Tuesday, 4 February 2014

https://www.facebook.com/nasihatniaga

Adakah anda baca surat khabar?
Adakah anda baca semua artikel dalam paper?
Bagaimana anda pilih artikel mana untuk dibaca?

--------------
Melalui Headline!
--------------

Headline adalah benda paling penting dalam mana-mana copywriting.

Tugasnya adalah:-
a) Mendapatkan perhatian
b) Membuatkan orang baca seterusnya

Kalau headline gagal lakukan tugas dia yang di atas ni, bagi lah produk FREE sekali pun, tiada gunanya kalau tiada orang baca.

Headline ada 5 fasa:_
1) Bila anda orang pertama perkenalkan produk/kategori ini.

Contohnya "Bakar Lemak Anda Sekarang!"

2) Bila kategori ini sudah ada pesaing.
Kita mesti tunjukkan kelebihan berbanding pesaing.

Contohnya, "Bakar Lemak Anda Dalam 2 Minggu, Dijamin!"

3) Bila orang sudah tak percaya dengan kategori ini. Mereka sudah banyak kali beli produk berlainan, tapi frust.

Di sini kena tekankan mekanisma produk tu berfungsi.

Contohnya, "Penemuan Saintis Dari Jepun Membakar Lemak Dengan Buah Epal!"

4) Bila mekanisme ini sudah diperbesarkan, dan diketahui ramai.
Di peringkat ini kita mesti tekankan mekanisma kita lebih mudah, lebih cepat, lebih itu, lebih ini.

Contohnya "Buah Epal Dari Gunung Fuji Membakar Lemak 30% Lebih Cepat Dari Epal Lain"

5) Bila produk sudah mati. Pada peringkat ini, tiada orang percaya lagi pada apa saja jenis iklan yang ada.

Tapi mereka masih ada keinginan, mereka masih ada problem tersebut.

Tapi perlu diperkenalkan dengan menarik minat mereka semula secara perlahan.

Contohnya, "Pasangan Tua Jatuh Cinta Semula - Lepas Berjaya Kurus"

Monday, 3 February 2014

Tentang Ilmu perniagaan Restoran MAMAK:


Tentang Ilmu perniagaan Restoran MAMAK:

Apa yang anda boleh lakukan untuk pelangan mengunjungi tempat anda?. Cari jawapan ini sebelum saudara membuka restoren. Tulis apa saja perancangan anda. Ini di panggil strategi pemasaran dalam Ilmu perniagaan. Strategi anda perlu ada. Tanpa strategi yang baik dan solid anda akan kalah dalam pertempuran nanti. Makna pertempuran di sini cuma “persaingan perniagaan”. jika anda mengatakan pelangan anda ramai dari golongan pelajar. Maka apa kehendak pelajar ini?. Makanan murah, sedap dan suasana?. Suasana???…apa yang pelajar suka?..FB?..buat wifi percuma mcm kedai mamak. Pertandingan bola?…perlu big screen?..inilah suasana pelajar kehendaki; mereka nak tempat lepak atau mereka gelar pot.

Trend pelanggan perlu dikaji. Ramai pengusaha restoren kata, pelajar ini cuma minum air saja…tak untung, tapi minuman adalah keuntungan besar bukan makanan. Makanan cuma profit margin sekarang 30% saja kalau tolak yang tak laku?. Minuman untungnya 200%. satu tin susu boleh bancuh 10 gelas teh tarik. Roti canai untungnya 120% . Menakjubkan bukan. Kenapa perlu naikan harga roti canai sekiranya sekilo tepung cuma naik 0.20 sen. kilo tepung boleh buat 20 – 25 keping roti ..hahahaha. Marah perstaun restoren Mamak, rungkai keuntungan. Kita harus memahami kebanyakan pelajar ini adalah dari golongan tidak ada sumber pendapatan dan bergantung kepada biasiswa untuk menjamu makanan yang mahal dantidak mampu. Resepi-resepi dan menu perlu disesuaikan.

