Sunday, 8 February 2015

Bagaimana Islam Mengajar Kita Menjadi Kaya ?

Bagaimana Islam Mengajar Kita Menjadi Kaya ?

Yusuf menjawab, “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai simpanlah bersama tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. 
(Surah Yusuf: 47)
Islam ada menunjukkan cara-cara menjadi kaya.
Ia terkandung dalam surah Yusuf, dalam kisah mimpi Raja Mesir.
Prinsip ini telah ada  sejak 3,000 tahun yang lalu dan masih releven sehingga hari ini. Kemudian, Al-Quran telah mencatat kisah ini dalam surah Yusuf dalam kisah mengenai Mimpi Raja Mesir.
01
3 prinsip yang saya mahu kongsikan adalah:
1. Kita Perlu Ada Pendapatan
Langkah pertama adalah kita perlu mempunyai sumber pendapatan terlebih dahulu.
Sama ada pendapatan tersebut datang dari duit gaji, bisnes sendiri atau pun pelaburan itu tidak menjadi persoalan pokok. Yang penting ada pendapatan. Islam mengajar kita agar tidak meminta-meminta dan menjadi pengemis tetapi Islam menyuruh kita berusaha bersungguh-sungguh mencari pendapatan dengan cara yang betul.
Kita tidak perlu berdebat sama ada makan gaji lebih baik atau buat bisnes. Ia tidak memberikan banyak manfaat. Ada orang lebih berbakat menguruskan bisnes orang lain (makan gaji), ada orang lebih berbakat menjadi pentadbir sektor awam, dan ada orang yang lebih berbakat menguruskan bisnes sendiri.
Apa yang penting adalah apa yang kita buat dengan pendapatan kita.
2. Simpan Dahulu, Kemudian Baru Belanja
Selepas memperoleh pendapatan adalah kita menyimpan sebahagian besar gaji terlebih dahulu.
Simpan bermula dari 10%, 15% atau 30% daripada gaji bersih. Lebih tinggi lebih bagus. Jika belum mampu simpan sehingga 10% pendapatan setiap bulan, maka mulakan menyimpan walaupun cuma RM 50 sebulan.
Langkah ini adalah wajib dari sudut hukum pengurusan kewangan. Sekiranya kita tidak menyimpan maka kita tidak dapat melabur. Jika kita tidak melabur, maka pendapatan kita tidak dapat berkembang dengan sendirinya.
Menyimpan memerlukan disiplin. Sekiranya kita tidak dapat mendisiplinkan diri untuk membuat simpanan tetap maka jangan fikir kita dapat melabur dengan baik. Disiplin dalam pelaburan adalah jauh lebih ketat berbanding disiplin dalam menyimpan.
3. Ubah Gaji Jadi Harta
Orang yang mempunyai pendapatan RM 10,000 sebulan belum tentu dia “berduit” dan orang yang cuma berpendapatan RM 3,000 sebulan boleh jadi seorang yang lebih “berduit.”
Kenapa?
Orang yang menyimpan, walaupun gajinya kecil akhirnya mempunyai lebih banyak harta berbanding orang yang bergaji besar tetapi boros membeli simbol-simbol kemewahan.
Ingat lagi perbezaan Amir dan Man yang telah kongsikan tadi? Iaitu Amir yang mula menyimpan RM 100 sebulan pada usia 25 tahun berbanding Man, hanya bermula pada usia 35 tahun.
Amir, pada usia 35 tahun telah mempunyai sekitar RM 18,774.58 manakala Man masih RM 0.
Manakala, menginjak usia 55 tahun, Amir telah mempunyai simpanan sebanyak RM 146,815.04 manakala Man cuma ada RM 59,307.51 sahaja.
Pertama, sekiranya Man memikirkan untuk menunggu mendapat gaji RM 10,000 pada usia 35 tahun baru untuk mula menyimpan, maka dia perlu menyimpan sebanyak RM 250 sebulan selama 20 tahun untuk mendapat jumlah yang hampir sama dengan Amir pada usia mereka 55 tahun. Sedangkan Amir kekal menyimpan RM 100 sebulan sehingga usia 55 tahun.
Kedua, realitinya jika kita menjadi seperti Amir, pada usia 35 tahun dengan modal tunai lebih dari RM 15,000 sudah tentu kita telah memulakan pelaburan lain yang dapat memberikan pulangan yang lebih dari 8% setahun. Ketika ini Amir telah dapat melangkah dengan lebih jauh berbanding Man.
Ketiga, jika pada usia 25 tahun dengan gaji seorang graduan muda pun dah mampu menyimpan RM 100 sebulan secara berdisiplin apakah kita tidak dapat meningkatkan jumlah simpanan kita dari masa ke masa sejajar dengan kenaikan gaji dan bonus yang diterima?
Itulah maksud graf yang saya kongsikan dengan tuan pada awal bab ini menunjukkan perbezaan mereka yang telah menguruskan wang dan mereka yang belum menguruskan wang. Apabila sampai masa yang betul, Amir mempunyai modal yang mencukupi untuk memecut laju manakala Man baru mula merangkak.
Manakala, mereka yang mampu menyimpan lebih banyak, misalnya RM 250 sebulan, hasilnya selepas 20 tahun:
ROI 5%: 104,157.76
ROI 8%: 148,268.76
Jika, menyimpan RM 500 sebulan pula, selepas 20 tahun:
ROI 5%: 208,315.51
ROI 8%: 296,537.53
"Tapi saya tidak ada duit lah nak simpan,"
Jangan beri alasan dulu, lihat balik pakai belanja kita.
Misalnya, kita mampu bayar bil Astro Superpack RM 144 sebulan, setahun sudah bayar RM 1728. 10 tahun pakai, sudah bayar RM 17,280. Namun, dengan jumlah yang sama, jika kita simpan, hasilnya selepas 10 tahun:
ROI 5%: 22,821.33
ROI 8%: 27,035.40
Itu baru satu cara.
Ada banyak lagi taktik untuk mempunyai simpanan, memperoleh pendapatan sampingan dan juga cara-cara melangsaikan hutang dengan lebih cepat.

