di Bursa Malaysia dan juga pemilikan aset-aset yang lain.
Jika tuan puan berminat untuk tahu dengan lebih  lanjut saya sarankan tuan untuk ke website SSM dengan klik link di bawah:

Beli Bisnes



 
Spekulator dan trader hanya memerhatikan turun naik harga saham. Mereka mengkaji pergerakan harga. Jika berlaku pattern A, maka jika jadi B, kita beli. Analisis seperti itu berterusan. Nampak mudah. Bila stochastic oversold, kita sell. Eh, tapi kenapa harga terus naik? Pening-pening.
Manakala seorang pelabur melihat operasi bisnes terlebih dahulu.
Bayangkan kita nak membeli bisnes burger di tepi jalan. Ada dapur, ada tong gas, ada gerai, ada payung, ada barang mentah. Kita lihat pula pendapatan yang dijana oleh gerai burger tersebut. Setelah kita menilai perkara-perkara seperti itu barulah kita tahu berapakah harga yang patut kita beli.
Prinsip untuk membeli bisnes burger di tepi jalan adalah sama dengan membeli bisnes berbilion ringgit. Tidak berubah. Jika kita dapat menilai bisnes burger tepi jalan, kita pasti dapat menilai bisnes McDonald’s.
Justeru, beli saham macam kita nak beli sesebuah syarikat sepenuhnya. Ya, walaupun kita cuma beli beberapa lot sahaja. Seterusnya, tunggu dan ikut cara pelabur hensem. Iaitu membeli ketika Mr Market menawarkan harga diskaun berbanding nilai sebenar syarikat.

Friday, 21 March 2014

Pengalaman Niaga :Karenah Pelanggan : Baharuddin Mohamed's



saya berniaga, 60% perniagaan saya adalah dalam bidang perkhidmatan. contohnya 5 bidang dalam bisnes saya adalah 
1. Restoran Mohamed LONG : Masakan Cina Muslim
2. D'impian Hotel Group 
3. D'impian Resort & Training Centre, Muar
4. D' Impian Katering & Kanopi
5. D' Impian Kopitiam

ramai orang kata, banyak buku tulis " pelanggan sentiasa betul " atau " pelanggan adalah raja ". saya sudah menjalaninya lebih 5 tahun mengurus pelanggan. Banyak yang saya belajar dalam banyak faktor kesalahan dan kemenangan. dalam bidang perkhidmatan makanan misalnya bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang. berusahalah sedaya upaya untuk memuaskan hati semua orang dan semua pelanggan.

saya mengambil sikap merendah diri dan menerima sahaja kritikan dan teguran pelanggan tapi tidaklah sampai dikulikan. dalam bidang restoran misalnya , jika anda berniaga anda akan faham. jika kualiti masakan baik, masalah dengan services lambat, atau muka staf masam, kipas tak hidup, buat bilik berhawa dingin ...nak tempat hisap rokok pulak ..ada 101 masalah sebenarnya berniaga dalam bidang ini. Semua cabaran itu menjadikan pendorong semangat untuk terus berjaya. pelanggan nak harga yang murah, tapi barang mentah masaallah, kangkong pun dah mahal sekarang.

Jika di baca komen selalunya kekadang terasa juga hati dengan kata-kata dan kutukan pelanggan. jika anda berniaga kafe atau restoran saya nasihatkan untuk anda bersabar dan percayalah selain ada orang yang tak suka , ramai lagi orang yang menyokong anda. usahalah ...usahalah memperbaiki masalah yang timbul. kekadang saya pun pening kepala...tak cukup staf ..ambil staf reramai ...kononnya nak services cepat. tapi masalah nya tetap sama. diberi latihan ..sekejap je dah berhenti pulak. pendapatan tak sama dengan perkhidmatan yang diberi, nak naik kan harga pelanggan kata mahal sangat siapa nak datang kedai. ramai yang fikir, orang berniaga ni banyak untung sangat le ..

dari sehari-demi sehari saya berusaha, bersabar dan mencari formula terbaik. ada sesetengah pelanggan memang macam raja , salah sikit misalnya lambat dah bersumpah " aku bersumpah tak nak masuk kedai ni lagi " dan selalu dengar ayat ni " kita nak tolong bisnes melayu, gini le melayu berniaga...macam hampas" ...itu lah selalu saya dan staf saya dengar. diherdiknya staf dengan gitu dan gini. tak kiralah anda dah besar macam mana bisnesnya, itu sebabnya saya sangat menghargai orang yang berniaga dengan betul.

Saya sebutkan , masih ramai yang memuji masakan kami, saya berikan semangat semula pada staf, saya pujuk mereka dari menangis, saya bangkitkan semula semangat mereka dari kekecewaan. janganlah jadikan 1 kegagalan, kita melupakan 1000 kejayaan yang telah Allah berikan. perbaikilah kesalahan yang ada dengan ikhlas. bisnes adalah perjuangan. biarlah mereka yang mengetawakan kita , sambutlah tangan mereka yang masih menyokong kita. senyum dan ceria buat semua sahabat.

Saya doakan semua berjaya ....maafkan orang dan selalu lah memohon maaf, kita bukan sempurna.