Tentang Nasi campur ini masalahnya cuma satu. Cara buffet meal. Pelajar–pelajar yang mengambil makanan tidak tahu kuantiti makanan yang mereka ambil dan biasanya bayaran bergantung kepada kuantiti. Maka mereka akan kecewa bila berhadapan dengan juruwang…pengusaha Nasi kandar seperti mamak haji faham keadaan ini. Kadangkala kuantiti makanan ini merugikan kita dan juga akan kehilangan pelanggan. Maka dengan sebab itulah kedai mamak biasanya letak seorang tukang cedok lauk. Walau pun kita perlu membayar upahnya tetapi apabila kita kira kembali ia amat menguntungkan dan kontravasi di counter pembayaran tidak akan berlaku. Cuba gabungkan Idea restoran nasi kandar dengan restoren Melayu nasi campur.

Nasi kandar lauknya mahal seperti seketul ayam dikira RM3.00. Nasi RM1.00 dan Sayur RM1.00. Jumlah keseluruhan RM5.00. Mahal harganya. Ok…cuba kurang menu asas ini kepada Ayam RM2.00 Nasi 0.80 dan sayur 0.70. Maka makanan ini cuma kosnya RM3.50. Ok bagaimana kita boleh lakukan ini. Ayam nasi kandar dipotong ayam berat 1.8kg kepada 10 bahagian. Saudara perlu beli ayam beratnya 1.6kg – 1.5kg dan potong 12 bahagian. Berat ayam ini perlu dijaga semasa membeli. kalau kecil akan seperti anak ayam.jadinya.hahaha!. Orang yang jual ayam ini kalau boleh cari yang berat saja dan potong mengikut cara dia..peduli apa penjual ayam itu dgn kita. Berniaga perlu rajin. Beli ayam di pasar raya seperti econsale yang jual harga borong. Pasar raya lain cuma boleh beli masa jualan murah je.

Penolong tukang masak perlu tahu cara potong ayam. Maka dengan ini saudara boleh elakan penipuan timbang oleh penjual ayam. Ikan pun begitu juga beli dan potong sendiri. Nasi jangan risau anggarkan 1 kg Nasi boleh tampung 12 orang pelangan. Maka kalau dibahagi RM22.00 10kg. cuma kosnya sepinggan 0.22 sen + gas dan air = 0.25 sen. Teknik memasak nasi perlu betul dan tidak berkerak tebal. Mamak tentang ini pandai sebab itu Mamak nasi buang kanji…hehehe. Pernah mamak audit sebuah restoran Melayu..di Tong sampah penuh dgn kerak nasi. Katanya rice Cooker Rosak. Sayur perlu pilih jenis dan musim murah. Kalau beli kacang bunci 5kg…anda perlukan potong sayur buncis 5 jam. Itulah sebab Mamak niaga cuma dua jenis sayur..kacang panjang atau kobis. Pendek kata saudara kena ke pasar dan teliti semua harga. Ok.

Nanti saya nak tulis atikal bagaimana nak jimatkan elektrik, gas dan air. dan penipuan dalam tong gas yang dibekalkan. Tentang modal anda perlu sediakan kos overhead dan kira untung permulaan selama 90 hari di bawah sifar. kerana bila mula perniagaan sukar kita menentukan keuntungan kadang meletup kadangkala merundum. Kalau boleh jangan sekali-kali beli barangan stainless steel secara tunai. Yang baik sewa bulanan atau minguan. Kerana permulaan niaga anda perlukan wang tunai. Bagi nasihat saya… jangan berhutang beli barangan keperluan harian selagi anda tak pandai rolling account. Cuma orang ada kemahiran boleh lakukan ini. Bila kita berhutang kita tidak boleh kawal stok dan kualitti barangan. Kita beli dan jual. Jangan beli stok banyak..kerana stok yang ada itu tidak ada nilai wang. Bila jual baru bertkar kepada nilai wang.