Kenapa Kita Perlu Jadi Kaya? by Suzardi Maulan

Kenapa Kita Perlu Jadi Kaya?

Kekayaan bukanlah diukur dengan banyaknya harta. 
Namun  kekayaan adalah hati yang selalu merasa cukup.” 
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)
Kenapa perlu jadi kaya?
Itulah soalan yang mesti kita jawab.
Makna Kekayaan
Apakah erti kekayaan kepada kita?
Ada yang mendefinisikan kekayaan seperti ada kereta besar, rumah besar, pakaian berjenama.
Namun itu semua sebenarnya bukan kekayaan. Apa yang disebut itu cuma simbol-simbol kemewahan sahaja. Sekiranya kita hanya mengumpulkan simbol maka dalam hati kita pasti tidak merasa puas dan cukup. Kekayaan tidak terletak pada simbol.
Kita Perlu Menjadi Kaya
Dalam al-Quran, perkataan zakat disebut 32 kali.
Manakala, sebanyak 26 kali daripadanya digandingkan dengan perkataan solat.
Perkataan sedekah pula disebut sebanyak 12 kali.
Ya, Islam suruh kita ada harta untuk bayar zakat banyak-banyak. Maka janganlah rasa bersalah mencari harta sebab dengannya kita dapat berzakat dan memperbanyakkan sedekah. Kita memang perlu bayar zakat. Dan hanya orang kaya yang bayar zakat.
Padam dari akal fikiran kita, kefahaman seperti 'menjadi orang kaya dan berharta itu salah dan berdosa'. Yang salah & berdosa itu jika kita mencari harta dengan cara yang salah, makan harta yang haram, atau apabila sudah berharta tidak mahu bayar zakat dan bersedekah.
Hari-hari kita bersolat 5 waktu. Dan 26 kali ayat solat dalam al-Quran digandingkan dengan zakat. Justeru, perkara ini mempunyai mesej yang besar untuk kita.
Orang Kaya Berasa Cukup
Kekayaan juga perlu memberi maksud yang lebih besar dan bermakna dalam hidup kita.
Seperti mempunyai keluarga yang bahagia, mampu berhenti kerja makan gaji sebelum usia 50 tahun, dapat menjadi sukarelawan dalam bidang yang kita suka dan seterusnya.
Simbol-simbol kekayaan itu cuma sepatutnya menjadi alat untuk mencapai kekayaan yang sebenar iaitu apa yang menyebabkan hidup kita menjadi cukup. Apa yang menyebabkan hati kita berasa seronok. Sesuatu yang kita tidak dapat beli dengan wang tunai malah emas sekalipun.
  • Apakah makna duit yang kita kumpul itu sekiranya tiada ahli keluarga dan rakan-rakan yang mahu menemankan kita mengelilingi dunia mahupun menikmati secawan kopi?
  • Apakah makna koleksi kereta yang kita miliki sedangkan kita sakit dan terlantar di atas katil?
  • Apakah erti banglo yang besar sekiranya ianya kosong dan senyap sunyi dari aktiviti yang merapatkan silaturrahim sesama keluarga dan ukhuwwah sesama jiran tetangga?
Untuk berasa cukup, dari semua gaji dan hasil pelaburan, kita ambil sedikit untuk perbelanjaan yang perlu dan banyakkan berzakat, berwakaf dan memberi sedekah.
Orang Kaya Dapat Memilih Cara Hidup Sendiri
Bagi saya kekayaan juga adalah masa yang dapat dimanfaatkan bersama keluarga.
Tidak ditentukan oleh sesiapa. Saya sendiri yang menentukan apa yang saya patut buat.