Yang paling elok anda soal apa jua kemusykilan dlm pemikiran insyallah..kita kongsi pendapat. Yang penting mulakan perniagaan dengan pemikiran positif. Fixed cost kedai mamak depa turunkan dgn membuka operasi 24 jam..maka sewa 15 hari save. Restoran perlu ada starting up cost…ini masalah sedikit. kita tak mahu niaga kita mati lepas dua bulan. Maka sumber kewangan perlu ada. Cari rakan kongsi kalu tak ada jumlah besar. Apa kata kos sekarang mencecah 150K???. Itu belum renovation cost. Elok buat syarikat sendirian berhad dan cari invester untuk permulaan. Jangan terlalu dengar nasihat pelangan atau kawan-kawan. nanti mcm-mcm ada…keliru kepala otak kita dibuat.Tak jadi benda ini. Berfikiran positif dan jangan sekali-kali luntuh semangat. Guru perniagaan saya di London dulu selalu berkata, ” In order to succed in Restaurant business you must fail, so that you know what NOT to do the next time”….ok.

Yang baik di ambil pengajaran yang tidak di tinggalkan.

"Coach Bahar"

Wednesday, 29 January 2014

Dari CEO menjadi penjaja

Dari CEO menjadi penjaja

Berapa agaknya gaji seorang CEO di syarikat besar?, mungkin mencecah 30K sebulan. Punya kereta dan pemandunya, punya staf dibawahnya dan tinggal di banglo mewah. Tetapi akhirnya ramai mereka berhenti kerja dan mula berniaga sendiri kerana perasaan yang tidak bebas dan mahu terus memajukan diri. Saya punya beberapa rakan yang berhenti kerja dan membuka perniagaan sendiri. Ada yang berjaya ada tidak kurang juga terkandas di tengah jalan.

Jika anda salah seorang yang berani itu, jangan risau. Anda hanya bertukar kerja tetapi anda tidak mengurangkan sedikit pun pendapatan anda, YAKIN lah. Dengan kemampuan anda berfikir dan bertindak untuk syarikat mereka sebelum ini tentu boleh diaplikasikan untuk diri sendiri. HANYA, untuk permulaan anda perlu bekerja kuat. Dulu punya pemandu, mungkin kini memandu sendiri. Mungkin dulu bekerja di dalam bilik berhawa dingin kini anda terpaksa menjaja di pasar malam, anda sanggup?. Jika jawapannya boleh, anda baca contoh-contoh dibawah untuk mendapat gambaran yang lebih jelas.

Saya boleh memberi logic bagaimana anda mendapatkan pendapatan sebanyak itu dalam sebulan. Saya ada pengalaman punya kawan-kawan yang berniaga di pasar-pasar malam. Sebagai contoh di ibu kota satu ketika dulu, sahabat saya seorang warga Indonesia berniaga air tebu dan air kelapa. Tebu yang dibelinya hanya seringgit sebatang dan menjualnya dgn purata RM5 sebatang setelah diproses mejadi air tebu. Dia dapat menjual lebih kurang 50 batang sehari, dia juga menjual air lain. Duit keuntungan tebu sahaja dia perolehi sebanyak RM 160.00 sehari dicampurkan air lain mungkin mendapat purata RM300. Dia punya seorang pekarja yg menjaga dgn bergaji RM80 sehari. Keuntungan bersih nya sehari adalah RM 200,00.

Jika dia menjual hanya berniaga 20 hari sebulan, pendapatannya satu tempat adalah RM4000.00 sebulan. Tetapi jika dia mempunyai 10 tempat berlainan, purata pendapatannya mencecah 40 ribu sebulan. Ini adalah kenyataan bukan lagi angan-angan. Menjual air bermodalkan rendah dengan pendapatan tinggi. Tidak mustahil lah mereka boleh bermewah dengan kereta dan berumah besar.

Saya pernah menjaja, saya punya pengalaman menjual kuih raya di pasar malam dgn pendapatan 30 ribu sehari. Saya juga pernah berniaga kasut dan baju di pasar malam dengan berpendapatan 2000 sehari. Jadi perkara ini bukan mustahil lagi.

Anda boleh membuat perkara yang hampir sama dengan produk yang boleh anda fikirkan ada permintaan. Sebagai contoh jika anda perasan di muar-batu pahat banyak yang menjual pau tanjung, pau pesta. Anda agak berapa pendapatan penguasa pau tersebut. Jika satu biji pau boleh untung 0.70 sen dan dia meletakkan oven @ tempat pemanas pau tersebut di seberapa banyak tempat yang boleh. Jika kita membeli, jarang kita beli satu tentu lebih. Jika sehari 1000 pau boleh dia jual sehari ..berapa pendapatan mereka sebulan?, anda bagaimana. Berusaha tangga kejayaan.

Sembilan teknik dan stratigi berbeza mengikut keadaan dalam bisnes anda.

Sembilan teknik dan stratigi berbeza mengikut keadaan dalam bisnes anda.

1. Jangan berehat di tempat yang sukar bergerak. Jika diserang anda sukar lari, sukar dibantu, sukar mendapatkan sumber.

Dalam perjalanan bisnes yang anda harungi, anda harus berhati-hati dengan teknik niaga yang luas padangnya.

Walaupun anda berehat sebentar dari bisnes anda harus selalu berwaspada dengan keadaan bisnes anda. Dari semua sudut dan segi perlu diteliti. Jangan terlalu selasa dan mempercayai sistem yang anda bangunkan. Takut-takut thunami tiba bila anda tidak bersedia.

Beberapa bahagian penting tidak diberikan kepada orang lain untuk menguruskan nya. jika anda terlalu berehat dan mahukan bisnes anda dijalankan oleh orang lain, anda perlu lakukan sesuatu sekarang. jika staf kepercayaan anda berhenti maka semua sistem dan bisnes anda lumpuh dan sukar untuk diperbaiki.

2. Jika berbisnes dipasaran terbuka, jangan tidak mengindahkan diplomasi

Ini penting, jika jenis perniagaan anda adalah dipasaran terbuka dimana pelanggan anda adalah pelanggan orang lain juga. terdapat perebutan pelanggan di sini. jangan abaikan diplomasi untuk masuk ke pasaran tersebut. Jika anda berbuat demikian mungkin anda akan ketinggalan, anda dipulau dan anda tidak dapat memahami mukabumi pasaran dengan cepat.kecuali anda bermain pasaran yang tertutup dan bisnes anda tidak ada orang lain yang buat di kawasan itu. sekurang nya anda perlu kenal komeniti sekeliling anda.

3. Usah berlama dalam kawasan yang sukar bergerak dan sukar mendapat bantuan.

Jika anda berbisnes dan mencuba teknik marketing yang terbaru atau pergi ke cara yang lain tetapi tidak menghasilkan hasil yang baik, cepat-cepat berundur kerana lebih lama anda di situ lebih banyak kerugian anda.

kekadang dalam bisnes kita mahu mencuba sesuatu yang baru, jika anda kesan teknik yang terbaru ini tidak bagus atau merugikan cepat-cepat undur dan buat stratigi yang lain.

4. Dalam situasi yang berbahaya rancang jalan keluar.

Jangan tunggu sampai dah teruk, sebagai peniaga dan usahawan hebat anda perlu mempunyai banyak plan untuk keluar dari masalah bisnes. tak kira dari masalah pasaran ke, masalah pekerja ke, masalah kewangan ke..anda perlu cari jalan keluar dengan cepat sebelum terkubur.

Jika ada beberapa ada perlu korbankan, teruskanlah untuk memastikan anda bertahan dalam bisnes anda yang telah lama anda bangunkan.

5. Bila terdesak, usaha bersunguh-sungguh dan bermati-matian

Jika tidak bisnes anda yang mati..ini hakikat. Gunakan segalanya, dan segalanya jika anda masih sayang kepada bisnes anda. jangan simpan ego anda...tukun kebawah untuk minta bantuan. susun semula stratigi dan berkerja habis-habisan

6. Dalam beberapa keadaan , jalan dan pintu yang terbuka luas kekadang perlu di elak.

banyak perkara dalam bisnes adalah hanya persepsi. ramai peniaga berebut dengan gula. bila nampak banyak gula berduyun-duyun semut datang.

kekadang anda perlu memilih jalan minority untuk memastikan bisnes anda lebih kekal. saya berikan contoh, ramai peniaga akan terpengaruh dengan khabar angin dan khabar peluang yang palsu. ramai akan membuka cawangan itu dan ini. tetapi hakikatnya ..... pelanggan hanya sementara dan lambakan pesaiang. orang kita suka bisnes ikut-ikutan.