Justeru saya mahukan banyak masa terluang bersama orang-orang yang saya sayang. Saya mahu berada di sisi mereka pada saat-saat yang penting, umpamanya ketika almarhumah emak saya sakit tenat saya dapat menjaga beliau sehingga akhir hayat, ketika isteri mahu melahirkan anak saya dapat berada di sisi beliau dan ketika anak-anak mempunyai acara penting di sekolah saya ada bersama mereka. Alat-alat kekayaan adalah untuk membantu saya mencapai kekayaan tersebut.
Justeru saya memerlukan alat-alat tertentu seperti:
  • Pekerjaan dengan jadual kerja fleksibel.
  • Bisnes & pelaburan yang dapat memberikan pendapatan pasif.
  • Aset yang dapat saya jual untuk membeli masa berkualiti dengan keluarga seperti melancong.
Erti kekayaan bagi saya pasti berbeza dengan erti kekayaan tuan.
Ya, walaupun kita sama-sama membeli saham misalnya, ia cuma satu cara untuk mencapai kekayaan yang masing-masing mahukan. Pesan Nabi Muhammad saw:
“Seandainya manusia diberi lembah penuh dengan emas, maka dia masih mahu lembah yang kedua yang penuh dengan emas. Jika diberi lembah kedua, dia masih mahu lembah ketiga. Perut manusia tidak akan penuh melainkan dengan tanah. Allah tentu menerima taubat bagi siapa saja yang bertaubat.
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)
Sebagai manusia kita tidak akan berasa puas mengumpul harta. Sudah ada RM 1 juta, mahu kumpul RM 10 juta pula. Dan jika duit tersebut tidak digunakan pada jalan yang betul ia tak dapat membantu diri kita semula di hari akhirat kelak. Sedangkan harta yang kita sedekah, yang kita wakafkan dapat membantu kita di sana.
Kita sering mendengar berita kematian selebriti antarabangsa yang terkenal, kaya raya dan boleh dikatakan memiliki segala ‘alat-alat’ kekayaan namun akhirnya terlibat dengan gejala dadah atau mati membunuh diri. Sedangkan secara logik akal manusia, mereka telah menikmati segala nikmat dunia namun kehidupan mereka tidak gembira. Mereka tidak berjumpa dengan apa sebenarnya yang hati mereka mahukan.
Orang Kaya Adalah Orang Yang Mampu Memilih
Orang kaya tidak terbatas dengan duit dalam dompet.
Kita mempunyai pelbagai pilihan tanpa dibatasi banyak perkara.
Jadi apa yang sebenarnya hati kecil kita mahu...
  • Bebas hutang?
  • Mendirikan rumah anak yatim?
  • Membantu penyelidikan kanser?
  • Mengelilingi dunia?
  • Menjadi sukarelawan?
  • Mempunyai yayasan sendiri?
  • Memberikan pendidikan tertinggi kepada anak-anak tanpa bantuan wang ringgit orang lain seperti PTPTN, kerajaan dan peluang biasiswa?
Dalam Islam harta hanya pasti menjadi milik kita sekiranya kita memberi sedekah, zakat dan wakaf. Walaupun harta tersebut nampak ‘berkurangan’ tetapi sebenarnya ia bertambah dan sudah pasti menjadi milik kita. Walaupun ikhlas paling utama, adakah kita berpuas hati hanya mampu bersedekah sebanyak RM 10 berbanding RM 10,000 ?
Ya, ada 1001 matlamat yang dapat kita fikirkan. Carilah matlamat hidup yang memberikan kepuasan dalam hidup kita. Bukan semua perkara dapat dibeli dengan duit, namun tanpa duit juga, banyak perkara yang tidak dapat kita capai.