7. dalam sesetengah keadaan, tahan diri dari menyerang musuh walaupun yakin menang.

Jika anda fikir pesaing bisnes anda kecil dan yakin untuk anda kalahkan, biarkan dia disitu. supaya anda lebih berhati-hati dengan musuh bisnes. kekuatan anda akan bertambah. buang tenaga je nak lawan dan buang duit je nak lawan. wujudkan keunikan dalam bisnes anda.

Kekadang, dalam beberapa keadaan memang pelanggan suka dengan perbandingan warna-warni. bila bisnes anda ada yang dibandingkan maka produk anda akan lebih banyak terjual. dah pergi kedai tu...tapi dikedai anda lebih banyak pilihan dan lebih berkualiti. ini semua adalah kerana anda lebih kuat, lebih berkualiti dan lebih dipercayai...faham tak ni.

8. Dalam sesetengah keadaan, bersabar untuk menyerang kerana mungkin kekauatan itu tadi hanya mendapatkan sebahagian sahaja dari pasaran.

contohnya : dalam mempromosikan jualan anda, jangan terlalu kerap membuat jualan murah. sehingga orang akan tunggu anda membuat potongan barangan anda. mereka tidak membeli. jika anda selalu , mungkin anda boleh menjual dalam beberapa ketika tetapi idea anda sudah dihidu pesaing anda, mereka juga boleh buat promosi yang sama. tetapi jika masanya anda membuat promosi habis - habisan dengan idea terbaik...habis satu gudang barang direbut orang.

9. lupakan utuk menyerang sesetengah tempat kerana itu adalah stratigi besar

Anda perlu lebih fokus dengan matlamat bisnes anda. jika anda fokus dengan apa yang anda mahu capai anda aka memperolehi apa yang anda mahu.

Anda perlu faham, saya bukan menyebut menyerang dan berlawan itu perlu ada persaingan. tetapi kekadang masa dan diri kita juga adalah musuh utama kita. itu semua adalah perumpamaan untuk mudah difaham...

jika anda mahukan lebih banyak tip , sila like, share dan komen. insyaallah jika ada yang menghargai penulisan saya ini.

Coach Bahar

Anda perlu buat apa yang perlu sahaja.

anda perlu buat apa yang perlu sahaja.

Nasihat

semalam minum kopi bersama seorang sahabat saya yang sekarang adalah 'orang kanan' menteri. Dia mengadu dan meluah perasaan dengan saya yang kerjanya banyak. mungkin dia nak beritahu saya yang sebenarnya dia seorang yang sibuk. saya mencelah, "sibuk bukan kayu ukur kepada seseorang itu berjaya atau pun tidak". dia memandang tepat mata saya macam nak dimakan nya saya ni..saya senyum je sebab selalu bergurau dengan sahabat saya yang seorang ni.

"hidup sebenarnya pilihan, kita sibuk dan banyak kerja kerana kita buat kerja yang tak perlu kita buat." saya mulakan bicara , dia dengar dengan teliti.

"betul agaknya", dia menyahut

Anda perlu buat apa yang perlu anda buat sahaja dan jangan buat yang tak perlua anda buat.

anda perlu buat dan memilih barang apa yang anda mahu beli
anda perlu memilih hanya kawan yang boleh memberi anda ke arah kecemerlangan
anda hanya perlu buat apa yang boleh mendatangkan pahala sahaja
anda perlu hanya perlu memulakan bisnes dengan se simple mungkin dan secepat mungkin.
anda hanya perlu buat yang anda perlu buat.

sekarang anda tahu kan apa yang tak perlu untuk anda....faham ke yang ni.


https://www.facebook.com/Coach.bahar

Nasihat bisnes


nasihat bisnes ::
Dalam membuat keputusan bisnes hanya ada hanya ada tiga cara sahaja untuk membuat keputusan.