Saturday, 6 December 2014

Dr Azizan Osman

Saya ditanya soalan ini: Kenapa ada sesetengah orang semakin ada ilmu tetapi semakin "bodoh" atau "blur katak" di dalam menjalankan perniagaan?
Simple. Saya pernah lalu satu saat yang dipanggil sebagai ledakan informasi.
Tidak ada salahnya mempunyai ilmu atau terus belajar dari pengalaman orang lain tetapi apa yang penting adalah mengatur langkah ke hadapan.
Cuba perhatikan anak kecil yang baru "dapat kaki" atau pandai berjalan. Mereka akan teruja untuk "berlari" instead of menapak satu persatu dengan tenang.
Mereka teruja. Dan mereka nak cuba gunakan apa yang mereka baru tahu ini iaitu "kaki boleh berjalan" dengan lebih ghairah tetapi menjadi berlari. Jika tidak berhati-hati boleh tersembam ke bumi bukan?
Jadi saya share 10 tips yang perlu anda tahu di dalam mengambil tindakan selepas mendapat "ledakan ilmu atau informasi".
Apa 10 tipsnya?
1/ Kosongkan minda- Bertenang sebab kek besar-besar nak telan terus adalah bahaya! Boleh mati tercekik. Gajah besar2 nak makan sekaligus pun tak boleh, tak muat mulut. Potong bahagian kecil-kecil.
2/ Tentukan dahulu atau fikirkan apakah matlamat perniagaan atau matlamat diri yang anda mahu capai dalam tempoh yang singkat. Contohnya 1 tahun daripada sekarang.
3/ Kemudian pecahkan matlamat tersebut menjadi 4 suku tahunan. Setahun 12 bulan tetapi kita bahagikan 4 bahagian menjadi suku tahunan (3 bulan).
4/ Kemudian tuliskan apakah 5 perkara penting yang anda mahu perbaiki dalam bisnes anda segera?
5/ Kemudian mulakan dengan fokus 3 perkara yang paling penting dari 5 perkara tersebut
6/ Fokus untuk perbaiki 1 perkara yang paling penting.
7/ Dan jadikan ia matlamat utama minggu ini untuk senaraikan apa yang anda perlu lakukan untuk perkara No.1 penting tersebut.
8/ Rujuk workbook seminar anda hanya untuk bahagian yang berkaitan perkara No.1 tersebut.
9/ Senaraikan apakah 10 perkara yang anda perlu buat agar perkara No.1 ini boleh tercapai samada seluruhnya atau sebahagiannya.
10/ Tentukan apakah yang mesti berlaku untuk perkara No.1 itu menjadi realiti.
Selepas itu? Tunggu apa lagi? Kerahkan seluruh masa, tenaga, wang dan team bisnes anda (Jika anda) untuk mencapai matlamat perkara No.1 itu. Set deadline untuk mencapainya. Contohnya set suku pertama atau 3 bulan pertama untuk fokus perbaiki 3 matlamat utama tadi.
Satu langkah pada satu masa. Dapatkan rhythm atau rentak dahulu then lama-lama boleh berlari menuju puncak.
Selepas selesai merancang tindakan Perkara No.1 penting then buat proses untuk matlamat seterusnya.
Rujuk workbook bila perlu. Jangan tanya orang yang salah kerana ia akan membuatkan anda lebih keliru apatah lagi jika orang tersebut bukan orang yang betul.
Berniaga macam main game, kena praktis sampai jadi pro.
Kalau tidak suka saya then tak payah baca sharing ni. Ini pengalaman saya berniaga dan application ilmu.
Sekian.