1. Serang
Teknik ini sama lah seperti teknik peperangan. bila anda yakin anda menang , anda perlu memulakan serangan atau gempur untuk menawan sesuatu kawasan. adakah kawasan yang anda rancang itu sesuai dan tepat masanya dengan 'tentera' dan kecekapan teknikal yang anda ada?. anda perlu menyerang dengan kekuatan ala-kadar kalau itu pilihan anda ada. tiada siapa yang tahu serangan dan percubaan anda lebih kedepan boleh membawa kemenangan atau sebaliknya. dalam teknik ini, anda bukan perlukan semata-mata semangat. Anda perlu belajar ilmu serangan. takut-takut mati katak je nanti. jika anda terlalu lama di kawasan anda mungkin anda akan terlalu selesa dan tetapi mungkin anda diserang. Dalam bisnes, teknik menyerang bukan hanya bermaksud berlawan dengan pesaing semata-mata. serangan mungkin bertujuan meneroka bidang baru atau kawasan baru. jika anda lebih besar menjajah, anda lebih besar pengaruh, bila anda lebih besar pengaruh mungkin anda lebih kaya.

2. Elak atau undurTeknik ini juga boleh anda guna dalam bisnes. kemenangan peperangan samalah seperti kemenagan dalam medan bisnes. saya maksudkan anda perlu bersedia dari segi pasukan, dengan masa yang tepat dan anda benar-benar yakin. kadang-kadang anda mula diserang dikawasan anda. ada banyak serangan, untuk tidak terus lesap dalam arena bisnes anda mungkin anda berundur sebentar atau mengelak dikawasan lebih selamat buat sementara waktu.

3. HijrahMungkin anda sudah tidak yakin dengan bisnes yang anda jalankan sekarang, buat apa tunggu dan menanggung kerugian yang lebih besar. bukankan lebih baik untuk anda berhijrah ketempat lain dan melakukan langkah baru. Insyaallah berhasil.kesimpulan.secara basic nya memang hanya ada tiga je cara untuk mengurus bisnes dan membuat keputusan. mungkin ada 1001 cara lain hanya strategy tambahan dalam mana-mana tiga teknik diatas. Anda benar memerlukan ilmu berniaga, jika anda masih lemah dan tidak tahu bila masanya untuk anda menyerang, berundur sebentar atau berhijrah sebelum anda dibunuh terus atau mati kelaparan sendiri setelah dikepung musuh.Moganya ilmu yang ringkas ini dapat menambah sesuatu kepada anda dalam mengharung liku-liku medan perniagaan yang lebih mencabar tahun 2014. Coach bahar

Banyak orang terjun ke dalam dunia bisnes dengan tidak tahu apa-apa tentang apa yang laku dan apa yang tidak laku.

Mereka terjun dengan angan-angan semata-mata, bukan dengan maklumat.

Mereka mendengar orang bercakap bisnes begini, begini, lalu mereka main percaya sahaja cakap orang itu, lalu mengeluarkan duit modal.

Mereka terjun ke dalam bisnes dengan menggunakan sangka-sangkaan. Mereka sangka produk mereka akan laku keras, akan mudah dijual, dan dia akan jadi kaya.

Mereka terus membayangkan kepada siapa produk itu akan dijualnya.

Ini silap besar! Belum apa-apa kita sudah memikirkan kepada siapa produk kita mahu dijual.

Pertanyaan yang betul adalah, siapalah agaknya yang mahu produk macam ini, dengan harga macam ini?

Uji dahulu sangkaan kita itu. Test dahulu. Betulkah ada orang mahu membeli produk kita itu, dengan harga itu?

Tunjukkan produk kita, tanya orang itu, mahukah dia membelinya?

Jangan tanya 1 ataupun 2 orang sahaja. Tanya banyak orang.


https://www.facebook.com/Coach.bahar