Monday, 24 November 2014

Dr. Wan Shah Razali



Nak jadi orang kaya atau orang hidup mewah?
----------------------------------------------------------
Eh...bukan sama ke kedua-dua ni?
Orang kaya : Hidup biasa-biasa dan mempunyai berpuluh - puluh buah hartanah.
Orang mewah : Ada 2 buah kereta mewah dan sebuah rumah idaman, hasil dari pendapatan yang besar untuk buat pinjaman.
Anda nak jadi yang mana satu?
Macam mana nak pastikan pelaburan hartanah yang anda buat adalah berbaloi?
Komen pilihan anda contoh: "KAYA" atau "MEWAH"


DOS


Saya sangat percaya dengan the power of Action & Movement selain dari kita berdoa kepadaNya.

Ramai yang melolong kononnya mahu perbaiki hidup dan kewangan mereka melalui perniagaan tetapi bertahun-tahun belum berniaga.

Ramai yang melolong-lolong tertekan dengan keadaan ekonomi mereka tetapi mereka tidak ada kuasa tindakan yang luar biasa.


Kebanyakkan orang duduk di satu tempat dan tidak mahu mulakan pergerakan atau tindakan TETAPI expect perubahan akan berlaku kepada tahap kewangan mereka.

Hanya mereka yang berani bertindak luar biasa hari ini akan mendapat hasil yang luar biasa esok hari. Tetapi ia perlu disuluh dengan ilmu yang terbukti berkesan.

#AzizanOsman
#MillionaireMarketingMastery

Pakdi Suzardi M


Sekiranya Tuan mempunyai lebihan duit, berikut adalah 3 pilihan yang ada:
1) Berbelanja
Ini tak perlu diajar. Semua pandai. Jika ada RM 100,000, dapat buat perkara-perkara berikut, sama ada:
+ Beli kereta Honda City tunai.
+ 40 biji iPhone 6
+ Bershopping sambil bercuti di Eropah selama 30 hari.
Zaman sekarang, bukan susah nak habiskan RM 100,000 dalam sekelip mata.
2) Simpan
RM 100,000 dibiarkan sahaja disimpan dalam akaun simpanan biasa. Kesannya, kuasa membeli berkurangan menjadi RM 97,000 pada tahun berikutnya.
Itu baru kesan untuk satu tahun, jika dibiarkan sahaja selama berpuluh tahun ?
3) Labur
Jika tuan berkemahiran menguruskan pelaburan sendiri, dengan pulangan 15% setahun, ia dapat berkembang menjadi RM 266,000 selepas 7 tahun.
Selepas 7 tahun dapat berbelanja perkara berikut:
+ Beli kereta Honda City dengan teknologi 7 tahun akan datang, tunai, atau
+ 40 biji iPhone 16, atau
+ Bershopping sambil bercuti di Eropah selama 30 hari.
Lepas tolak faktor inflasi, masih besar kuasa membeli.
Masih ada lagi RM 100,000 dalam tangan.
Jadi, mahukah tuan menguruskan pelaburan sendiri selepas ada duit lebih ? Jika ya, sila klik link di bawah untuk membaca 15 artikel percuma mengenai pelaburan:

Saturday, 12 April 2014

INFO dari nasihat niaga


Kenapa Pelanggan Tidak Membeli?

Izinkan saya tanya soalan ini.
Pernahkan anda sendiri masuk ke kedai, dan cuma “tengok-tengok?”
Kenapa anda tengok-tengok saja?
Tentu ada sebabnya.
Pelanggan anda pun punyai sebab-sebab yang sama.
Jika anda faham sebab-sebab ini, anda boleh rancang bagaimana hendak buat mereka beli dari anda juga satu hari nanti.

6 Sebab Pelanggan Tidak Membeli, Dan Cara Mengatasinya!

1) Mereka tak nampak nilai

Setiap sesuatu yang berharga, ada nilanya.
Setiap orang, ada penilaian berbeza.
Bagi orang kurus, mereka tidak rasa pil diet bernilai.
Bagi orang sakit, mereka akan rasa ubat sangat bernilai. Bagi orang sihat, ia kurang bernilai.
Sebagai usahawan, kita harus meletakkan nilai produk kita bersesuaian dengan pelanggan.

2) Mereka tak faham!

Orang mahu tahu, apa yang mereka beli. Jadi bila ia tak dipamerkan, atau diterangkan dengan jelas, orang tidak akan faham.
Fahamkan apa yang anda jual, dan apa kebaikannya untuk mereka. Ia mesti jelas, dan mudah faham.

3) Mereka tak percaya dengan anda!

Jika anda bukan ‘brand’ yang dikenali, orang perlu diyakinkan bahawa produk anda akan bermakna untuk mereka. Ini termasuk penampilan anda, dan penampilan produk anda.
Jika mereka tak yakin dengan apa yang mereka lihat, mereka akan masuk kedai, jeling sekali dua, dan keluar kedai!

4) Mereka tak percaya dengan diri mereka sendiri!

Mereka yakin dengan anda dan produk anda, tapi mereka tidak yakin mereka boleh menggunakannya dengan baik.
Contohnya, mereka yakin dengan gym Fitness First, tapi mereka tak yakin akan berdisiplin untuk pergi ke gym.
Cara atasi benda ini adalah membuatkan produk anda mudah dan cepat dari segala segi untuk kegunaan mereka.

5) Mereka Tak mahu beli sekarang.

Ini berkenaan dengan sikap menangguh-nangguh yang ada pada semua manusia. Mereka fikir “takpa, minggu depan boleh beli lagi”.
Anda harus atasi isu ini dengan meletakkan deadline atau hadkan kuantiti yang ada.

6) Tak yakin mereka ada masa

Pelanggan-pelanggan kita orang yang sibuk dan berkejaran. Antara alasan paling besar mereka tak membeli adalah “tak apalah, takda masa nak buat benda tu”. Atau “takda masa nak baca buku tu”, atau “takda masa nak pergi ke kedai tu”.
Bagaimana untuk atasi isu ini?
Bagi tempoh pada mereka untuk cuba, atau guna produk anda.
Contohnya sekiranya anda berikan kupon, bagi tempoh yang selesa bagi mereka untuk tebus kupon tersebut.

BONUS: Sebab ke-7 orang tidak membeli:Mereka tak ada duit!

Ini juga faktor besar.
Tapi sebenarnya, penyelesaiannya amat mudah.
Anda perlu follow-up dengan prospek anda bulan depan setelah gaji mereka sudah masuk!

Baik sekarang anda sudah belajar 7 sebab kenapa pelanggan tidak membeli.
Tapi apakah cara paling berkesan untuk mengendalikan alasan-alasan ini?